March 19, 2024

terong-asam

Terung Asam

terong-pipit

Terung Pipit

terong-satut

Terung Satut

terong-telunjuk

Terung Telunjuk

Di Malaysia mungkin ada lagi pelbagai jenis terung selain dari di atas. Saya sendiri kurang maklumat yang saya ada mengenai jenis-jenis terung dan kegunaannya. Kebanyakkannya, hanya dijadikan dalam masakan sahaja.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai terung-terung ini atau lain-lein jenis terung boleh kongsikan di sini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :53099

63 thoughts on “Kepelbagaian Jenis Terung

  1. terung pipit 2 wat sambal bilis,cmpur skali,
    mmg x sedap g sye la,bg kaum ibu mmg sdap.
    dlu ayh sye ckp terung pipit 2 wat pluru tok pistol kayu dye

  2. sebenarny banyak lg spesis terung yg ada kat malaysia ni…nt klu da masa saya akan cuba dapatkan gambarny…gambar yg bawh skali tu memang bukan gambar terung..itu buah jambu air/jambu mawar…klu masak ranum,memang sedap…tp.. bijinya lebih besar dari buah…

  3. terung pipit tu masa kecik2 dlu saya panggil terung manggur…wat main tembak2 gak gna pistol kayu ikat getah.wat sambal tumis bilis sedap,klu saya tumbuk pecah2 dlu baru best.

  4. Terung Kuning bulat diSarawak dikenali Terung Dayak, dulu tak ada harga, 3 biji RM1.00 tapi sekarang 1 kilo (4 biji) RM8.00 ringgit. Best buat sambal dan masak rebus kunyit pelbagai jenis ikan.

  5. Ada sejenis terong yang buahnya orang jarang makan kerana tidak sedap, tapi daun nya tak perlu pucuk boleh dibuat sayor atau bahan campuran untuk mengoreng seperti sawi.Terong ini dipanggil terong pucok,boah nya berbentuk bulat warna hijau dan kekuningan ketika masak,daun nya besar dan lebar.

  6. Sedapnya tengok terung-terung tu. Terasa nak makan. Terung satut tu di johor dipanggil terung asam. Yang besar tu pun terung asam jenis besar. Sedap sangat buat sambal belacan dengan cili api. Masak sambal tumis pun sedap. Terung pipit pulak, sedap masak sambal dengan tahi minyak. Kegemaran keluarga saya. Saya tanam dibelakang rumah, senang nak buat ulam atau masak sambal. Masak lemak dengan pucuk ubi pun sedap juga. Semuanya best. terung telunjuk tu goreng dengan ikan bilis, campur bawang besar dengan cili hijau. Sedap….

  7. Terung pipit ditempat saya diraub,pahang masyarakat dari keturunan orang Rawa memanggilnya terong rimbang dan saya juga pernah dengar disetengah tempat panggil terung belanda. tidak kisah ia dipanggil terung apa, apa saya tahu terlalu sukar untuk mendapatinya di kuala lumrpu ini. ada juga terung sama besar dan saisnya dengan terung asam tetapi berwarna putih hijau…..terung apa ekkk.

  8. Kat rumah saya ada tumbuh pokok terung, buah dia warna hijau dan putih – agak agak besar dia macam terung bulat. Boleh makan ke?

  9. betul kata ahmad saffri, terung asam sedap buat sambal belacan, terung pipit sambal tumis, terung telunjuk buat gulai tempoyak dengan ikan patin dan yg bawah sekali bukan terung. masniza tunjuk gambar lah boleh kita sama teka……

  10. @mohamad idris

    tuan blog.. gambar last sekali yang berwarna putih itu bukan terung.. sejeni buah hutan dan biasa terdapat ditepi2 atau tebing sungai.. namanya jambu air.. satu spesis dgn buah kerian,

  11. gambar yg last tu bukanlah sejenis terung. kalau kt kg kt kelantan panggil jambu air. Pokoknya selalu tumbuh meliar di tepi sungai. buahnya sebesr ibu jari dan bijinya lebih byk dr buahnya. ada rasa manis2 sikit.

  12. memeang bebeno gambo last tu bukan terung, insyallah namanya Jambu Mawar. dulu kat kpg rumah jiran saya ada poko jambu jenis ini. kalau masa dia bebeunga (sebelum keluar buahnya) amat tidak digemari kerana bunga-bunganya akan bertaburan atas laman. heheh tapi buahnya sedap…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam