March 19, 2024

taman-botani-melaka

Taman Botanikal Melaka yang terletak di Ayer Keroh Melaka merupakan salah satu destinasi pelancongan dan tempat persinggahan yang menjanjikan ketenangan dari kesesakan dan kesibukan kota. Manakan tidak, keindahan taman ini dan persekitarannya di kelilingi landskap hutan semulajadi kaya dengan  pelbagai spesis tumbuhan yang dianggarkan lebih 300 spesis. Pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar dapat anda alami di Taman Botanikal Melaka. Memang sesuai kalau bawa anak-anak anda datang ke sini sekali sekala.

buggy

Bayaran untuk masuk adalah percuma namun jika anda tidak larat berjalan kaki ke dalam Taman ini, perkhidmatan “Buggy Ride” disediakan dengan harga yang berpatutan. Bayaran bagi dua tempat duduk misalnya baru berharga RM18 dan diberi masa selama 45 minit untuk ronda-ronda di dalam Taman. Boleh tahan juga luas Taman ini. Di dalam Taman ini juga terdapat kemudahan taman permainan, jambatan gantung, Muzium Perhutanan dan macam-macam lagi. Tidak sempat nak melawat ke semuanya.

Bakal seorang ahli botani yang sedang berdiri di sebelah pokok Sena atau nama saintifiknya Pterocarpus Indicus. Sudah tentu anda pernah mendengar nama daerah di Kedah yang juga dikenali dengan nama Pokok Sena. Di bawahnya pula merupakan pokok yang dikenali pokok Keledang-Keledang atau nama sainsnya Artocarpus lanceifolius.

Antara gambar-gambar pokok yang sempat saya rakamkan semasa melawat ke Taman Botanikal Melaka. Di harap, anda berpuas hati dengan paparan yang tidak seberapa ini. Sedikit sebanyak membuka minat anda untuk singgah ke sana apabila berpeluang  melawat ke negeri Melaka. Maaflah, nak ambil gambar keseluruhan pokok memang tak dapat sebab kebanyakkan pokok tinggi-tinggi belaka. Jadi, tengok ajelah gambar batang pokok….

Pokok Tampoi..

Pokok Tabak..

Pokok Bintagor Bunut..

Pokok Sesendok..

Pokok Kedondong Sengkuang..

Pokok Kandis..

Pokok Nyatoh..

Pokok Ludai Api..

Pokok Lelidah..

Pokok Sepetir..

Gambar kanopi pokok dari bawah. Memang menarik !!

Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk para pembaca. Jika anda pernah melawat ke sana, bolehlah kongsikan cerita anda di sini. Atau jika anda pernah mendengar nama pokok-pokok di atas ini, di harap juga boleh berkongsikan sesuatu.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :43773

35 thoughts on “Taman Botanikal Melaka

  1. ok cantik jugak….yang penting semangat tu ada…try pergi sekayu…mane tahu kalu ada yang lebih menarik…

  2. Kalau boleh tambah dengan pokok BELIAN. Sarawak banyak pokok belian. Boleh bawa kat Melaka.

  3. Tempatnya cantik dan menarik.Saya dan group saya dari KL pernah buat rombongan ke sana dan kami enjoy bila berada di sana..kalo boleh ingin pergi sekali lagi bawa keluarga bila ada kelapangan..harap anda juga boleh ke sana bawa keluarga.

  4. Boleh ajak anak-anak & isteri melawat. Mungkin dapat mengenali spesis yang ada dengan lebih baik buat kita & keluarga. Teruskan usaha murni anda, Fazlisyam! Sudahkah anda pergi ke Nasuha Enterprise Sdn Bhd exit PLUS Pagoh? Ada kilang rempah Mak Siti, resort, restoran, outlet & ladang rempah + herba yang besar. Banyak spesis yang saya tak kenal terdapat di situ. Sila cari di google… Sekadar cadangan

  5. Syabas Taman Botani Melaka satu usaha yang baik untuk tontonan generasi hadapan supaya pokok-pokok ini tidak hilang didunia dan juga untuk kajian saintis

  6. Salam, saya ingin comment tentang dua jenis pokok yang saya tahu sidikit berkaitan pokok kandis & nyatuh

    1. Pokok kandis;- sejenis pokok asam yang ia banyak digunakan dinegeri Kelantan dalam masakan sebagai ganti kepada asam gelugur, buahnya yang ranum berwarna kuning, pokok Kandis boleh hidup di tanah beris/berpasir seperti sekitar jajaran tidak jauh dari pantai Terengganu.

    2. Pokok Nyatuh :- sejenis pokok saka yang mempunyai jaluran urat yang cantik sebab itu ia menjadi pilihan kepada pembuat perabut kerana product dari kayu ini amat diminati ramai, daun pok nyatuh seakan pokok binjai, buah nyatuh boleh dimakan apa bila cukup ranum, rasanya lemak dan manis.

  7. Salam.kalau lah setiap bandar dimalaysia ada taman
    macam ini alangkah gembiranya bagi yang meminati
    pokok dan tumbuhan

  8. Mang.. memang dalam cadangan juga tu.. tapi tak tahu bila..
    Zaini.. saya sudah ke Nasuha cuma tidak sempat melawat tengok pokok-pokok di sana.. sempat singgah makan nasi herba je..

  9. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat. Saya harap dapat berkunjung ke Taman Botanikal Melaka ini suatu hari nanti.
    Satu lagi…saya harap pihak admin dapat carikan maklumat mengenai pokok salak. Saya suka makan buahnya. Apa kelebihan pokok ini ? Tiadakah pengusaha yang menanam pokok ini secara besar-besaran di negara kita?

  10. Taman botanikal yang ada di Melaka adalah salah satu taman tumbuhan yang ada di Malaysia. Lebih menampilkan tumbuh tumbuhan nadir juga tumbuhan yg hampir pupus dan tidak di ketahui oleh org ramai.
    Tahniah atas usaha pegawai pegawai di taman tersebut.

    Sangatlah baik usaha di lipatgandakan supaya banyak lagi tumbuhan yg belom di perkenalkan di taman itu.Mungkin di Sarawak dan Sabah masih banyak lagi di dapati. Saya juga pernah terbaca mengenai durian yg buahnya tumbuh pada pangkal pokok dan spesis ini terdapat di Sarawak.

    Ada sejenis buah menyerupai buah bacang/macang dan beratnya hampir 500 gm dan terdapat di Sarawak. Warna kulitnya adalah brown atau keperangan.
    Rasanya agak masam masam manis. Buah ini mereka panggil buah bambangan.

    Saya fikir eloklah spesis ini di tanam di Taman Botanikal Melaka.
    Sekiranya saya mengetahui banyak lagi tumbuhan yang hampir pupus saya akan nyatakan dalam comment saya berikutnya.

  11. Menarik gak tempat ni..Tapi kat ne ya sebab kampung saya pun kat Melaka..Tapi xpernah tau pun ada taman botanikal..

  12. Tak penah pegi tempat ni. Tapi bagus jugak Fazli menulis disini, memperkenalkan Taman Botanikal Melaka ni. Banyak hasil kayu kayan negara kita yang tak ramai diketahui orang. Yang biasa kita dengar ialah meranti, jati, chengal, itu pun bila telah dibuat perabot. Saya pun ada dengar pasal Nasuha Enterprise di Pagoh tapi belum kesempatan pegi kesana. Harap dapat Fazli menulis pasal tempat ni mengenangkan ia sebagai taman herba yang besar yang menghasilkan herba dan pelbagai lagi untuk kegunaan dalam negara dan di ekspot ke luar negara.

  13. subhanallah. bagus banget..insyaAllah saya mau kesana..suatu hari nanti…. Allahuakbar

  14. Kampung saya kat Melaka, tapi belum pernah pi pun. Mungkin kerana kampung, balik sekali dua dalam setahun hendak bersama ibubapa. Akan pi sana dan boleh lah cerita lebih …..

  15. saya pernah pergi bersama keluarga. hampir dgn zoo melaka. cuma yang bimbang gangguan monyet liar. tapi tempat tersebut memang nyaman dan menarik. kadang-kadang bau najis haiwan zoo.

  16. Salam. tahniah dah datang ke Taman Botanikal Melaka. Memang indah dan banyak memberi ilmu tentang jenama pokok disini. Saya sebagai orang Melaka sememangnya setiap minggu akan berjoggong disitu.
    Hari Ahad pagi biasanya. kepada anda yang berkesempatan untuk berkunjung silakan datang dan menikmati flora dan fauna yang indah yang banyak terdapat diTaman Botanikal ini. selamat datang ke Melaka………..

  17. sgt menarik!! tempat yg sgt sesuai untuk beri p’didikan kpd keluarga terutama anak2..scr xlangsung mereka dpt pendedahan awal mengenai keindahan alam sekitar..baru mereka sedar betapa kita AMAT MEMERLUKAN tumbuhan dlm kehidupan seharian..

  18. Salam…terima kasih atas kunjungan saudara saudari ke botanikal garden.1 tempat rekreasi yang sangat menarik untuk dikunjung. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disana,seperti jogging, menjelajahi taman botanikal dengan buggy ride,lanskap yang menarik,titian siara,tapak perkhemahan,berbasikal, taman dinasour,taman cerita serta ada perkampungan buka sesuai untuk mereka yang suka membaca. Selain itu para pengunjung juga boleh mempelajari atau mengenali pokok-pokok yang mungkin kita belum penah ketahui ataupun jumpa. Hampir 8bulan bekerja disana,saya agak tertarik dengan 1 spesis cendawan yang menarik perhatian saya.Mungkin ada juga pengunjung yang belum pernah melihatnya. Dengan itu, saya harap semakin ramai pengunjung mengunjungi taman botanikal ayer keroh.saya jamin anda tidak akan menyesal datang ke botanikal garden ayer keroh…SELAMAT DATANG KE TAMAN BOTANIKAL…

  19. Wah menarik betul tempatnya. Dah banyak kali gak ke Melaka tapi tak pernah sampai kat situ. Lain kali pasti sampai. Kenal tak buah kastelo.. kalau boleh cerita sikit

  20. Saya amat menghargai alam sekitar. Khususnya tumbuhan herba yg. membawa faedah dari segi pemakanan untuk kesihatan dan berkaitan perubatan.Bersama kita hargai dan sayangi alam sekitar kita.

  21. hebat betul..tak sangka nelaka pun ada taman botanikal…setahu saya kat bukit cerakah aje yang ada….sy ada gak pergi ke melaka…next time saya nak singgah sana….tq untuk info ini.

  22. salam…sy xtaw nk tanya kat mana pasal benda ni…
    then,terlintas blog ni…sy student biologi (botany) d ukm..
    sy tgh fikir pokok apa yg sesuai untuk mini projek saya..
    pokok tu mesti senanenihiji bg tumbuh,asal dr biji benih n mempunyai kepentingan ekologi…ada apa2 cadangan tak??? terima kasih…..

  23. *tersalah ayat kat atas…
    pokok tu mesti senang tumbuh,asal dr biji benih……………………………………………………………….(quote diatas..)

  24. salam tuan moderator/en fazlisyam,

    memerlukan bantuan en fazlisaym untuk mendapatkan kenalan/penanam/penjual untuk 100 spesis herba untuk projek taman botani di Ampang Jaya, Selangor. Senarai herba telah dikenalpasti/dipilih dan dipersetujui oleh pihak Kerajaan Tempatan. Saya dapati bolg saudara amat membantu dari segi informasi namun sesetengah spesis tidak bergambar menyebabkan saya buntu tentang rupa herba tersebut. Memohon jasa baik pihak moderator menghubungi saya di emel peribadi. Terima kasih. Wassalam

  25. Saya amat berminat berkaitan alam sekitar seperti ini khususnya berkaitan tumbuhan herba bagi tujuan perubatan. Tumbuhanhiasan bewarna merah hati dalam pasu pada gambar ke tiga tu pun ada khasiat tersendirinya juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam