Buah Sentul Siam

Buah Sentul atau nama saintifiknya Sandoricum koetjape juga lebih dikenali dengan panggilan setoi dan kecapi di sesetengah tempat. Buah ini memang  tidak asing lagi di kalangan masyarakat di kampung sehingga ada yang menjadikannya jeruk. Jika ingin merasa jeruk sentul bolehlah ke sebelah utara atau terus sahaja berkunjung ke kedai jeruk Pak Ali.

Berbeza dengan sentul yang biasa, buah sentul siam mempunyai saiz yang lebih besar. Rasanya juga lebih manis berbanding sentul yang biasa. Sentul Siam dipercayai di bawa masuk ke Malaysia dari Thailand. Sama seperti buah dokong sewaktu ketika dahulu.

Selain di makan segar atau dijeruk, kulit buah dikupas nipis, dihiris-hiris dan dicicah dengan sambal belacan kicap (cicah). Memang sedap.

Sedikit sahaja artikel yang sempat saya kongsikan kepada pembaca, jika ada sesuatu yang ingin diceritakan mengenai buah ini, boleh kongsikannya di sini.

Number of View :10411

2 comments

  1. sayur kolok kulit sentul sedap…

    kulit sentul dubuang kulit ari dan di belah 8, kulit rambai di siat 2. rebus kedua bahan ini seketika (jgn sampai kulit sentul terlalu lembik). kemudian toskan dan ramaskan sedikit di bwh pili air. jangan sampai hancur tau.
    di dalam periuk, masukkan kacang panjang yg telah dipotong, bawang besar dibelah 4, isi petai, dan cili besar yg dibelah 2. masukkan sekali dua bahan di atas. jangan lupa isi ikan bakar yg di tumbuk serta garam. pastikan sentiasa dikacau supaya tak pecah minyak. bila dah masak boleh la dihidangkan sebagai lauk nasi bersama sambal belacan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam