March 19, 2024
bogak-jepun Bogak Jepun atau dipanggil dengan nama Saikas di kalangan orang melayu kita. Nama saintifiknya pula adalah Cycas Revoluta. Pokok ini dikatakan berasal dari Negara China dan Jepun . Tumbuhan yang tergolong di dalam keluarga Cycadaceae ini mempunyai satu batang yang keras dengan daun-daun tersusun di hujungnya.. Daun tumbuhan ini berbentuk seperti paku pakis dan berwarna hijau terang. Ketinggian tumbuhan ini boleh mencapai sehingga 3 m. Bahagian Beracun: Biji Bahan Aktif: Cycasin (Methylazoxymethanol–beta-d-glukosid), Pakoein, Phytosterine, Amino-b-methylamino-propionic Kesan Keracunan Cycasin adalah toksik kepada hati. Ia juga mempunyai kesan teratogenik dan karsinogenik kepada haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. Simptom keracunan yang ditunjukkan pada manusia ialah sakit kepala, cirit birit, koma dan lemah-lemah pada otot.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :32536

10 thoughts on “Bogak Jepun

  1. sila lihat facebook saya terdapat 10kpg gambar cycas yg tumbuh di sekitar rumah saya

  2. pokok ini banyak kegunaannya terutama bagi pesakit kencing manis yang memgalami jangkitan yang tidak mahu sembuh ambil kulitnya yang kering dan diasah dibelakang pasu lalu diambil airnya sapu dibahagian jangkitan setiap hari insallah sembuh.

  3. org jepun memakan biji dari pokok saikat ini sejak sekian lama. Seluruh bahagian pokok ini beracun terutama bijinya. Kalau tidak diproses dengan cara yg betul dan berhati-hati keracunannya boleh membawa maut. Dlm jangka panjang keracunannya boleh menyebabkan sakit parkinson. Biji-bijinya dibelah kemudian direndam dalam air. Airnya pula perlu ditukar beberapa kali untuk satu tempoh tertentu. Biji-biji ini kemudian dijemur dan dikisar menjadi tepung. Tepung saikat kemudian dipaket untuk dijual. Ianya dimasak dalam berbagai resepi org jepun. Ianya sgt digemari krn rasanya yg sedap. Generasi tua jepun terutama di kepulauan selatan berasa sangat berbangga dengan masakan tepung buah saikat ini. Pada suatu masa semasa perang dunia kedua tercetus sewaktu makanan lain tiada, org jepun hanya memakan buah saikat ini utk hidup. Oleh itu generasi tua sangat menghargai pokok saikat ini yang dikatakan tumbuhan asli di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam