March 19, 2024

Pokok Bromeliad merupakan sejenis tanaman hiasan yang tergolong dalam famili Bromeliaceae, sama seperti nanas. Pokok Bromeliad ini  banyak ditemui dijual semasa kunjungan saya ke Agricultural Fair yang diadakan pada 10-19 Ogos 2018 di University Prince of Songkla, Hatyai, Thailand.

Secara semula jadi, pokok bromeliad dijumpai tumbuh dan hidup di atas pokok sebagai pokok tumpangan(epifit), di atas tanah, di celahan batu dan di tepi-tepi tebing gunung. Kini, tanaman hiasan ini telah semakin berkembang dan semakin diminati.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Terdapat pelbagai varieti yang mempunyai bentuk daun yang menarik, variasi pelbagai warna khususnya pada daun. Selain mengeluarkan bunga yang cantik, kombinasi warna yang pelbagai pada tumbuhan ini membuatkan spesies ini dilabelkan sebagai tumbuhan tropika yang unik dan eksotik .

Pokok Bromeliad mudah ditanam samada ditanam di dalam pasu atau dijadikan tanaman landskap sebagai hiasan di sesuatu kawasan atau bangunan. Penjagaannya juga mudah dan yang penting media tanaman tidak bertakung air.

Pokok Bromeliads adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai pertumbuhan yang perlahan. Kebiasannnya ia hanya akan berbunga sekali saja dalam hidup dan akan mati selepas berbunga. Walau bagaimanapun, banyak sulur anak pokok akan keluar daripada pokok induknya. Anak pokok ini boleh ditanam semula.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :19582

1 thought on “Pokok Bromeliad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam