March 19, 2024

bauhiniakockiana

Jika dirujuk melalui buku, panggilan nama tempatan pokok ini ialah pokok ketup-ketup/katup-katup dan di dalam buku yang lain pula ia diberi nama Kangkatup, Dedaup dan Kuku Benaul. Walau bagaimanapun, saya lebih suka menyebut nama pokok ini dengan nama saintifiknya iaitu Bauhinia kockiana. Bukan apa, rasa lebih sesuai dengan kecantikan dan keunikan pokok ini. Tumbuhan hiasan ini mempunyai batang kerkayu yang keras dan boleh memanjat tinggi ke atas pokok besar atau struktur. Oleh sebab itu, tanaman hiasan ini biasanya ditanam di atas pagar atau pergola.

bauhiniakockiana2

Bunganya yang berwarna oren atau kuning terletak pada hujung dahan di dalam jambak dan agak lebat. Daunnya tersusun secara berselang dan mempunyai tiga urat utama. Pokok ini juga mengeluarkan buah jenis kekacang leper memanjang. Spesies ini boleh dibiakkan melalui keratan batang, biji benih dan tut. Pertumbuhannya sederhana cepat dan biasanya pokok ini mengambil masa 3 tahun untuk mengeluarkan bunga yang banyak.

bauhiniakockiana3

Dari sudut perubatan tradisional, batang dan akar pokok ini dipercayai digunakan di dalam penyediaan ubat untuk merawat wanita bermasalah urat saraf iaitu mengalami perasaan tidak tenteram, gelisah dan gugup. Selain itu, batang atau akarnya ditumbuk lumat dan ditampal pada gigi atau gusi yang sakit.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :30679

3 thoughts on “Pokok Ketup-ketup

  1. pkok ni asal dr htn n jika bnasib baik blh jmper kt semak tepi jln. sexy prnh ambik dhn n semai tp x mjd. byk kali bli tp yg latest shj alhmdllh msh hdup coz pkok ni x blh kering tnhny jika dtnm dlm pasu. yg sexy bli 2 br stinggi 1 kaki n 2 x bbunger.

  2. As salam…terima kasih atas penerangan mengenai pokok ini.
    Kak ada tanam diPegola sudah agak besar ..ia memanjat tp sampai skrg masih belum berbunga…usia pokok ini dalam 1tahun lebih….bagaimana nak mempercepatkan dia berbubga ye…tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam