Buah Saga

Buah Saga atau nama saintifiknya Adenanthera pavonina  merupakan tumbuahan yang tergolong dalam famili Leguminosae ( Fabaceae ) atau famili legum (kekacang). Perkataan pavonina bermaksud menyerupai merak (bunga).

Artikel mengenai pokok ini pernah saya tulis pada tahun 2012 yang lalu. Pada artikel kali ini, hanya terdapat sedikit penambahan informasi yang tidak terdapat pada artikel terdahulu.

Gambar pokok saga ini, saya ambil semasa dalam perjalanan dari Dengkil ke Banting. Kebetulan terjumpa pokok ini semasa singgah di gerai air di tepi jalan besar. Ketika itu, terdapat beberapa jambak bunga saga berwarna kuning yang sedang berkembang serta mengeluarkan aroma yang wangi. Kebiasaannya, pokok saga mengeluarkan bunga sepanjang tahun.

Di lain-lain negara, pokok ini juga dikenali sebagai Red Bead Tree ( Pokok Manik Merah ). Pokok ini mempunyai pertumbuhan yang cepat dan mampu mencapai ketinggian lebih 30 meter.  Menurut rujukan, pokok ini adalah jenis ‘deciduous‘ iaitu pokok akan meluruhkan daunnya setiap tahun atau pada musim-musim tertentu.

Biji buah saga ikatakan mempunyai sifat toksik jika dimakan terus. Namun, apabila dimasak, ia boleh dimakan dan dikatakan kaya dengan protein dan lemak. Banyak lagi kajian sebenarnya mengenai pokok ini, namun tidak mampu untuk saya huraikannya di sini.

Berminat untuk tanam pokok saga di rumah ? Bolehlah biakkannya melalui biji benih. Ingin melihat pokok ini dengan lebih dekat. Boleh berkunjung ke Putrajaya. Pokok ini banyak di kawasan perumahan khususnya sekitar taman permainan kanak-kanak.

Number of View :6627
Baca:  Pokok Saga

2 comments

  1. Kalau di Presint 11 dekat Pusat Kejiranan Presint 11 boleh jumpa. Dekat dengan Taman Permainan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam