Pokok Hujan-Hujan

pokok-hujan-hujan
Pokok Hujan-hujan atau nama saintifiknya Samanea saman memang terkenal sebagai pokok tanaman hiasan dan berfungsi sebagai pokok lindungan yang memberi teduhan. Bagi penulis, tempat yang paling cantik untuk melihat pokok ini ialah di Taman Tasik Taiping, Perak. Jika anda ke sana, memang anda tidak akan lepaskan peluang untuk bergambar berhampiran pokok ini.
pokok-hujan-hujan2

Pokok ini dikatakan bukan pokok asli Malaysia tetapi telah diperkenalkan ke Malaysia dari Selatan Amerika dalam tahun 1876. Pokok yang paling tua yang terdapat di Malaysia boleh dijumpai di Taman Botani Pulau Pinang. Mungkin ada di tempat lain, penulis sendiri tidak pasti.

pokok-hujan-hujan3
Jika anda ingin melihat pokok Hujan-hujan yang berusia 118 tahun seperti Foto di atas, bolehlah pergi ke Pasar Marang di Terengganu.

Number of View :10835

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam