March 19, 2024

Samada sedar atau tidak.. Hampir 2 bulan Penulis tidak berkongsikan sesuatu di dalam Blog yang  sudah berusia lebih 6 tahun ini. Kadang-kadang mati akal juga tajuk apa yang ingin ditulis. Apabila terlihat gambar buah Asam Arui-arui dalam simpanan, terpaksa jugalah gagah untuk menulis artikel pertama Tahun 2014.

Asam Arui-arui atau disebut juga Asam Aur Aur memang terkenal di Sabah, Sarawak dan Brunei. Di Sarawak ia lebih popular dengan nama buah Kundung atau Kendung. Di Indonesia ia lebih terkenal dengan nama Asam Kandis atau nama saintifiknya  Garcinia parvifolia. Penulis mengenali buah ini dengan lebih dekat semasa kunjungan ke Kota Kinabalu Sabah sewaktu ketika dahulu.

Menurut rujukan Pokok Asam Arui-arui yang seakan pokok manggis ini boleh mencapai 10-20 m tinggi dan mempunyai kanopi yang padat.  Bunganya kecil berwarna merah dan Buah kecil berbentuk bulat, berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi merah cerah  atau merah keungguan apabila matang. Isi berwarna putih dan rasanya masam masam manis dan berjus.

Kebiasaaanya, isinya boleh di makan segar dan dibuat jem manakala kulit buah yang matang boleh dijadikan asam untuk masakan setelah dikeringkan seperti menggunakan asam keping. Dipercayai, buah ini juga boleh dibuati ubat bagi merawat demam. Buah direndamkan dalam air suam-suam panas kemudian minum air tersebut. Rasanya sedap sedikit berbanding  asam keping.

Tidak banyak maklumat dapat dikumpulkan mengenai buah ini. Jika anda mempunyai cerita mengenai tanaman ini, diharap boleh kongsikannya di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :40898

6 thoughts on “Asam Arui-Arui

  1. Di daerah pantai timur kami panggil pokok Asam kandis juga. Selain buahnya boleh dibuat ganti asam keping, pucuk (biasa warna kemerahan) digunakan dalam masakan ikan air tawar… ia akan menjadi kan kuah teresa masam manis dan aromanya menyelerakan..sedap!!

  2. First time dengar nama buah exotic ni. Dalam menu apa lagi buah ini digunakan? Terliur pula tgk…

  3. Memang betul tu Fazli buah ini dikenali sebagai asam kendong di Sarawak. Pokoknya hampir sama seperti pokok manggis dengan dahan yang banyak bersusun-susun rapat seperti tangga. Namun asam kandis merupakan pokok yang berlainan kerana pokok asam kandis adalah pokok liar dalam hutan sedangkan asam kendong di tanam orang di dusun. Kedua-dua pokok ini agak mirip, cuma buah asam kandis lebih masam dan kelat berbanding dengan buah asam kendong.
    Bila berbuah, pokok asam kendong akan menghasilkan buah yang sangat lebat. Buahnya masak berwarna merah terang. Rasa isinya manis bercampur masam. Kulitnya disalai untuk dijadikan asam kendong sebagai bahan penting dalam masakan. Ianya juga merupakan salah satu ramuan mandian tradisional wanita selepas bersalin atau bagi mereka yang baru sembuh dari sakit yang berpanjangan.

  4. salam,saya ingin dapatkan biji benih asam arui arui,bolehkah saudara poskan kepada saya.
    terima kasih.

  5. Pokok @ Buah Toborus bah ini kami bilang…masam manis rasanya. Baru sy bibit . Entah berapa lama dia membesar tunggu je la haha

  6. Kami d Brunei pangil Asam Kulit Aur Aur, biasa digunakan dalam masakan bila dikeringkan dan di jadikan bahan untuk campuran Jamu selepas bersalin, bila dh dijadikan jamu boleh di makan semua kalangan lelaki dan perempuan kecuali kanak2, saya masih lagi dalam kajian tentang isi kebaikan dan khasiat asam aur aur ini. Siapa yang tau boleh tolong share ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam