March 19, 2024

buah-kelor-buah-kamansi

Sekilas pandang mungkin ramai yang menyangkanya buah sukun (Artocarpus altilis). Namun, jika dilihat dari rupa luarannya, ia sedikit berbeza berbanding buah sukun yang tidak mempunyai kulit yang berduri. Buah Kulor atau nama saintifiknya Artocarpus camansi memang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak ia lebih popular dengan nama buah kamangsi dan buah pulor. Di beberapa negeri yang lain, ada juga yang menyebutnya buah keluwih.

Dalam English, buah sukun dipanggil breadfruit manakala buah kulor pula disebut breadnut. Nak tahu kenapa? Salah satu sebabnya ialah buah sukun tidak mempunyai biji manakala buah kulor atau buah kamansi ini mempunyai biji yang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri.

buah-kelor-buah-kamansi2

Kebiasaanya, seperti juga buah nangka muda, buah kulor muda ini juga sedap dibuat masak sayur lemak dan tidak sesuai digoreng seperti buah sukun. Menurut perkongsian dari rakan-rakan, apabila buah matang bijinya akan menjadi lebih keras seperti gambar dibawah.  Biji ini boleh direbus dan dimakan begitu sahaja. Rasanya lembut dan empuk seperti isi ubi kentang direbus. Selain itu, ia juga boleh diguna pengganti ubi kentang di dalam masakan kari.

buah-kelor-buah-kamansi3

Daripada rujukan, pokok ini hanya boleh dibiakkan melalui biji benih. Ini disebabkan pokok kulor tidak boleh dibiakkan melalui keratan akar.  Tidak seperti pokok sukun yang boleh mengeluarkan pucuk dari akarnya. Biji benih pokok kulor boleh bercambah di antara 10-14hari. Nak tahu lebih lagi mengenai buah ini silalah baca di sini.

buah-kelor-buah-kamansi4

Jika anda mempunyai cerita di sebalik buah ini, bolehlah kongsikannya di sini. Bak kata orang putih “Sharing is Caring”.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :36065

7 thoughts on “Buah Kulor

  1. bukan buah terap ke? kalau kat terengganu buah terap memang orang tak makan, dibiarkan bersepah aje.

  2. salam sdr fazlisyam. Di tempat kami di daerah saribas sarawak buah ini dinamakan buah pulor. Buah ini dipetik masa masih muda untuk dibuat sayur. Kalau sudah tua bijinya akan jatuh ke tanah dipunggut untuk direbus. Rasanya lebih sedap dari biji cempedak rebus. Waktu merebusnya campurkan garam sedikit bagi menambah rasa lemaknya. Biasanya ia dinikmati dengan air kopi panas di kampung2. Sedap….
    Sekarang buah ini banyak dijual di pasar2 tamu di sarawak dengan harga RM1-RM2 sebiji ikut saiz. Bagi yang berpengalaman tentulah memilih buah yang bersaiz kecil kerana buahnya masih muda. Sebelum dibuat sayur kulitnya dikupas terlebih dahulu. Bagi keluarga saya masakan yang kami gemari ialah masakan tumis bumbu pedas. Biasanya kalau dimasak sekali dengan udang senek (di semenanjung dipanggil udang bendang atau udang gantung) lagi sedap. Hem…tentu sdr Fazlisyam terliur dengan cerita saya ni…ha ha ha

  3. dalam gambar kedua tu terdapat gambar umbut palah. Pokok palah ini ialah sejenis pokok palma. Daunnya dikenali sebagai daun palah digunakan untuk membungkus kuih kelupis iaitu sejenis kuih tradisional melayu sarawak dan untuk membuat terendak sejenis topi tradisional melayu dan melanau. Umbut palah pula boleh dijadikan sayur dengan rasa sedikit pahit. Biasanya dijual 3 batang seikat dengan harga RM2 sahaja. Pokok palah biasanya terdapat dalam hutan berpaya di sarawak sama seperti habitat asam paya juga. Walau bagaimana pun ramai pekebun telah menanamnya sendiri di kebun-kebun kerana bekalan dari sumber liar semakin sukar di dapati dengan pemusnahan hutan secara besar-besaran oleh penanaman kelapa sawit.
    Cara masakan yang paling sesuai ialah sama seperti masakan buah pulor.

  4. Kami panggil keluih.Tapi masyarakat banjar memanggilnya buah kulor.

    Pokoknya terlalu tinggi,perlu menggunakan galah yang panjang untuk memetik. Metos dari pokok ini ialah biasanya penenam tidak merasa menikmati buahnya kerana telah meninggal dunia…sebenarnya untuk menggambarkan betama lamanya pokok ini berbuah.

    Biji yang telah tua,bila direbus seperti buah berangan.Tapi jaga-jaga,selepas makan bersedia untuk kentut berkali-kali 🙂

  5. Siapa ada benih buah kulor ni? Kalau ada saya nak beli.
    Saya dah tak merasa makan biji buah ini hampir 40 tahun. Waktu kecil dan zaman sekolah, pokok ni ada 2 di belakang rumah, nun tinggi menjulang. Tunggu buah yang matang jatuh untuk kutip biji. Lama dah cari benih, tak jumpa.

  6. Saya ada tanam pokok Pulor ni. Suami org S’wak. Saya bawa biji benih dari sana. Dah 2 tahun berbuah cantik. Kalau ada sesiapa nak biji benih, boleh wasap saya 012-5227892. Buah saya ni senang hidup sbb bijinya dalm buah tu dah bercambah sebelum jatuh.
    Saya buat masak lemak cili padi + gading salai atau masak style iban, rebus dengan udang salai atau ikan salai atau belacan. Itu pun dah sedap dah.
    Biji kadang2 sampai tak termakan bila 2-3 biji jatuh sekali. Masalahnya orang sini tak pandai makan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam