March 19, 2024

daun-lemuni6

Daun Lemuni atau Lengundi memang begitu dikenali oleh masyarakat yang tinggal di kampung khususnya di sebelah utara dan pantai timur. Daun ini cukup terkenal dalam ramuan membuat nasi ulam dan nasi lemak. Rupanya masih ramai yang menggunakan daun lemuni dalam masakan nasi lemak kerana dipercayai memberi khasiat awet muda.

daun-lemuni5

Selain itu, nasi yang dicampur dengan  air daun lemuni boleh dijadikan makanan untuk para ibu yang lepas bersalin bertujuan menjaga kesihatan dalaman iaitu dapat mengecutkan rahim. Jom baca.. apa kata rakan-rakan yang lain mengenai daun lemuni ini..

daun-lemuni

Daun lemuni juga boleh dijadikan ramuan untuk membuat nasi kerabu hitam. Air perahannya merupakan pewarna asli yang digunakan untuk memberi warna biru kepada nasi kerabu.

daun-lemuni2

Daripada rujukan yang lain pula, Daun lemuni merupakan kaedah dalam merawat sakit kepala. Caranya, ambil daun lemuni lebih kurang beratnya 1 kilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal untuk kegunaan mengalas kepala. Pesakit perlu menggunakan bantal tersebut semasa tidur selama 2-3 hari. Sejauh mana keberkesannya, hanya yang pernah mencuba mengetahuinya..

daun-lemuni3

Kalau anda mempunyai cerita lain untuk dikongsi, penulis di sini amat mengalukannya..

daun-lemuni4

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :27281

4 thoughts on “Daun Lemuni

  1. mak cik saya ada tanam, saya cuba ambil daunnya untuk dibuat nasi ulam. dia marah, katanya daunnya tu tak boleh dimakan. orang buat mandian untuk perempuan bersalin aje. terus tak jadi ambik.

  2. sy rasa sy pernah lihat orang bidayuh jual daun ini di pasar tamu serian. Sy sangka ianya sejenis sayuran tp rupa2nya digunakan untuk membuat nasi lemak…sedap ke?

  3. Dirumah mak mertua saya ada sepokok bukan main rimbun lagi. Org tua2 kata kalau nak awet muda kene makan sepucuk sehari selama 40 hari. Tapi saya tak pernah pratik pun 🙂

  4. Daun lamuni hitam ni sedap dijadikan bahan nasi goreng ulam, tapi jgn terlalu banyak digunakan. cara nya diracik halus bersama daun ulaman lain dan gaul di akhir sekali sebelum di hidang, agar aromanya kekal!

    Kegunaan lain, bahan nasi lemak, nasi lamuni, nasi orang perempuan dalam pantang, nasi kerabu, juga untuk manikkan selera makan!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam