March 19, 2024

labu-kayu

Artikel kali ini mengenai salah satu spesis buah nadir yang masih terdapat di Malaysia yang dikenali dengan nama Labu Kayu. Mendengar namanya sahaja sudah tentu membuat anda tertanya-tanya kenapa ia digelar labu kayu. Labu kayu mempunyai kulit yang keras seakan kayu dan bulatnya sebesar buah labu. Jika dilihat isi dalamnya yang bewarna putih tidaklah seperti buah labu pun dan pokoknya pula pun tidak seperti pokok labu. Ini kerana pokoknya besar dan buahnya terdapat pada dahan-dahan utama. Memang unik !!

Daripada kaji selidik terhadap orang ramai, masyarakat cina lebih mengenali buah ini dari segi kegunaan dan khasiatnya. Mereka menggunakannya air rebusan buah tersebut bagi mencuci usus atau perut. Caranya ialah merebus buah tersebut termasuk kulit dan isinya sekali selama 1-2 jam. Kulitnya perlu diketuk bagi memudahkan proses rebusan. Ia boleh diminum untuk kesihatan seisi keluarga. Daripada maklumbalas, setelah air rebusan diminum,  anda akan kerap ke tandas dan diikuti secara bergilir-gilir dengan ahli keluarga anda.

Daripada kaji terhadap kaum melayu pula, kebanyakan mereka biasa menjumpai pokok buah ini dan ada juga yang ditanam di halaman rumah, tetapi sayang mereka tidak tahu menggunakannya.  Yang menariknya, ada yang menjadikannya sebagai bola bowling dan ada yang terlebih kreatif menjadikannya sebagai ‘helmet‘.

Mungkin anda di luar sana tahu khasiat dan kegunaan lain buah ini. Di harap boleh kongsikannya di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :95097

105 thoughts on “Labu Kayu

  1. Assalam..sy memerlukan buah labu kayu utk merawat ketumbuhan..tlg kepada siapa yg ada buah ni hubungi sy 0179230913..sy di hulu trengganu..tq

  2. Assalam..
    Sy memerlukan buah labu kayu
    Area kelantan.. kalau bukan kelantan boleh pos.. kalau ade boleh wasap 0129595868.. terima kasih.. jasa amat sy hargai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam