March 19, 2024
paku-midin Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain. Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar. Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempu-nyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan. Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu. Di Sarawak, permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku midin secara semulajadi Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara semulajadi. paku-midin2 Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam. Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :39960

9 thoughts on “Paku Midin

  1. selamat sejahtera, saya merupakan pemborong dan pembekal midin di sekitar kuching, sarawak. saya memerlukan pembekal midin untuk berurus niaga dengan saya. kawasan berdekatan kuching sahaja. tq

  2. Kepada Sdr Ijal,

    Syarikat kami memerlukan midin dalam kuantiti yang banyak. Jika sdr dapat membekal midin dalam kuantiti sperti yang disebutkan tadi ,Sila email harga tawaran sebutharga ke cozygroups@yahoo.com.

    Terima kasih

  3. salam,
    Di Terengganu, jika masak bubur lambuk tanpa pucuk midin ni tak sah. Bila saya berhijrah ke KL, bubur lambuk tiada lagi pucuk midin. Kurang rasanya.
    Sedap juga dimasak lemak dgn keledek & daun kaduk.

  4. Semasa MAHA baru ni saya ada singgah di Rumah Serawak. Saya sempat bertanyakan tentang pokok midin ni. Kata mereka pokok midin yg popular di Serawak tu adalah dari jenis hijau dan bukan kemerahan seperti yg terdapat di semenanjung. Yg merah tu kurang syok dimakan dan tak komersial. Tambahan pula air rebusan akan kelihatan merah, nampak tak elok, kata org Serawak itu. Allahu a’lam.

  5. madin boleh masak lemak dgn rebung ,ulam sambal belacan dimakan dgn ikan air tawar bakar… sedap loh …tumbuh liar dgn banyak nya di blakang rumah….skg dah komesial … sayur organik.

  6. salam untuk semua. Paku midin memang sejenis sayur hutan kegemaran orang sarawak terutama orang iban dan melayu. Rasanya sedikit berlendir tetapi cukup sedap lebih2 lagi kalau dibuat tumis sambal belacan. Ada 2 jenis. Jenis yang terdapat dalam gambar blog sdr fazlisyam ini jenis midin merah. Rasanya kelat dan kurang enak, sementara air kuahnya berwarna merah seperti darah. Jenis yang satu lagi mempunyai warna hijau cerah. Jenis ini yang selalu dimakan dan dijual. Harga bagi seikat dulu cuma RM1 tp sekarang ada yang sampai RM3. Pokok midin sangat subur hidup di kawasan paya gambut. Sayur midin semakin digemari kerana seperti sayur hutan lain ia bebas dari pencemaran racun mahkluk perosak. Selamat mencuba…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam