March 19, 2024
beruas Pokok Beruas merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Garcinia hombroniana. Tempat bernama Beruas yang terletak di Perak berasal dari pokok ini lah.. Menurut wapedia,  Pekan Beruas ini berasal daripada satu kawasan yang bernama Belukar Sambang. Belukar Sambang adalah terdiri daripada satu kawasan yang dinamakan Kampung Kilang. Disebabkan pembinaan Pekan Beruas, Kampung Kilang telah terbahagi dua, satu adalah menghala ke Jalan Taiping dan satu lagi kawasan yang menuju Ulu Beruas.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :43071

23 thoughts on “Pokok Beruas

  1. salam,
    pokok beruas ni sebijik macam pokok manggis cuma agak kecil sedikit, buahnya pun begitu. Datanglah ke Teganu ada wakaf beruas.
    Tapi manggis lokalan sebut ‘semete’

  2. salam.

    saya orang berueh (beruas ler.. hehe), perak tapi ini lah first time tengok buah pokok beruas.

    yang saya tahu selama ni orang kata pokok beruas macam pokok manggis. so ok la… leh la imagine. tp buahnye xtau mcm mane…

    mcm itu rupanya…

    thanx for the info! dopt satu ilmu hari ni 🙂

  3. Buah ni sama saiz dgn buah manggis, cuma warna nya bila masak berwarna merah terang. Isi nya pun sama warna dgn manggis. Masa saya bebudak dulu, sekitar lewat tahun 60an saya selalu makan buah ni, rasa nya manis tapi berlainan dari rasa manggis. Bahagian bawah buah ini membonjol sedikit dari buah manggis tapi bentok pokok dan daun nya menyerupai pokok manggis.

  4. pertama kali lihat, ini pun melalui blog ni, kalau tak dengar nama aje. alangkah bagusnya kalau semua pokok buahan nadir ni ditanam semula bagi dikenali generasi akan datang. saya yang dah 50 tahun hidup baru kali ni dapat tengok buah beruas, nak rasa entah bila.

  5. saya tak pernah kenal buah ini seumur hidup saya…thanks for this information!

  6. Saya penah tgk n mkn buah beruas masa kecik2 dulu.rasanya manis lebih kurang cam pisang kaki.Pokoknya besar seakan manggis,selalu panjat n mkn terus d atas pokok.Kat bandar KL ni tak pernah pulak tgk buah ni.

  7. Kalau mau tengok gambar beruas di atas pokok dan bagaimana isinya kunjungi site saya di bawah Sample Photos by Genera/Garcinia

    Frank

  8. saya student dari usm.kena buat research pasal buaah beruas ni.ada lokasi x untuk pokok2 dia?
    ni hp no saya 0122151015

  9. Terima kasih bro dgn semua info di sini. Asal sajer mengoogle cari buah terap then terjumpa blog ni. Superb! sungguh banyak maklumat yg boleh diteroka esp. pasal buah-buahan nadir ni.

    Mmg tak tau pun rupanya beruas tu nama sejenis buah.

  10. Saya ni..orang beruas. Walaupun tahu asal beruas daripada nama pokok tetapi inilah kali pertama saya melihat gambar buahnya. Terima kasih atas info anda…

  11. Dtglah ke Trg,pokoknya banyak ditaman kat Taman Rekreasi berhampiran Bukit Besar tu,sekali pandang mmg disangka pokok manggis tp bila dilihat lebih dekat daunnya agak nipis berbanding semete@manggis

  12. Kalau sesiapa ada gambar buah TERAJANG tolong ketengahkan untuk generasi baru.. Buah ni rasanya OK dan berwarna hitam. Silap-silap boleh bertukar dgn tahi kambing. Ore kelate mesti tau ni.

  13. pokok beruas sama juga dengan pokok manggis buahnya juga sama seperti manggis isinya rasa agak masam manis.. kalau termakan getah pada kulit buah boleh merasa lugga perut (loya)..bisa getah akan keluar apabila belah buah ini yang belum cukup masak.

    Tq.

  14. pokok beruas banyak digunakan sebgai tanaman landskap di sekitar Bandar Chukai Kemaman. pokoknya seperti pokok manggis, namun saiz buah dan daunnya agak kecil sedikit berbanding manggis.

  15. Saya dilahir dan dibesarkan di Beruas.Tapi tak pernah pun nampak pokok Beruas ni.Cerita mengenai belukar sambang dan Kampung Kilang pun saya tahu.Alhamdulilah dapat le juga saya tengok buah beruas.

  16. look lah gogers ………………………………….kalau takfaham apa maksud looklah gogers tu belajarlah daripada ayah saya hi hi hi………………….look lah gogers…..

  17. Pokok beruas ni sekali pandang mmg akan disangka pokok manggis. Daun dan dahannya mmg mcm pokok manggis. Masa berbuah pokok ini berbuah dgn lebat sekali. Buah yg masak akan berlambak jatuh di bawah pokoknya.

  18. Kalau kita perhati, banyak nama tempat di Malaysia ni orang kita gunakan nama pokok/buah dan nama ikan.

    Contoh nama tempat diambil dari nama pokok/tumbuhan :
    Ipoh, kerian, terap, tembeling, jering, pulai, kemuning, nibong, bertam, tembesu, serdang, gambir, sireh, lumut, petai, lada, keladi, keruing, bidara

    Nama tempat diambil dari nama ikan:
    tapah, kurau, sepat, kelah, puyu, duyung

  19. Kebetulan kalau datang ke Kuala Terengganu, datang lah ke taman rekreasi bukit besar sblh bank negara..byk pokok ni d tanam n kasang2 byk jugak buanya yg gugur x d kutip krn org skrg x kenal. Sedap rasa huah ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam