March 19, 2024

keladi-cina

Keladi Cina atau nama saintifiknya Colocasia esculenta berasal dari Asia Tenggara dan dipercayai ditanam sebelum tanaman padi. Keladi memang tidak asing lagi di Malaysia kerana ubinya boleh direbus, digoreng atau dikukus serta dibuat kuih muih. Di Malaysia, keladi yang popular di tanam adalah seperti Keladi Minyak, Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Ais Krim dan beberapa jenis keladi lagi.

keladi-cina2

Menurut petani yang menanam keladi di Selangor, Keladi Cina lebih sukar ditanam berbanding dengan keladi lain disebabkan keladi ini mudah diserang penyakit dan perosak. Jadi, tidak hairanlah harganya boleh mencecah sehingga RM10-RM12/kg.

keladi-cina3

Keladi boleh dibiakkan secara tampang iaitu dengan menggunakan anak sulur keladi atau menggunakan tunas keladi dari umbisi.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :42341

2 thoughts on “Keladi Cina

  1. semua keladi ada sulur yg dipanggil sulur keladi. Sulur ini berbentuk panjang sebesar batang pensil menyulur keluar dari perdu pokok keladi. Fungsinya sebagai satu kaedah pembiakan kerana keladi tidak mempunyai biji untuk disebarkan. Di hujung sulur keladi ini terdapat pucuk yg lama kelamaan menjadi anak keladi. Satu perkara yg sy ingin kongsikan dengan pembaca selain daripada ubi keladi, batang serta daun, sulur keladi pun sedap dimakan. Cara memasaknya yg paling sedap ialah dengan memasaknya dalam daun pisang. Setelah dibersihkan dan dibuang kulitnya, sulur keladi ini dipotong pendek2 lalu diramas dengan air asam jawa. Lepas itu hiris bawang merah, bawang putih dan sedikit garam dan serbuk perasa. Bungkus dengan daun pisang dan sematkan dengan lidi. Taruk dalam oven atau atas bara api. Biar sampai masak baru buka. Sedap tak terkata…he he he

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam