Sulur Keladi

sulur-keladi2
Benarlah kata orang jauh perjalanan bukan sahaja menambah letih tetapi banyak juga menambah pengetahuan. Kadang-kadang terasa juga peliknya, kenapa tempat sendiri tidak berjumpa tetapi di tempat orang mudah pula. Apa yang Penulis maksudkan ada kaitan dengan artikel yang ingin dituliskan. Sulur Keladi… pertama kali penulis mengenali sayuran tradisional ini semasa berkesempatan berkunjung di Sarawak. Di sana, memang banyak sekali peniaga yang menjual nya di Pasar Tamu.

sulur-keladi4

Tanaman keladi sememangnya diketahui banyak terdapat di negeri-negeri di Semenanjung tetapi persoalannya kenapa di sini sulur keladi sukar sekali dijumpai dijual di pasar-pasar . Adakah sukar mendapatkannya  atau mungkin juga kurang sambutan di kalangan generasi sekarang. Walau bagaimanpun, Penulis percaya sayur tradisional ini masih lagi dijual di sesetengah tempat tertentu sahaja.

sulur-keladi

Mungkinkah ada di kalangan pembaca pertama kali mengetahui wujudnya sulur keladi? Dari mana sebenarnya datangnya sulur keladi ini? Dipendekkan cerita.. Sulur keladi sebenarnya adalah cara bagaimana tumbuhan keladi membiak selain secara umbisi. Apabila tiba masanya, pokok induk keladi akan mengeluarkan beberapa sulur yang akan menjalar jauh darinya. Sulur ini akan akhirnya mengeluarkan tunas dan bercambah menjadi anak pokok keladi. Begitulah alkisahnya….

sulur-keladi3

Menurut rujukan, antara jenis sulur keladi yang sesuai untuk dijadikan sayur yang sesuai dimakan adalah dari jenis Keladi Cina, Keladi Mawar dan Keladi Minyak. Terdapat beberapa varieti lain lain yang sulurnya kurang sesuai dimakan kerana menghasilkan ‘rasa gatal’ pada tekak apabila di masak.
Kebiasaanya, sulur yang masih muda, di ambil dan dijadikan salah satu ramuan dalam beberapa jenis masakan seperti asam rebus, masak asam, sambal tumis dan lain lain.

Number of View :9024

3 comments

  1. masa kecik2 dulu sy selalu ikut arwah mak mengambil sulur keladi. Sulur keladi ini sifatnya melata atas tanah lembab dan basah yang menyulur dari pokok induknya. Cara mengambilnya senang saja iaitu dengan menyentapnya dari pokok induk. Panjang sulur keladi ini sampai 1 meter tetapi bagi yg berpengalaman sulur keladi yg agak pendek kira-kira 1-2 kaki dicari kerana sulur keladi ini masih muda dan rasanya lebih lembut dan sedap. Sebelum dimasak kulit sulur keladi perlu dikupas dahulu dengan mematah-matahnya dengan tangan dengan panjang yg sesuai. Ada beberapa cara masakan yg sy tahu di antaranya ialah masakan tumis belacan, gulai masak lemak dan pais sulur keladi iaitu dengan cara membungkusnya dengan daun pisang kemudian diletak atas bara api. Masakan yg terakhir itu memang sedap tetapi mesti tau ramuan-ramuannya dan cara memasaknya terlebih dahulu di antaranya sulur keladi ini mesti terlebih dahulu dilumur dengan asam paya bagi menawar toksinnya, kalau tidak alamatlah tekak akan tergaru-garu…Buah pinang muda juga dapat menghilangkan toksin keladi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam