March 19, 2024

tampoi1

Mungkin anda biasa mendengar Hospital Bahagia yang terletak di Tampoi, Johor tetapi pernahkah anda mengenali atau merasai Buah tampoi? Saya percaya buah tampoi ini masih banyak lagi dijual di pekan-pekan kecil atau di pasar tani di kawasan anda. Namun, generasi muda hari ini masih ramai yang belum mengenali buah ini.

Buah Tampoi atau nama saintifiknya  Baccaurea griffithii mempunyai  rasa yang enak dan sedikit lemak. Namun, ada juga yang kata isinya yang bewarna putih itu mempunyai rasa yang  sedikit masam. Bagi masyarakat Orang Asli pula  ia boleh dijadikan minuman keras.

Selain dimakan segar, saya tidak pasti adakah ia ada digunakan dalam masakan atau sebagainya. Anda mungkin boleh memberi sedikit komen sekiranya di kampung anda masih terdapat lagi pokok tampoi ini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :55637

101 thoughts on “Buah Tampoi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam