Pokok Tembaga Suasa

pokok-tembaga-suasa

Pokok Bakong atau juga disebut sebagai pokok  Tembaga Suasa (Crinum Asiaticum L.) merupakan sejenis pokok herba yang mempunyai taburan tanaman semulajadi seluruh negara Asia. Ia  ditanam dengan menggunakan biji ataupun dengan memisahkan bahagian bebawangnya daripada pokok induk. Daun Bakong tumbuh memanjang, bunganya keluar jambak berwarna putih dan berbau wangi pada waktu malam.
Pokok ini memang cantik dan banyak dijadikan hiasan di taman-taman kerana sifat daunnya yang lebar merimbun. Ia boleh tumbuh di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari atau di bawah teduhan.
Dari segi khasiat perubatan, ia dipercayai mampu merangsang muntah, mengubati luka, demam panas, sakit sendi dan meredakan tangisan budak.

Number of View :11539

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam