Kacang Kelor

kacang-kelor
Kacang Kelor atau nama saintifiknya Moringa Oleifera memang tidak asing lagi pada masyarakat India. Tumbuhan ini juga dikenali dengan panggilan Remunggai di sesetengah tempat. Buah Kelor bersegi tiga dan panjang di antara 20-35cm.

kacang-kelor2

Kebiasaanya, buah kelor dijadikan bahan ramuan dalam masakan kari. Isi dan bijinya dimakan manakala kulitnya yang berserabut dibuang. Pucuk daun boleh dijadikan ulam atau dimasak sayur lemak.

kacang-kelor3

Menurut rujukan, buah remunggai juga mempunyai khasiat makanan yang tinggi terutama pucuk atau daun muda.

kacang-kelor4

Pokok ini mudah dibiakkan dengan cara keratan batang atau semaian biji benih.

kacang-kelor5
Jika anda pernah memasak atau makan kacang ini, harap boleh kongsikannya di sini.

Number of View :14720

17 comments

  1. banyak terdapat kat tmpt saya, tapi saya cuba tanam kat rmh tak nak hidup pulak dia. tanah keras sgt kot. biasa saya ambil kat rmh mertua, ambil daun campur dlm bubur lambuk

  2. buah kelo dikikis dulu kulitnya dengan pisau dan dipotong 3 atau 4 bahagian (jangan belah tengah). Cara paling senang nak masak ialah tumis bawang merah, bawang putih,daun kari, sedikit halia, garam lepas tu masukkan buah kelo dan serbuk kari ikan dan masukan air. Air yang dimasukkan harus merendamkan buah kelo kerana buah kelo harus dimasak dengan lembut. Jikalau buah kelo mula jadi lembik dan kuah menjadi pekat, maksudnya ia sudah masak dan boleh dihidang.
    🙂

  3. Suatu ketika dulu, Ibu bagi tau, dalam satu ceramah di universiti ibu, Dato’ Hassan Din Al-Hafiz ada berpesan, orang yang belajar tahfiz perlu elak memakan beberapa jenis makanan, antaranya daun rempah dan buah ‘munggai’ ni kerana boleh mengikis ingatan.

  4. Pertama kali makan kacang kelo ni semasa aku masih lagi kecil. Mak masak kari bersama kacang kelo…isteri aku pulak masak kari bersama dal. Memang sedap.
    Apabila mak dah meninggal dan sudah berpisah dengan isteri, bila terlihat pokok kelo, hati aku terasa teringin sangat nak makan masakan ini. Walaupun aku pandai memasak tapi aku terpaksa juga rujuk cara memasak kacang kelo ni melalui internet…
    Fuhhh…memang aku ada bakat memasak, sedap…heheheee.

  5. Buat goreng pun sedap. Guna rencah bilis atau udang kering ditumbuk dgn tumisan bawang mudah dan cepat disediakan. Kalu nak cari biji benih atau anak pokok boleh hubungi sy di KL.

  6. Salaam.sapa ada jual biji benih pokok ini.saya ingin beli klu ada. sms saya 0192070348.

  7. Buah kelor atau moringa olifera mempunyai byk kelebihan.ia nya mempuntyai 92 nuterisi dan sgt baik utk baik pulih tubuh kita. Didlmnya ada vitamen a, b,c….k,.omega 3,6,9

  8. Mana kt area Gombak yang bole saya dapatkan buah ni?? please bgtahu sahabat.. sangat memerlukan untuk rawatan..terima kasih.

  9. kacang ni fav family sya… selalu masak kari dgn daging mmg the best sgt … daun dya plak tumis mcm tu ja simple.. kulit pokok tu blh ambil sikit pastu rebus buat ubat sakit gaut… klu nak tanam tnh yg jnis brpasir… tp bila dh tmbuh xblh tggi sgt nnt jdi kurus sgt plak..

  10. Salam semua,
    Saya masih tercari-cari pokok ni di Sarawak tp tk jumpa pun. Dengar2 pokok ni byk terdapat di Semenanjung. Ada sesiapa boleh tolongkan saya dapatkan bijinya untuk tanam? Hantar sms ke 0194845991. TQ

  11. memang orang mengandung takleh dengan pokok ni, terutama bunganya. Ayah saya pernah pesan kalao ibu mengandung / dalam pantang jaga jaga sikit jangan termakan atau dok lalu lalang bawah pokoknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam