Pokok Gelam

pokok-gelam
Gelam atau nama saintifiknya Melaleuca cajuputi merupakan salah satu spesies dalam family Myrtaceae. Pokok adalah sederhana besar , mempunyai ketinggian 24m dan daunnya 5-12 cm. Daun mudanya berbulu dan bunganya kecil. Pokok ini mudah dikenali dengan keadaan batangnya yang mudah merekah dan boleh dikopek. Pokok ini biasanya  hidup di kawasan berpaya atau di tepi-tepi pantai. Kebiasaannya pokok ini dijadikan bahan dalam membuat perabot  dan sebagainya. Di sesetengah negeri seperti di Melaka, pokok ini ada ditanam di sepanjang jalan yang berfungsi sebagai teduhan.

pokok-gelam2

Dari segi khasiat perubatan tradisional, pokok gelam dipercayai dapat merawat deman kepialu, demam campak serta deman panas. Cara penggunaannya ialah 7 tangkai Buah gelam dan 7 pokok dukung anak direbus sehingga mendidih. Kemudian diminum 3 kali sehari sebelum makan. Sejauh mana amalan ini dilakukan saya sendiri tidak pasti. Selain itu, ia juga boleh bertindak sebagai Ubat cacing. Cara penggunaannya ialah 14 helai daun gelam dicampur dengan daun pandan wangi serta beberapa jenis daun lagi. Rebus campuran tersebut sehingga mendidih. Ia boleh diminum 3 kali sehari sebelum makan.

pokok-gelam3

Banyak kajian yang dilakukan terhadap pokok gelam ini. Antaranya ialah, madu lebah yang didapati dari pokok ini dikatakan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan pokok-pokok lain.

Number of View :19137

7 comments

  1. Madu Gelam mempunyai kandungan anti-oksida & anti-bakteria yg paling tinggi dibandingkan dengan madu2 lain yang ada di Malaysia (kajian UM)

    Ada kajian yg mengatakan khasiat madu gelam ni setanding dengan maduka honey…wallahu’alam..

  2. Pokok Gelam ini yg biasa digunakan didlm senireka landskap ialah dari spesis M. leucadendron, boleh dibeli dari nurseri, RM100-200, 2-3 meter tinggi..

    Yg disebutkan M. cajeputi adalah lebih besar dan dikeluarkan darinya minyak Kayu Putih (Cajeputi, kata Mat Saleh), seperti minyak Eucalyptus baunya.

    M. cajeputi jarang ditemui didlm landskap moden, pernah nampak di sepanjang Jln Scudai, JB pada tahun 80an dulu.

  3. Tak silap saya pokok gelam ni banyak terdapat ditanah berpaya dijalan Pasir Mas- Rantau Panjang, Kelantan. Orang sana panggilnnya gelam minyak dan digunakan sebagai kayu untuk dibuat arang.

    ……..Kalau nak tengok pokok gelam di sekitar KL boleh pergi ke Pusat Penyelidikan Petrolium Petronas diBangi (dekat Uniten). Disitu mereka menggunakan pokok gelam sebagai teduhan landscape..

  4. salam..

    Setuju dgn Knoxman..digunakan untuk buat minyak kayu putih(cer tengok batangnya…mmg warna putih pun..)…Daunnya kalau diramas2 menghasilkan bau minyak kayu putih..Saya mengambil pucuknya sbg ulam (selalunya amik kt Tasik Permaisuri tepi taman permainan tu ada 2,3 pokok)krn kata mak saya ia memanaskan badan bgs untuk perempuan..Tp yg pnting sy suka baunya manyelerakan sbg ulam w/p bau ubat.Daunnya direbus sebgai campuran mandian jika badan x sihat seram2 sejuk kerana ia bersifat panas,,,,

  5. salam….sdr fazlisyam sy agak terkejut dgn kandungan kegunaan pokok gelam langsung tidak menyebut kegunaan utama pokok ini kepada masyarakat nelayan iaitu kulitnya sebagai keruing perahu. Mungkin pokok gelam ini lain dpd pokok gelam yg sy kenal kot?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam