March 19, 2024

cannon-ball-tree5

Artikel kali ini mengenai pokok yang unik yang pasti buat anda rasa teruja apabila pertama kali melihatnya. Bagi saya ini merupakan lokasi yang kedua saya melihat pokok Cannonball ini. Kali pertama saya melihatnya semasa melawat ke Taman Pertanian Sabah Tenom 2 tahun yang lalu.  Jika anda ingin tahu, pokok yang anda lihat ini juga terdapat di Taman Botani Pulau Pinang. Tetapi sayang,  tidak dapat melihat buah Cannonball di sini. Yang ada hanyalah kuntuman bunga cantik yang sedang mekar dan memberi aroma yang menyegarkan apabila dihidu.

cannon-ball-tree22

Yang menarik tentang pokok ini, bunga dan buahnya hanya keluar pada batangnya sahaja dan tangkai bunga/buahnya boleh cecah hingga ke tanah. Mengikut rujukan, buahnya yang masak memerlukan masa 9 bulan dari mula bunganya menghasilkan buah. Apabila masak ia akan gugur jatuh ke tanah dan pecah disebabkan buahnya yang berat. Buahnya yang pecah akan memberikan bau yang kurang enak atau orang putih kata ” smells unpleasant “.

cannon-ball-tree31

Cantik tak bunganya?

cannon-ball-tree41

Nak tengok tak buahnya? Gambar yang anda lihat di bawah ini telah saya rakamkan semasa melawat ke Taman Pertanian Sabah. Memang banyak pokok terdapat di sana.

cannon-ball

Saya tidak pasti buah ini bermusim atau sebaliknya. Namun, semasa berkesempatan melawat ke sana, memang banyak sekali pokok yang sedang mengeluarkan buah. Buahnya sebesar buah kelapa. Beratnya juga lebih kurang buah kelapa.

cannon-ball0

Menurut rujukan, buahnya pernah dilihat di makan oleh haiwan tetapi bagi manusia ia dikatakan boleh menyebabkan keracunan. Namun, dari segi perubatan daun, bunga dan buahnya dikatakan boleh dijadikan bahan ubat sekiranya menggunakannya dalam dos/sukatan yang betul.

cannon-ball2

Jadi, bolehkah anda membayangkan berapa besar buah dan bunga pokok ini?

cannon-ball3

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :38855

42 thoughts on “Pokok Peluru Meriam @ Cannonball Tree

  1. Teman tak pernah tengok pokok ni…2 pokok je ke kat malaysia ni? Buahnya boleh makan ke?

  2. Saya dah pernah tgk buah ni iaitu di Taman Pertanian di Tenom Sabah…..Pokok ni mmg menarik perhatian kami sekeluarga….Lagi satu pokok magic dari Brazil yg bila kita makan buahnya dan selepas tu makan buah yang masam boleh berasa manis…..TQ for the info…..Menarik…

  3. Saya dah pernah tengok ni di Taman Botnical Penang. Memang menarik dan unik sekali. Thanks for the info. Keep up with the good work. Saya suka makan buah pisang kaki… bolehkah ia ditanam di Malaysia?

  4. saya baru pertama kali tengok buahnya..mcm sebiji buah kelapa.. bunga dan daunya boleh mengubati penyakit aper yer?

  5. A’kum wbt…

    Pokok ini pernah saya lihat di dalam hutan simpan Sedim, Kulim, Kedah berhampiran kebun saya tapi tak tahu apa khasiatnya. Jikalau haiwan memakannya bermakna manusia boleh juga memakannya tetapi perlu berhati-hati, sudah tentu ada khasiat kepada manusia.

  6. ini pertama kali saya tengok pokok peluru meriam ni…menarik tengok tangkai buahnya yang mencecah ke tanah…harap pihak yang berkenaan dapat buat kajian sama ada buahnya boleh dimakan , apa khasiatnya . kalau banyak manfaatnya , boleh la dikomersialkan….

  7. Originally Posted By mangbunga cantik….tapi buah tak…pernah tak orang belah isi untuk tengok rupa dalaman….

    Tak pernah tengok lagi orang belah tetapi bila masak ia akan jatuh dan pecah.. apabila isinya terdedah di udara akan bertukar warna hitam dan mengeluarkan bau yang kurang best…

  8. Oh yea..baru ingat..memang ada di Botanical Garden Penang..dulu selalu pergi jogging kat sana dan nampak pokok pelik ni berhampiran pintu masuk…

  9. unik dan menarik. saya tak pernah tengok buah yang yang macam buah kelapa ni. thanks a lot ye fazlisyam coz kasi knowledge ni.

  10. Salam..Fazlisyam….saya masih memantau dgn membaca & menganalisa fakta2 yg saudara kemukakan..Apa yg saya dapati, masih banyak lagi fakta2 t’perinci..yg perlu saudara kaji & selidik dalam usaha memberi info yg tepat & padat kpd pembaca2 @ para2 rujukan yg lain..
    Apa2 pun saya hargai dgn usaha saudara dlm m’pertengahkan bahan2 artikel yg unik ini..semoga saudara dpt meneruskan usaha murni ini dgn lebih jaya lagi.

    Sekian.Terimakasih.

  11. Salam En. Zul AR, apa yg tuan nyatakan memang benar, apa yg saya sampaikan hanyalah pengalaman peribadi dan dibantu rujukan-rujukan yang ada. Saya sendiri belum sempat mengkaji dengan terperinci kerana ilmu dan masa saya yang terbatas. Terima kasih kerana terus memberi komen yang positif..

  12. Rasanye inilah pertama kali saya melihat pokok ini, tengok buahnya rasa nak makan, tapi op nanti meletup…
    terimakasih kerana dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan ciptaan yang maha esa yang tuan kirimkan.

  13. Saya pun pertama kali tengok pokok ni, cantik betul bunganya. Sayangnya tak boleh makan buahnya pulak.

  14. salam….ini pertama kali saya tengok,cantik bunganya…buahnya unik.rasa macam nak pi tengok dekat-dekat la….

  15. pokok ni..dah pernah tengok sekali dengan buah buahnya sekali di botanical garden penang….sungguh menakjubkan…tq for your information..very beneficial…

  16. terima kasih banyak dengan makluman “canon Ball” tu.. ini lah pertama kali saya
    dengan dan melihat nye..semoga semua maklumat membawa berkat keatas usaha
    saudara.

  17. Mengenai Pokok Peluru Meriam ini, saya pernah merakamkan gambar bunga-bunganya yang sedang mekar di kawasan tempat saya bekerja, Waktu itu saya teruja dan merasa pelik melihat bunga tersebut. lalu saya ambil gambar dan simpan. Hari hari ini barulah saya tahu naman pokok ini.

  18. Salam, saya juga pernah melihat & pegang buahnya sewaktu saya melawat Taman Bunga Pulau Pinang sungguh unik & cantik tapi saya tak tau apa hasiat & kegunaannya kerana disitu tidak diberi apa2 penjelasan

  19. Salam, saya juga pernah melihat pokok Peluru Mariam ini sewaktu saya melawat di Botanical Garden Pulau Pinang . Bunganya cantik & buahnya juga unik sekali tapi sayang pihak taman tidak memberi apa penerangan mengenai pokok ini. Orang ramai (pelawat) cuma lihat & pergi tanpa apa2 pengetahuan cuma yang saya tahu buahnya beracun itu saja….

  20. Salam,saya pun baru tengok pokok ini pada 8.01.2011 yang lalu,pokok ini terdapat dibelakang bangunan Menara Maybank K.Lumpur sungguh unik pokok ini berbunga dan berbuah dibatang.

  21. Salam, saya pun baru tengok pokok ini, di Cameron Highlands sehingga kini saya belum pernah tengok pokok ini. Pokoknya memang cantik, bunga dan buahnya pun cantik.

  22. alaaaaaaaa…….kat singapore banyak kat tepi jalan,terutama sekali kat kebun bunga.Nak tengok banyak lagi,pergi ke sembawang park……budak dudak main tendang tendang kat sana.Hhehehehhehehehe!

  23. TQ Fazlisyam dgn info yg menarik. Bunganya cantik sekali dan paling unik batangnya.. indahnya ciptaan tuhan.

  24. ye..ye…sye da pnah tngok buah nih…mse g kt tman ptanian sbah 2 gk…thanx for all the information above…sbb xjmpe pe2 label hr 2..so kmi mmg ttnye2 gle pokok pe la ni..mse kmi pg 2 pown bnyk sngt buah nye ^^

  25. Hallo temanku, aku baru lihat tanaman seperti ini, sayang buahnya tak dimakan, insya allah kalau hamba ketemu pokok yang aneh, akan hamba kongsikan kesini.
    Terima kasih atas kirimannya, jangan kapok, kerja temanku sangat bagus dan hamba masih ingin melihat pokok ciptaan allah yang lainnya yang telah ditemukan oleh temanku.
    Salam pertemanan selalu. Amin

  26. dekat taman dr di ipoh ada pokok ini, jumpa pokok ini semasa mengambil gambar untuk tumbuhan hiasan landskap semasa bertugas dengan bahagian taman awam dan unit landskap Jabatan perancangan bandar dan desa dulu,

  27. ada sepohon kat USM, PULAU PINANG. BTUL2 DKAT DPAN BNGUNAN LAMA HAL EHWAL PELAJAR USM KMPUS PULAU PINANG. KAMI MMG SLALU TGK…. PLIK2 JER….STIAP KALI TUNGGU BAS DI ATAS ATAU ADA URUSAN DI PJBT TRSBUT.

    MENGIKUT SEJRH..KAWSN USM NI ADLH KBUN REMPAH RATUS. JD KMUNGKINAN JUGA PMILIK TRKMUDIAN IAITU MR. BROWN TLH MNANAM POHON ITU. ATAU MGKIN JUGA LEWAT DRI ITU KTIKA KAWSN INI MNJDI MRKAS TENTERA. APAPUN IA ADLH TUMBUHN TRUNIK DLM KMPUS USM INI.

  28. Pokok ini pernah dilihat di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, mungkin masih ada lagi di sana

  29. saya pernah tengok pokok ni di FRIM Kepong, KL. Kata staff di sana. Pokok Cannon Ball wajib ada di mana2 Taman Pertanian (macam sebagai syarat) kerana di kategorikan pokok liar.

  30. Genre yang sama species berbeza ialah buah kawis. Pokok kawis banyak terdapat diIndia dan Indonesia. diMalaysia pun ada pokok kawis tetapi tak banyak. Saya pernah terjumpa pokok ini, buahnya bulat saperti cannonball tetapi kecil lagi seperti bola kriket.
    Saya juga pernah makan buah kawis, rasanya asam asam manis. Kulit buahnya keras macam tempurung tetapi isinya sangat lembut macam asam katuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam