March 19, 2024
cili-besar Sambungan daripada semalam, beberapa lagi gambar hasil-hasil pertanian di Cameroh Highland untuk tatapan anda. Cili besar yang anda lihat di atas tentu nampak berbeza kan daripada biasa. Selain tu ada sayur leek. Ada siapa yang biasa makan sayur leek ni.. Ada lagi di bawah ni… timun Timun jepun sudah tentu anda biasa makan ke.. memang banyak di Cameron.. makan begitu sahaja pun sodap.. Sebelah timun jepun tu ada zukini, macam timun juga tapi tak pernah pula aku tengok sebelum ni.. warnanya yang kuning memang menarik perhatian. Ada lagi di bawah ni.. ubi-bit Yang atas ni ialah ubi bit. Memang pernah tengok dan dengar sebelum ni tetapi tak pernah pula rasa sayur ni. Ada sesiapa ke pernah rasa ubi ni. Rasa macam mana.. buat masak sayur atau rebus je.. bersambung lagi….
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :23855

7 thoughts on “Cili Besar, Leek, Ubi bit, Zukini Cameron Highland

  1. Tolong bantu saya ,
    saya menanam cili besar kulai( cili merah) terdapat
    penyakit keriting daun semasa umur cili hampir berbuah
    apa jenis ubat yang perlu saya sembur mengelakkan penyakit keriting daun

    info beneh ; BEKALAN DARI MARDI
    Tanam dalam polly beg besar.
    racun telah digunakan
    kulat : Tiram
    keriting daun : Mitix

  2. Adalah menjadi kelaziman bahawa tanaman dalam ploybag ataupun pasu akan mengalami sindrom daun menjadi keriting. mengikut pengalaman dan pemerhatian bahawa kejadian ini berlaku kerana komposisi campuran medium tanaman dalam polybag tidak mengikut nisbah yang sesuai, juga terjadi begitu kerana medium penanaman mengandungi bahan panas atau terlalu banyak mengandungi bahan kimia. Jangkitan pada akar juga mengakibatkan kejadian seperti ini kerana akan mengakibatkan pembantutan. Cadangan bagi pemulihan situasi ialah kurangkan penggunaan baja kimia dalam tanaman polibeg dan disyorkan supaya menggunakan baja kompos atau organic fertilizer, tetapi berhati-hati membubuh baja dengan kadar yang berpatutan.

  3. saye hanye mengetahui mengenai sayur leek dalam cerita korea.Org korea panggil leek sebagai Fa klu x silap saye. Org sane makan mentah atau dimasak terlebih dahulu…

  4. maaf, kakak saya mncari buah bit merah tu untuk di buat ubat. Ada sesiapa yg jual tak n poskan ke cherating.
    terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam