Umbut Tepus atau juga dikenali sebagai Tuhau memang tidak asing dikalangan masyarakat Sabah dan Sarawak khususnya kadazan dusun. Umbut ini mempunyai bau yang kuat seperti bau sejenis serangga (kesing). Di sesetengah tempat seperti di Kelantan dan Perak juga menyebutnya sebagai tepus kesing. Penulis tidak pasti adakah ia sejenis pokok yang sama.
Daripada perkongsian rakan-rakan, kebiasaannya, umbut dicincang atau di potong kecil-kecil dan di jeruk dgn cuka dan cili padi. Selepas beberapa minit boleh di makan sebagai ulam. Selain itu, ia juga di masak begitu saja bersama sayur-sayur yang lain atau dibuat kerabu bersantan.
Jika anda mempunya cerita yang lain mengenai umbut tepus ini, bolehlah kongsikannya disini.
p/s: >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..
Sila klik >> https://t.me/tumbuhan
Number of View :27387
Update:
Seorang rakan memaklumkan pookk tepus termasuk dlm genus Etlingera sp dan pokok kesing pula dalam genus Elettariopsis sp
umbut tepus memang terkenal dalam masyarakat iban di sarawak. Mereka menggunakannya dalam pelbagai masakan seperti masakan ayam atau ikan pansoh yang dimasak dalam buluh. Aromanya unik dan boleh membuka selera. Bagi saya pula umbut tepus ini sangat enak kalau digoreng tumis belacan yang ditumbuk dengan ikan bilis, udang kering dan cili api. Eeerrrrggg…sendawa memanjang…he he he
tepus sdp wt ulam, tepus gajah bsr, ada yg warna merah btg dia pn ada..:)
Saya suka Tuhau.. buang angin dlm badan.. 🙂