March 19, 2024

mengkudu-siam

Mengkudu Siam atau nama saintifiknya Pisonia alba merupakan sejenis tumbuhan yang lebih dikenali sebagai tanaman hiasan. Namun, tidak ramai yang tahu terutamanya generasi muda akan kegunaan lain pokok ini. Pucuk muda tumbuhan ini sebenarnya boleh dibuat ulam dan dimasak sayur. Antara masakan yang biasa digunakan ialah masak lemak cili api dan juga boleh juga dibuat kerabu. Dari segi khasiat perubatan, dipercayai daunnya yang dilayur dan diletakkan di kaki dipercayai dapat merawat kaki yang bengkak, bisul dan luka yang bernanah.

Jika anda resepi masakan atau kegunaan lain pokok ini bolehlah dikongsikan bersama.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :33905

36 thoughts on “Mengkudu Siam

  1. Saya sukakan Maklumat-maklumat dlm blog ini.. Artikel ini sungguh elok bukan sahaja untuk saya, bahkan untuk semua masyarakat. Di harap supaya teruskan usaha anda.

  2. ibu selalu masak lemak cili padi dengan ulam ni! wah! rindunya nak balik rumah+makan masakan mak!

    ramai tak kenal mengkudu siam =)

  3. Salam.pokok Mengkudu Siam ni memang banyak orang buat untuk landscape.bab bab buat ulam ni memang kurang tahu.jadi boleh ler share ngan sapa sapa yang arif.TQ

  4. Salam,
    Sebenarnya Mengkudu Siam ni spt mana Oggie tlah memberi pandangan beliau,mmg byk org buat lanskap dgn pokok ni, apa pon saya mmg tk penah pon makan ulaman jenis ni,

    Yang nk d kongsikan d c ni adalah sejenis pokok yang mana d KEDAH mereka memanggilnya dgn nama POKOK KAPUR BARUS yang mana dapat menyembuhkan BATUK2 Ringan,
    dan cara penyediaannya adalah spt berikut:
    Ambil 5 helai daun tersebut dan dcuci hingga bersih lalu d tumbuk sehingga lumat dan di tapis untuk mengambil air lalu di minum akan air daun tersebut, Insyaallah dgn izin ALLAH, beransur pulih.
    Selamat Mencuba…

  5. pokok mengkudu sia ni saya tak pernah dengar..setau saya kat sini ada dua jenis mengkudu, yg pertama yg buahnya besar, yang ke dua buah dia kecil, dipanggil mengkudu huta, ada tumbuh meliar dan diambil org buat hiasan juga..tapi kedua-duanya boleh dibuat ulam.

  6. Ambil Buah nya dicampur dgn kurma china di rebus hingga 1 pertiga kering air nya baik untukluka dalaman seperti selepas bersalin dan ada juga mengatakan sesuai untuk barah tak rugi men cuba kan lagipun tiada kesan sampingan dan murah harga nya SELAMAT MENCUBA

  7. Saya tak pernah tau nama pokok tu mengkudu siam tapi saya pernah nampak pokok ni banyak kali. Baru kali ni saya tau nama pokok ni, klu tidak sampai bila2 saya ingat ini pokok hiasan semata-mata.

  8. buah mengkudu ni byk khasiat..buah nya boleh dimakan untuk yang mempunyai darah tinggi dan kencing manis..daun boleh di buat ulam

  9. Saya tak pernah dengar namanya, ni baru tama kali dengar nama mengkudu siam. Diamana boleh dapat benihnya dapat juga tanam untuk lanskap

  10. Salam sejahtera:
    Saya sih baru dengar tentang mengkudu Siam ini.
    Yang saya tahu adalah buah mengkudu yang pernah diramaikan untuk obat, tapi dahulu zaman Jepang dipakai sebagai sabun untuk nyuci/

    Saya lebih tertarik pohon buah delima merah. Dimana bisa carinya ?
    2. Emping tike yang enaknya melebihi emping belinjo, karena ada rasa manisnya. Katanya adanya di Indramayu yaitu dari puhun rumput teki diambil umbulnya, dikonce dan diketok jadi sati untuk kemudian dijemur sampai kering untuk kemudian di goreng. Apa Anda pernsah coba belum ?

  11. salam untuk semua,

    pernah lihat pokok ini di tanam sebagai tanaman hiasan (lanskap) tetapi tak tahu pula yang pucuknya boleh dibuat ulam dan masak lemak. tentu sedap.

  12. salam.terima kasih kerana berkongsi…sepanjang kehidupan sy bnyk didedahkan oleh keluarga terutama ayah dan nenek mengenai tumbuhan terutama ulam ulaman dan herba..

    dulu ilmu in sy hanya anggap sebagai pengetahuan bru dan tidk bgitu pduli ttg kepentingannya.
    tapi kini ilmu ini juga bnyk membntu sy dan keluarga.. insyaallah lain kali jika berkesempatan sy ingin kongsikan ilmu yg sy dapt..

  13. perhhh..pokok ni kawe suko.pokok kudu kampung.wat kerabu paling sedap.ore tua kata blh cuci darah.paling simple masak , celur pucuk cicah dgn budu.tapi pahit, namun rasa lemak dia.kalu nak wat kerabu, kena racik daun dia dulu, celur sampai lembut.lps 2 wat macam kerabu kelate biasa.buah dia ore x makan,ore bui make ko lembu sakit mulut jah..ada kala kisar wat balut perut ore tino n sakit lutut.

  14. Saya kenal mengkudu kampong atau mengkudu hutan kalau di malaysia.Kedua-dua mengkudu ini cukup baik …
    untuk perubatan tradisional sejak berzaman lagi.Maksud saya dari akarnya hingga kepucuk dan buahnya semuanya boleh dibuat perubatan tradisional dan mujarab.
    Saya ada banyak pengetahuan berkenaan khasiat kegunaanya dan selalu mengamalkan pengunaanya secara semulajadi tanpa dicampur sebarang chemical atau pengawit. Tapi mengkudu sian saya tak tahu khasiatnya Tapi mungkin tak banyak bezanya sebab dari specis yg sama kalau puan siam saya tahulah..heheheh

  15. salam semua,
    yek elleh..pokok ni!saya dah pernah makan buat ulam.Kalu nak simpan lama, celur dulu pucuknya kemudian jerukkan. Memang sedap!

  16. Salam. Memang pernah tengok pokok hiasan ni di taman2 lanskap tapi tak tau pulak nama nye Mengkudu Siam dan boleh dimakan sebagai ulam dan dimasak. Tak pernah pulak tengok bunga dan buah dia, sama ke dengan mengkudu lagi satu tu (vomit fruit) yg daunnya boleh buat balut tungku utk org pompuan dlm pantang?

  17. pokok ni pokok mengkudu ye…byk sya jumpa pokok ni di sekitar rumah sy…sy dapt byk ilmu bru dari web ini…tq:)

  18. Terima kaseh semua maklumat yg kami terima.Kami biasa buat ulam yg ada kat kampong.kataorang bagus,kami makan,ikutikut je.mengkudu siam x pernah jumpa pulak.Oh ya..nak tanya sikit,pernah tak saudara tau pokok ekor pari.Kalau ada maklumat boleh tak postkan photonya dan kat mana boleh dapatkanya.tq.

  19. Terima kasih atas maklumat mengenai mengkudu siam ini. Mengkudu ni banyak digunakan sebagai landskap kerana daunnya cantik dan agak kekuningan. Memang dibuat ulam atau kerabu kerana rasanya tidaklah sepahit mengkudu biasa. tk

  20. Banyak-banyak mengkudu, jenis ni la yang kurang pahit.Sangat enak dimakan masak lemak cili api. Spesis ni dibiak melalui keratan batang. Setakat ni saya belum pernah nampak buahnya. Kalau anda pernah ke Tanjung Dawai, Kedah pasti anda akan dapat melihat pokok berkenaan ditanam ditepi jalan yang mana setengahnya usianya hampir 50 tahun. Untuk memetik pucuknya perlu berhati-hati kerana dahan mengkudu jenis ini rapuh serta licin diwaktu hujan

  21. larrr…pokok ni,sy pernah dengar mak sy ckp yg jiran kami tanam dlm pasu dan selalu dia org msak lemak…..geli hati bila ingat,dia org makan pokok bunga rupanye ULAM.Trima kasih tunjuk gambarnye….

  22. di kg saya sebelah Merbok, Kedah, kami panggil Mengkudu Putih. memang boleh makan, sedap buat gulai lemak atau sayur lemak dengan keledek campur udang…dulu-dulu lagi semasa kanak-kanak kami makan rebus cicah air asam atau sambal belacan dengan temenung rebus…sedap..lawas berak….daun dia rasa ringan, tak kelat atau pahit, lembut mudah hadam jika dimasak…

  23. Salam….

    Encik boleh bekalkan kepada kami Buah Mengkudu muda ??????

    Anggaran 50kg/month

  24. memang sedap jika dibuat sayur, paling aku suka masak sayur tumis campur telur.
    Resepinya.
    secekak daun mengkudu siam.
    2 biji telur ayam.
    bawang putih 4 ulas- ditumbuk/dicincang .
    cili merah 1biji dipotong-potong.
    garam serta serbuk perasa.

    caranya.

    Daun mengkudu yang muda dihiris kecil-kecil.
    sediakan kuali dan panaskan anggaran 2 sudu minyak masak.
    Bila minyak panas masukkan bawang putih hingga naik bau .
    masukkan telur dan dikacau hingga telur keras dan hancur, masukkan air secawan…ikut suka jika mau kuah.
    Masukkan daun mengkudu siam tersebut , garam dan perasa.
    Biar sampai sayur layu dan akan bertukar warna sedikit gelap.

    cuba jangan x cuba….sedap…

    Aku ada 2 pokok ni dirumah …makin dipetik semakin merendang pokoknya.
    Kalau sayur dimasak warna hijau bertukar gelap itu tandanya kaya dengan iron.
    Baik untuk pembinaan sel darah merah.
    Tak rasa pahit pun mengkudu ni.

    Disamping dijadikan ulam/sayur ainya menyegarkan mata apabila kita memandang kesegaran hijau daunnya.
    Halaman dan persekitaran rumah berseri/segar.

  25. Orang bidang landskap banyak buat hiasan pokok ni, orang pertanian cakap buat ulam!! memang enak dan sedap. Daunnya warna kuning-kuning dan lebar, pokok tak tinggi aras dada.

  26. Assalamualaikum. Terima kasih di atas perkongsian. Daun mengkudu ini boleh juga dibuat masak lemak cili padi bersama udang segar, atau ikan bilis @ udang kering. Juga boleh dibuat kerabu atau menjadi salah satu bahan daun untuk nasi ulam utara. Selain itu masak lemak putih pun sedap makan dengan ikan masin atau ikan pekasam (menu kampung).
    Saya dah pernah masak seperti menu di atas. Daun ini tidak sepahit daun mengkudu kampung. Harap bermanfaat. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam