March 19, 2024

begonia

Artikel kali ini mengenai sejenis tanaman hiasan yang dinamakan Begonia atau di Malaysia ia lebih popular dengan nama pokok asam batu. Terdapat banyak spesies atau varieti pokok hiasan jenis Begonia yang ada ditanam di negara ini. Dikatakan terdapat lebih dari 1,500 spesis pokok Begonia di seluruh dunia.

begonia2

Gambar yang anda lihat di dalam artikel ini merupakan gambar yang telah saya rakamkan semasa berkunjung ke booth agensi FRIM semasa pameran MAHA 2010 yang lalu. Antara spesis Begonia yang ada di Malaysia adalah seperti Begonia rajah, Begonia phoeniogramma, Begonia kingiana, Begonia ignorata dan lain-lain lagi.

begonia3

Setiap spesis ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Misalnya spesis Begonia Rajah; ia dikatakan ditemui pada tahun 1892 di Terengganu dan dibiakkan di Taman Botani di Singapura. Kemudian di bawa ke England, di mana pada tahun 1894, ia telah dianugerahkan First Class Certificate oleh Floral Committee of the Royal Horticultural Society.

begonia4

Kebiasaan pokok Begonia mempunyai batang yang lembut dan mempunyai daun yang berbulu.Jambak bunganya pula terletak pada hujung batang. Bunganya ada yang jantan dan ada yang betina. Pokok Begonia di tanam di dalam pasu dan diletakkan di kawasan yang redup dan tidak terlalu panas.

begonia5
Begonia juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Ia dipercayai dapat mengubati luka kecil kerana pokoknya mengandungi saponin. Daun Begonia yang segar dibersihkan dan ditumbuk sehingga lumat digunakan untuk merawat luka kecil. Sejauh mana amalan ini dilakukan, saya sendiri tidak mengetahui. Jika anda ada menanam pokok ini di rumah, diharap boleh kongsikannya di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :32971

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam