Kacang Itik

Kacang Itik merupakan sejenis tanaman kekacang yang jarang sekali dijumpai ditanam. Tidak ramai yang mengenalinya. Kacang itik ini banyak ditanam di Kelantan yang mana ia boleh dimakan setelah direbus. Saya sendiri belum pernah merasainya namun daripada perkongsian rakan, rasanya seakan kacang tanah rebus.

Pokok kacang itik adalah sejenis tumbuhan memanjat dan merimbun apabila ditanam. Seeloknya para perlu disedia sekiranya anda ingin menanamnya. Dalam satu tangkai daun terdapat 3 helai daun berbentuk bulat hati. Pokok mengeluarkan bunga berwarna putih. Pokok kacang itik sangat produktif kerana menghasilkan buah yang sangat banyak. Biji benihnya seakan-akan biji kacang parang atau kacang sepat.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :168

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam