March 19, 2024

peria-pantai
Peria pantai atau dikenali juga peria laut merupakan sejenis tumbuhan renek yang rendah dengan ranting yang panjang dan mempunyai tepi daun yang bergerigi. Kebiasaanya, pucuknya dicelor dengan air panas dan dibuat ulam atau pun boleh juga di buat sayur lemak.

Dari segi perubatan, daun peria pantai digunakan sebagai ubat kumur untuk menyembuhkan ulser mulut. Selain itu, pokok ini dipercayai dapat menstabilkan tekanan darah dan membantu mengawal diabetes. Daripada rujukan, daun pokok peria pantai dikatakan boleh digunakan sebagai sabun. Daunnya menghasilkan buih apabila diramas dalam air. Apa pun, saya sendiri belum pernah mencubanya lagi..
peria-laut

Pucuk daun peria pantai masih lagi saya temui dijual di pasar tani putrajaya.  Jika anda biasa makan ulam ini, diharap boleh kongsikan bersama.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :50084

19 thoughts on “Peria Pantai

  1. Rasanya saya pernah tengok pokok ni, rupanya sama dengan poko bebuas, cuma dahannya mungkin berbeza. Baru tau yang pucuknya boleh dibuat ulam. Kenapa namanya peria pantai ya…mungkinkah pucuknya pahit, saya cari juga kalau-kalau ada buah yang menyerupai buah peria, tapi tak ada.

  2. memang sedap rasa peria pantai. saya suka rebus dibuat ulam. lemak. atau di masak lemak letak ubi keledek…wow best

  3. uishhh lain nye pokok peria pantai ni, yang saya tahu peria pantai pokoknya macam pokok peria 5 penjuru dan bau dia pun bau peria, yang digambar tu saya tak pernah tengok

  4. Memang kat kg saya dulu org panggil pokok ni peria pantai/lauk. Dan memang sedap dibuat ulam (celor) atau masak lemak. Walau pun rasanya sikit pahit tapi best sebab ada rasa lemak juga! Org dulu2 amalkan pemakanan daun ni utk kesihatan badan. Betul ia mengeluarkan sikit buih bila digosok dgn sedikit air! tapi tak sesuai dibuat sabun kot sebab baunyer takder la wangi..:) Tapi boleh diguna utk merawat kulit.

  5. salam. waduh! ngak penah liat nih! baru petama kali ngeliat ini pokok (+ bahasa allahyarham P.Ramlee…).

  6. @halimah – Pokok ni ada di rumah ipar saya di Tanjung Karang & Kulim Kedah. Saya dah berapa kali cuba semai secara keratan batang tapi masih belum berjaya. Pucuknya sedap dibuat ulam mentah.

  7. pokok ni memang banyak tumbuh meliar di tepi pantai terutama sekali sekitar pantai Seagate Bayan Lepas, Penang. saya sendiri pun selalu berhenti tepi jalan petik pucuknya untuk dbuat ulam, sayur manis, sayur lemak dan kerabu. Kerabulah yang paling sedap. Taruk perut lembu ngan tomato ckit..sama mcm kita wat sambal belacan ja ramuannya, cuma tambah kerisik. Daun ni juga boleh dibuat mandi untuk menghilangkan kecacingan kanak2 yang selalu muntah dan cirit..

  8. assalamualaikum …:P

    Pokok peria pantai ni byk ditanam di kawasan rumah dan kebun saya..pucuknya dituai dan di hantar kepada pemborong ulam2an. Memang sedap di makan rebus dan dicicah sambal atau dibuat masak lemak + ubi. Boleh juga di masak tumis air.
    Hidup meliar di tepi pantai..tapi pucuknya sedikit pahit kalau dikutip di tepi pantai. Mempunyai bunga2 kecil yang berwarna kuning. Membiak liar melalui biji benih dan akar. Dan ditanam dgn keratan dahan yang matang.
    Perlu melakukan pangkasan dahan untuk tunas atau pucuk baru yang lebih lemak rasanya apabila di tanam.
    Perlu juga lakukan pemangkasan setiap kali pucuk baru dituai.
    Dengan cara ini pucuk yang lebih berkualiti dengan daun2 yang lebih lebar ,batang muda yang lebih panjang dapat dituai seterusnya.

    Saya cabut saja di tepi2 pantai .. balik letak penggalak akar pada akarnya dan terus di tanam..siram dan kerap lakukan pemangkasan. Batang dan pucuk muda perlu di tuai cepat kerana pucuknya cepat tua dan batang muda cepat berubah menjadi keras dalam hanya beberapa hari…:)

  9. Kat Putrajaya jual tapi kat sini tumbuhan ni bayak tumbuh liar kat kawasan rumah saya…kalau makan megi campur ngan ulam ni mmg sedap la..tak pahit..tapi lemak…cuma kena pandai jaga..sebab pokok ni akan menjadi sarang nyamuk..

  10. saya baru tanam pagi ni.dapat benih dari kawan .kalau hidup boleh kita share daunnya.te:013- 4141579

  11. saya ade tanam kat umah mak..dah rendang sekarang ni.pokok ni perlu dicantas selalu supaya pucuk baru nya cepat tumbuh ..sedap dibuat ulam (dicelur dulu)..

  12. memang pokok ni suka tmbuh brhampiran dgn laut..nak tengok pergi la ke pntai remis pk..kmpg2 bnyak tmbuh liar..boleh mkn bgitu saja pucuknya..atau buat sayur lemak..cmpur keledek..

  13. sedap daun ni, buat masak lemak atau celur mcm tu je. kadang2 buat bubur lambuk ganti daun pucuk paku merah (susah nak dpt kt utara ni).

  14. Baru tahu yang pokok ni boleh mengawal tekanan darah bagi diabetis bagus ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam