Masih lagi segar dalam ingatan, sewaktu Penulis berkunjung di Pasar Tamu Miri, Sarawak. Di sana, macam-macam benda boleh dilihat, dimana penulis sendiri tidak dapat ketemui di Semenanjung. Begitulah uniknya, negeri Sarawak.
Artikel kali ini mengenai sarung ketupat yang banyak dijual di sana. Anyamannya memang sempurna sekali. Namun, soalan pertama yang bermain difikiran, kenapa sarung ketupatnya bukan dari daun yang hijau seperti seperti di sini. Soalan kedua.. kenapa bentuknya ada pelbagai saiz.. dari yang sederhana besar sehingga sekecil-kecilnya. Apa sebenarnya kegunaan ketupat ini ? Tapi sayang penulis tidak ketemui jawapannya di sana..
Persoalan tersebut tidak dibiarkan tanpa jawapan. Daripada perkongsian rakan-rakan, sarung ketupat tersebut digunakan sebagai bahan untuk upacara Miring di Sarawak. Betul atau tidak, harap dapatlah anda perbetulkan jika kenyataan ini kurang tepat.
Jadi, apa sebenarnya Upacara Miring ini ? Daripada rujukan, Miring diadakan bagi memberkati penduduk, melindungi , membawa kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat. Dalam masyarakat Iban, miring diadakan sebelum aktiviti penting diadakan atau sesudah malapetaka dan kejadian tidak diingini menimpa. Begitulah uniknya, masyarakat Iban di Sarawak yang begitu kuat berpegang kepada adat dan budaya. Bak kata peribahasa orang di sana, biar sesat di belantara, asal jangan sesat adat.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :9559
Patut awak ambil gambar setiap jenis ketupat tu mengikut tujuan mereka.