March 19, 2024

pasar-satok2

Sambungan dari artikel yang lalu mengenai kunjungan saya ke Pasar Satok. Kebetulan waktu itu musim buah telah pun sampai ke penghujungnya. Menurut penjual buah di situ, apabila tibanya musim buah rambai (gambar di atas), bermakna musim buahan-buahan lain (gambar di bawah) akan berakhir. Rezeki saya kerana dapat juga merasa beberapa jenis buah yang tidak pernah dirasa sejak bayi lagi.

pasar-satok3

Buah pertama yang saya jumpa ialah durian kura-kura. Saiz buah ini kecil tidak seperti durian yang lain. Memang sudah tidak banyak lagi ada dijual di sini. Harga sebiji di antara RM5-RM7 sebiji mengikut saiz. Isinya nipis, tidak berapa manis dan sedikit melekit.

durian-kura-kura

Rasanya pula memang unik tidak seperti buah durian klon yang lain. Ada juga ahli keluarga saya yang tidak suka akan rasa buah durian ini.

pasar-satok8

Buah seterusnya ialah buah belimbing api atau orang di sana juga menyebutnya buah uchong. Memang cantik buah ini. Isi buah ini menyerupai buah rambai. Buah yang masak rasanya masam-masam manis dan lebih sedap dari buah rambai.

buah-belimbing-api

Beli sekilo, harga dalam RM6 kalau tak silap. Memang best makan buah ni.

pasar-satok9

Buah seterusnya ialah buah langgir. Buah ini memang aku pun tidak pernah lihat dimana-mana seumur hidupku. Dekat internet pun tidak ramai yang bercerita mengenai buah ini. Try beli setengah kilo untuk cuba rasa kenikmatannya. Tidak syak lagi..  Rasanya seperti buah tampoi. Ada sedikit manis dan masam. Memang rezeki..

pasar-satok5

Buah yang turut dijual disini ialah buah keranji. Harga pun boleh tahan sehingga mencecah RM20 sekilo. Kalau ikut citarasa aku buah keranji tidaklah sesedap mana. Sedap lagi buah asam jawa.

pasar-satok41

Buah Dabai memang popular di Sarawak. Harganya juga boleh mencecah sehingga RM28/kg mengikut gred. Kebiasaannya harga buah ini lebih mahal kerana bukan musim sebenar buah ini.

buah-dabai

Nak makan buah ini ada caranya. Ia perlu di celur dengan air suam dan lebih sedap jika dibubuh sedikit garam dan dimakan dengan nasi panas. Menurut penjual tersebut, kalau kikis sedikit kulit dibahagian luar, rasanya lebih sedap.  Di Sarawak terdapat menu Nasi Goreng Dabai. First time mencubanya, boleh tahan juga la.

pasar-satok6

Buah Tampoi pun banyak dijual di sini. Harganya pun murah je tapi tidaklah aku membelinya kerana dah biasa makan di Semenanjung Malaysia.

buah-bambangan

Buah Bambangan pun banyak dijual disini. Harganya pun semakin murah disebabkan peniaga tidak mahu simpan lebih lama buah ini. Buah ini pernah aku rasa semasa ke Kota Kinabalu dahulu. Rasanya yang masam memang seakan-akan rasa buah bacang.

buah-avocado

Buah Avocado pun turut dijual di sini. Namun, tidak ramai peniaga yang menjualnya. Jenis buah avocado di sini saiznya lebih kecil dan bulat jika hendak dibandingkan buah avocado yang saya temui di Kota Kinabalu yang lebih bujur dan panjang.

buah-pinang

Buah pinang pun turut diminati oleh penduduk di Kuching. Saya tidak pasti apakah kegunaan sebenar buah pinang ini? Adakah dimakan terus atau digunakan dalam masakan.

buah-timun

Akhir sekali ialah buah di atas ni. Nama buah ini saya sendiri tidak ingat. Ada sesiapa tahu namanya?

kacang-berotik

Apa pun, sampai di sini dahulu cerita tentang Pasar Satok sebab mata pun dah mengantuk.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :57487

8 thoughts on “Buah-buahan di Pasar Satok

  1. buah bambangan tu enak kalau campur belacan..
    parut buah tu dan lenyekkan dengan belacan jadi makan ngan nasi pehhh…
    buah tampoi tu nak buat air mabuk kalau kat sarawak..campur ragi..sekadar info sahaja..jauhi arak kerana arak ibu segala maksiat..

  2. Buah bambangan tu di tempat saya di Sarikei kite panggil ‘Buah Mawang’..

    yang masih muda boleh parut gaul belacan mcm kata talibramli, yang dah masak warna oren tu cicah garam+cili jer.. tapi cicah belacan memang the best lar..

    pokok dia tumbuh lurus dan tinggi..

  3. Buang Langgir tu pula kulit dia boleh dijemur smpi kering pastu boleh diramas2 dengan air suam dan akan mengeluarkan buih macam sabun.. so buih tu kite boleh sapukan kat rambut tuk menguatkan rambut..

  4. Buah yang last tu orang swk panggil “rampu beto” buah ni keluarga timun + tembikai isinya hijau keputihan and rasa macam timun tapi harum macam buah tembikai susu..

  5. durian tu bukan durian kura-kura yang sebenar. kalau kat tempat saya limbang sarawak, durian tu adalah spesis durian kuning. durian kura-kura yang sebenar mempunyai duri yang pendek dan tidak tajam sangat. buahnya senang dbuka jika buahnya betul2 masak. dbuka mgunakan tangan sahaja pun boleh atau dihentak ke lantai. durian kura-kura mendapat namanya adalah kerana durian tersebut berbuah di pangkal pokoknya. bukan di atas pokok. sayangnya gambar buahnya saya tak sempat nak ambil gambar.

  6. saya dari terengganu,setahun bekerja disipitang. tiba musim buah buahan memang seronok.banyak buah buahan yang saya tak pernah lihat di semenanjung…saya tak puas berada di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam