March 19, 2024

Artikel kali ini saya akan kongsikan mengenai pokok pancut-pancut atau nama saintifiknya Spathodea campanulata. Tumbuhan yang tergolong dalam famili Bignoniaceae ini dikatakan berasal dari Afrika Timur. Ia lebih dikenali dengan nama African Tulip Tree.

Di Malaysia pokok pancut-pancut di tanam sebagai tanaman hiasan khususnya di tepi-tepi jalan utama, pembahagi jalan dan taman-taman perumahan. Saya mengambil gambar ini semasa dalam perjalanan ke Durian Tunggal, Melaka pada awal Februari yang lalu. Ketika itu banyak bunga sedang berkembang dan sangat menarik perhatian mata memandang.

Pokok ini sederhana besar dan silaranya agak lebat. Daunnya mempunyai pelepah (daun majmuk) dan mempunyai 5-8pasang anak daun. Jambak bunga terletak pada hujung dahan. Bunganya besar, boleh mencapai sehingga 10cm panjang, berwarna oren dan sedikit coklat dan mempunyai bulu halus.

Buahnya panjanglebih kurang 15-20cm) seakan kekacang tetapi menghala ke atas.  Warna buah hijau ketika muda dan coklat apabila telah matang atau masak. 

Dalam buah yang telah matang terdapat banyak biji. Anggaran saya adalah lebih dari seratus biji. Saiz biji lebih kurang 2-3cm dan mempunyai sayap yang nipis. Biji benih pokok ini sangat ringan dan memudahkan ia disebarkan melalui angin. Pembiakan pokok ini kebiasaannya melalui biji benih ini.

Menurut rujukan, kayu dari pokok ini lembut dan sangat sesuai digunakan untuk membuat ukiran dan gendang (drum). Selain itu, ia juga ada digunakan dalam perubatan bagi merawat beberapa jenis penyakit berbahaya. Maklumat lanjut boleh rujuk di internet ye..

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :21900

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam