March 19, 2024

spice-garden0

Kesempatan pergi ke Penang baru-baru ini tidak saya lepaskan untuk berkunjung ke Tropical Spice Garden yang terletak di Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang. Kalau nak tahu tempat ini terletak menghala jalan ke Batu Feringghi. Lepas melalui Batu Feringghi, anda teruskan lagi perjalanan dan akan berjumpa Tropical Spice garden di sebelah kiri anda. Jika anda teruskan lagi perjalanan sejauh 4 km, anda akan bertemu pintu masuk ke Taman Negara Pulau Pinang. Namun, setakat ini saya masih belum berpeluang untuk meredah mana-mana hutan Taman Negara di Malaysia.

spice-garden

Apabila melangkah masuk pintu utama saya terus membuat pembayaran sebanyak RM14 bagi mendapatkan tiket menonton kisah yang berjudul keindahan alam semulajadi. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, alangkah terunanya terujanya saya melihat keindahan landskap pokok-pokok yang di susun dengan temanya yang tersendiri. Bagi saya, Tropical Spice Garden ini antara Taman terbaik dari segi landskap tumbuhannya yang pernah saya lihat. Nak cerita lebih-lebih tak bolehlah, lainlah kalau Tropical Spice Garden bagi tiket Free hari tu.

spice-garden2

Tropical Spice Garden yang berkeluasan 4 ekar lebih ini dikatakan mempunyai lebih 500 jenis varieti atau jenis tumbuhan yang dibawa masuk dari merata tempat di dunia. Di Taman ini ia dikategorikan kepada 3 bahagian utama iaitu Jungle Trail, Ornamental Trail and Spice Trail. Jika anda melalui laluan-laluan ini, ia mengambil masa di antara 20-40 minit perjalanan.

spice-garden4

Di sana anda akan menemui pelbagai jenis tumbuhan seperti tumbuhan akuatik, jenis-jenis ginger, heliconia, paku pakis, pokok-pokok palma, pokok cycas dan sebagainya. Setiap tumbuhan ada dilabelkan nama serta sedikt informasi mengenainya.

spice-garden6

Antara tumbuhan yang unik dan hidup subur di taman ini ialah seperti pokok di atas. Saya pun dah lupa namanya..  Artikel akan datang saya akan ceritakan serba sedikit mengenai spesis-spesis tumbuhan yang terdapat di sana.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :16074

6 thoughts on “Tropical Spice Garden

  1. Keladi Murai (Tacca integrifolia Ker Gawl)
    nama lain: Belimbing tanah, sebiak, janggut bawo
    ms 93
    Buku: Tumbuhan liar: khasiat ubatan & kegunaan lain
    Oleh Hean Chooi Ong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam