Laksana Bunga dedap, Sungguh Merah Tidak Berbau

bunga-dedap

Sekali pandang memang cantik si Bunga Dedap ni. Warna merahnya yang menarik menjadikannya pokok hiasan yang popular di kawasan kediaman. Namun, di sebalik bunga dedap ini ada pantun dan kiasannya..

Hilir berderap mudik berderap,
Patah galah di dalam perahu;
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.

Rujukan : Puisi Melayu Tradisi, Fajar Bakti, 1985.

Maksudnya; Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

Ada sesiapa nak jawab pantun ni ?

Number of View :15157

11 comments

  1. Hilir berderap mudik berderap,
    Patah galah di dalam perahu;
    Sungguh laksana bunga dedap,
    Cantik merah tidak berbau.

    Bunga dedap tidaklah bebau
    merah nya terpikat kedalam kalbu
    Walau pun merah tidak berbau
    Enak nya sungguh dibuat kerabu.

  2. >>>

    Sungguh laksana bunga dedap
    Cantik merah tidak berbau
    Allah jadikan pandangan jer sedap
    Kegunaan pokoknya siapa tahu ..??

    … pokok dedap ada yang berduri, ada yang jenis tidak berduri .. keratan dahan pokok dedap senang tumbuh, sebab itu selalu di jadikan pagar kerana bolih tahan lama, bahkan kena di `andam’ selalu untuk tidak terlalu besar ..

    … pokok dedap juga sesuai di buat junjung lada hitam, sebab bolih jimatkan kos pengganti tiang kayu yang agak mahal kerana kayu junjung lada hitam perlu kayu yang tidak mudah reputdan rosak .. jabatan pertanian telah mengakui langkah ini sungguh sesuai bagi pengusaha ladang lada hitam …

  3. Malang si dedap tidak berbau, Dahan berduri apalah guna,Memang kuharap pada yang tahu, Kasihan diri takut dihina.
    Buat hiasan di depan rumah. warna menyeri para tetamu,
    Buat kajian bahan ilmiah, Kerana diri saudara tak jemu..

    ”””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””’
    warnanya sangat menarik,dalam pengalaman saya pokok ni ada 2 jenis.yg biasa warna merah dan mungkin jarang dilihat ialah warna pink,tapi jenis pink tumbesarannya agak slow dan lebih kecil.pada saya dedap tak disyorkan pada mereka yg malas nak cantas mencantas,sebab setelah habis berbunga dahannya agak serabut.

  4. Trima kasih atas imfo Memang nak pergi sangat , faham aja lah ,
    Tentang bunga dedap Pantun nya saya ta nak jawab Tapi kalau saudara
    nak resepi masak bunga dedap bulih saya beri saya masih ingat Bunga
    derdap bulih di makan , kalau nak resepi nya Hubungi saya semula ,
    Jangan ingat bunga dedap tu ,walau taada bau ia bulih di makan

  5. “sape2 tau kat mane nak cari pokok dedap ni tolong bagitau n hubungi saya atas tujuan perubatan anak saya nazrin shauqi, segala kerjasama anda semua amat dihargai…..”

  6. Pokok dedap ni dikampung2, sememangnya ada, dibuat tiang pagar, sebab mudah ditanam (guna batangnya ja). Ada yg. seluruh pokonnya hijau dan ada juga jenis yg. hijau / kuning pudar.Berduri kecil di batang/dahan. Boleh jadi peneduh kawasan, ada bunganya tambah lagi serinya. Daunnya dan keseluruah pokoknya amat digemari oleh arnab.(tak caya, cuba bagi makan). Dar segi perubatan, apa gunanya ya? siapa tahu maklum2 kan la. Untuk ubat apa le En. Zamri?

  7. Siapa yang nak bunga dedap, boleh hubungi saya. Depan rumah banyak di tanam oleh Majlis Perbandaran. Bunganya memang cantik 012-6735569.

  8. Jangan terperanjat kalau saya bg tahu ada lagi satu kegunaan kayu derdap ni. Bagi pembuat senjata di kelantan kayu pokok ini di jadikan batu asah senjata spt keris, badik, tumbuk lada dan lain2. daunnya juga digunakan utk ubat gatal2 kulit. Orang kata

  9. petang td saya tengok terdapat sepohon ditanam di tepi jalan di kampung bakong sri aman sarawak…bunganya merah tak sangka tak ada bau ye…

  10. pokok kat rumah saya tak pernah berbunga..kenapa ya..apa khasiat daunnya..pernah makan buat ulam apabila direbus.sedap juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam