March 19, 2024
melinjau Siapa pernah makan buah melinjau ni.. Yang aku biasa dengar, buah melinjau ni orang buat keropok atau emping. Pernah la juga makan keropok dari buah melinjau ni tetapi tidaklah sesedap mana pun. Kalau anda rasa sedap, mungkin itu citarasa kita yang berbeza. Atau mungkin juga buah ni tidak berapa sedap jadi dia proses buat keropok agaknya. Saya sendiri tidak pernah tengok pokok melinjau ni. Kalau ikut Wikipedia, pokok ini tumbuh 15-20 meter tinggi. Ia juga dikatakan banyak digunakan secara meluas di Indonesia. Di Malaysia, saya rasa ia hanya dikategorikan buah nadir atau buah yang memang jarang dijumpai. Jadi.. kalau ada pembaca yang biasa jumpa pokok ni atau makan buah melinjau ni haraplah kongsikan di sini. Gambar di atas tu di ambil semasa pameran MAHA 2006.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :39910

57 thoughts on “Buah Melinjau

  1. Assalam.
    Pada masa saya kecil usia 8 thn saya patahkan dahan pohon belinjau jiran belakang rumah di Kg Melayu Majidee JB kemudian saya cocok di tanah depan rumah mak saya pada tahun 1972 pokok itu tumbuh subur tanpa apa apa penjagaan. Ketika itu saya minat dahan pokok ini cabangnya sesuai buat lastik kayu sebab simetri sempurna. Setelah saya dewasa baru saya tahu itu pokok boleh buat sayur air, sedap juga. Daun banyak dan hijau tidak mudah kering. Pokok ini menyimpan daun tahan lama dipohon. Hingga sekarang pokok ini masih hidup dan membesar. Ketinggian semasa dalam 10m dan mak saya cantas dari masa kesemasa. Pokok ini punya daya tahan yg cemerlang untuk hidup lama. Sekarang usia saya 52, pokok ini tetap kelhatan muda. Sekarang saya tinggal di Bangi dan saya sedang mencambahkan pokok ini di Bangi 1 pokok. Saya akan cuba cambahkan byk pokok ini lagi atas tujuan wakaf sb pokok ini mampu hidup lama dan menjadi sayur percuma kpd manusia bandar. Vitamin yang ada pada pokok ini saya tak tahu. Kalau saya dah mati insyaAllah pokok ini terus hidup lama dan kalau orang atau dapat menaffaat saya yang telah berada di alam akhirat akan dapat kebaikan pahalanya. Doakan. Contact saya di 019-234 8382.

    Ada satu lagi pokok saya plan ingin tanam ialah Asam Gelugor di tanah saya di Bangi Lama. Insya Allah. Tujuan untuk dapat disedekahkan hasil buah asam keping gelugor. Ramai orang dapur suka asam gelugor di Bandar besar.
    Doakan. InsyaAllah.

  2. pokok melinjau seperti pokok kopi, daunnya juga seakan daun kopi, cumanya daun melijau ini sedikit kecil. Pucuknya yang muda sedap dibuat sayur lemak atau sayur rebus air. buahnya yg muda juga sedap dibuat sayur. buahnya yg tua boleh direbus dan dimakan begitu saja.

  3. Kat kampung saya di Yan kami biasanya makan buah ni dengan buat kuah gulai. Buah yang sesuai sewaktu masih muda dan hijau.

  4. buah ini dikenali sebagai belinjo,semasa muda buahnya berwarna hijau muda boleh direbus dgn garam agak lembutnya seperti buah teratai rebus rasanya,atau dibuat masak lemak dgn udang,dan yg tua digoreng dgn pasir agak masak pecahkan kulit luarnya dan ditumbuk menjadi spt keropok dijemur barulah boleh di goreng. google buah belinjo.

  5. daun belinjau tu sama ke dgn daun nileng selatan thai/kelantan ?
    tepong daun nileng..daun nikeng dblend campur tepong dibalut dgn daun pisang..kmudian dkukus.

    nileng
    niling
    belinjau
    binjau
    melinjau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam