Kacang Parang

kacang-parang
Kacang Parang atau nama saintifiknya Canavalia gladiata merupakan sejenis tumbuhan menjalar. Kacang jenis ini tidaklah popular seperti kacang panjang, maka tidak hairanlah jika ia jarang dijumpai dijual di pasar tani atau pasaraya.

Kebiasaanya, buah muda dijadikan sayuran seperti kekacang yang lain. Buah kacang yang muda boleh dikupas kulit bagi mengambil biji samada di makan mentah atau dimasak sup. Namun, biji yang tua dikatakan tidak boleh dimakan mentah kerana beracun dan hanya boleh dimakan apabila dimasak dengan cara yang betul.
kacang-parang2
Kacang parang ditanam menggunakan biji dan lazimnya hasil boleh diperolehi di antara 3-4 bulan. Buahnya mudah dikenali kerana berbentuk leper dan panjang.
kacang-parang3
Menurut kajian, kacang parang mengandungi sebatian kimia konkanavalin A yang melekat pada usus dan mengurangkan keupayaan tubuh menyerap nutrien daripada usus.

Dengar cerita ibu yang mengandung tidak boleh makan kacang parang kerana ia berkait dengan penyakit  G6PD. Benarkah kenyataan ini? Jika ada lelaki yang ingin tahu, silalah tanya kaum wanita yang sedang mengandung..

Number of View :13839

3 comments

  1. kacang parang!!wahh dah bertahun lamanya sy tak makan kacang ni..sebab payah bebeno nak cari…kat kl mana nak cari kacang mcm ni…biasanya keluarga sy rebus kacang parang ni dan makan dengan nasi…rasanya lemak2 sedikit…

  2. dengar benda dah beracun tak berani nak cuba makan. Anak sy ada penyakit G6PD tertulis pd kad perubatannya. Doktor kata tak boleh mkn kacang panjang, jd kami serumah pun tak mkn kacang ni. Buat apa nk mkn kalau boleh bawa musibah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam