March 19, 2024

rumput-pak-laleng

Rumput yang disangka tidak berguna rupanya salah satu sayuran tradisional yang dimakan nenek moyang kita suatu masa dahulu. Penulis sendiri baru mengetahui rumput yang dikenali pak laleng ini boleh dimakan sebagai ulam. Terima kasih kepada rakan yang bersusah payah mengirimkan gambar di atas.
rumput-pak-laleng3

Daripada perkongsian rakan-rakan, rumput ini digelar dengan pelbagai nama mengikut tempat. Di sebelah utara ia lebih popular dengana nama capa lakleng manakala di sebelah pantai timur ia digelar pokok gedeber lembu. Lain-lain nama panggilan tumbuhan ini ialah pokok lembu kasi, bayam enggang, sawi enggang , sawi huma ,sayur bangali, Daun kencing kerbau , Pucuk Jeriah, dan orang Sarawak pula memanggilnya kemeh kerbo. Samada tepat atau tidak, anda sendiri yang tentukan. Penulis sendiri masih lagi kurang arif mengenai tumbuhan spesis ini. Daripada rujukan terdapat beberapa spesis yang menyerupai rumput ini. Antaranya ialah Emilia sonchifolia dan Erechthites hieracifolia. Adakah kedua-duanya juga boleh dimakan?

rumput-pak-laleng2

Kebiasaannya tumbuhan ini boleh dibuat ulam, di cicah dengan sambal belacan atau budu, ditumis dengan udang kering atau digoreng. Masyarakat cina sering menggunakan tumbuhan ini sebagai herba perubatan. Dari segi khasiat, tumbuhan ini dipercayai boleh merawat darah tinggi serta kencing manis.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :36586

15 thoughts on “Rumput Pak Laleng

  1. Orang Kelantan panggil bio peroksi.. buat ulam budu, rangup..tumbuh macam semak..

  2. kalau tak silap saya gambar yang di atas dan bawah tu adalah dari jenis yang berbeza.
    Di tempat saya, yang di atas tu dipanggil ‘gedeber lembu’ dan di bawah tu dipanggil ‘bayam praksi’.
    bayam praksi elok dimakan oleh ibu-ibu hamil untuk mengelakkan jaundis.

  3. ‘gedeber lembu’ daunnya berbulu dan sedikit berbau, enak dimasukkan dalam bubur lambuk.

    ‘bayam praksi’ daunnya licin

  4. byk tumbuh di mana2 di sini terutama kawasan huma padi bukit orang iban. Tp setakat ini tak pernah pun sy tahu kedua-dua tumbuhan ini boleh dimkn. Bagaimana cara memasaknya ya?

  5. sdr andika, di terengganu biasanya sayur ini di campur dalam masakan bubur lambuk atau di masak ‘sayur rampai’.
    cara masak sayur rampai: bawang merah, bawang putih, cili padi dan bilis ditumbuk dan direbus dengan 500ml air. masukkan bersama beberapa ketul keledek yang telah dipotong.
    setelah air mendidih masukkan:
    pucuk paku midin, daun melinjau(sehelai daun di potong melintang kpd 3), rumput pak laleng, daun kaduk, sedikit daun kesum, daun cekak manis yang masih muda. (semua sayuran ni di ambil daunnya sahaja)
    tambah sedikit garam dan perasa.

  6. sdri ros, terima kasih dengan info tersebut. Begitu juga dengan rakan pembaca lain bolehlah mencuba resepi ini.

  7. Kalau di tempat kami disebut bayam praksi memang sedap di buat ulam dan masak lemak

  8. Mula kenal semasa kursus di Pasir Mas Kelantan, org Kelantan panggil bayam peraksi. Sedap buat ulam!

  9. Saya pernah makan pokok ini. Dia boleh termasuk dalam kategori pokok herba dan pokok ulam. Saya diberitahu, pokok ini dinamakan sawi. Khasiat terbaiknya ialah untuk lelaki iaitu menaikkan tenaga batin.

  10. tak tau pulak boleh dimakan…ingatkan rumput biasa…dulu selalu petik tangkai bunga yg belum kembang…kumpul banyak2 letak dalam pasu isi air sikit..mcm buat fresh flower..

  11. pokok ini juga di kenali dengan nama pokok sepah tekukur. pokon ini boleh di buat ulam pucuknya dan daunnya di gunakan untuk mengubati baby yang terjadi ruam di pipi akibat tumpahan air susu ibu. cara mengubatnya ambil beberapa helai daunnya diupar dan sapu di bahagian yang terkena susu tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam