March 19, 2024

mast-tree

Pokok yang dikatakan  berasal dari selatan India dan Sri Lanka ini  digelar dengan nama Asoka atau nama saintifiknya Polyalthia longifolia var. pendula. Dalam sesetengah buku yang lain, pokok ini juga disebut pokok kayu penduduk dan mempisang. Di luar sana pula, ia lebih popular dengan nama Mast tree, False Asoka dan Weeping Mast tree. Pokok ini memiliki batang yang lurus, ketinggian sehingga 15 meter dan silaranya yang berbentuk tirus di atas.

asoka-tree

Dahannya kecil dan banyak berjuntai ke bawah. Pokok ini juga mempunyai buah yang bergugus, namun sehingga kini saya masih belum sempat melihatnya. Pokok ini memang sesuai di tanam sebagai pokok hiasan terutama di perkarangan bangunan dan taman kerana ia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pokok ini dibiakkan melalui biji benih dan penjagaannya juga mudah.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :40241

5 thoughts on “Pokok Asoka

  1. Pokok ni memang sesuai ditanam keliling bangunan sebagai penghalang angin (wind breaker). Cuma bahayanya kalau patah pokok ni tak jadi cantik dah sebab pertumbuhan tunggal.

  2. pertama kali saya melihat pokok asoka ini saya fikir sebatang kayu dililit oleh paku midin. Lucukan? Apabila diamat-amati rupa-rupanya memang sebatang pokok pun. Ajaib pulak pokok ni yang tinggi menirus tanpa dahan cuma daun saja yang kelihatan? Rupa-rupanya dahannya memang ada tapi agak kecil bejuntaian ke bawah. Saya belum pernah tengok buah pokok ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam