Keladi Bunting

keladi-bunting0
Keladi bunting atau nama saintifiknya, Eichornia crassipes merupakan sejenis tumbuhan akuatik yang begitu popular. Ia  juga dikenali sebagai orkid air atau Water Hyacinth. Ia sejenis tumbuhan yang  terapung dan dikatakan dapat  membiak dengan cepat dalam tempoh 12 hari.

Tumbuhan air yang berasal dari Amerika Selatan ini, mempunyai bunga yang seakan orkid dengan enam kelopak berwarna ungu, atau merah jambu keputihan. Ia amat sesuai membiak di kawasan berair atau keadaan berlumpur.
keladi-bunting

Kebiasaannya, pokok ini akan terapung-apung di atas air dengan menggunakan bahagian tangkai daun yang bunting dan mempunyai udara di dalamnya. Sekali pandang, batang daunnya tidak ubah seperti pelampung. Bagi mereka yang suka kepada hiasan laman, pokok keladi bunting mempunyai keunikkan yang tersendiri. Ia sesuai diletakkan di dalam kolam kecil, tempayan atau pasu besar.

keladi-bunting1
Selain digunakan sebagai hiasan, daun dan batang keladi bunting juga sering dijadikan bahan makanan untuk penternakan haiwan seperti lembu dan kambing. Terkini, daun dan batang tumbuhan ini juga dijadikan makanan untuk penternakan ikan termasuk ikan hiasan.

Number of View :15381

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam