March 19, 2024

mentega3

Buah Mentega atau nama saintifiknya Diospyros blancoi merupakan salah satu jenis buah yang tergolong dalam buah-buahan nadir atau buah yang jarang atau  sukar untuk dijumpai hari ini. Kulit buah mempunyai bulu halus seperti baldu.  Ada sesetengah orang yang kata Buah mentega rasanya manis dan sedikit berlemak dan baunya harum ketika dimasukkan kedalam mulut. Ada juga yang menyatakan ia boleh juga dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.

mentega

Saya pernah juga rasa buah ini tetapi tidak tahulah di mana rasanya manisnya.. Mungkin ada di sana juga pernah merasai buah ini. Bagaimana pula anda menterjemahkan rasa buah ini? Masam ke? Manis ke? Kelat ke?

mentega2

Selain itu, selain kegunaan makan begitu sahaja, mungkin anda boleh kongsikan kegunaan lain buah ini atau pokok ini..  dan masih lagikah ia di tanam di kawasan tempat anda. Harap kongsikan sedikit cerita anda di sini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :94552

133 thoughts on “Buah Mentega

  1. Bestnya tengok buah ni, biasa makan masa zaman sekolah rendah dulu. Buahnya manis dan sedap betul. Ada bau yang tersendiri, wangi. warnanya kuning keemasan waktu muda, kalau dah masak, kulitnya merah, cantik sangat warnanya. Bulunya kalau kena badan memang gagal, kalau nak makan kena bersihkan bulunya menggunakan isi sabut, dah licin baru boleh kupas kulit luarnya sebelum dimakan. Buah ini akan jatuh kalau masak. Selalunya terpaksa berkongsi dengan tupai sebab tupai gemar sangat buah ni. Rasa teringin nak makan buah ni, sekarang susah nak dapat. Kalau orang jual pun tak sama dengan yang masak dari pokok, manis….sedap…..sangat.

  2. benih pokok mentega ni ada dijual kt jab prtanian serdang >< 1kaki tinggi hrga sepokok rm3 shj.klau minat leh g tgok kt sna

  3. buah ni tk berapa sedap,rasanye manis kelat dan lemak.boleh makan begitu saja @ makan dengan garam…pokok buah ni ada sepokok saje di rumah arwah opah saya,,agak2 adalah dlm 50 thn-besar dan tinggi…kami panggil buah salad..pokok ni jarang dijumpai..

  4. Buah ini dah lama saya kenal di Kg. Tengah Kluang Johore. Kakak saya ada dua batang pokok. Semasa saya bertugas menjaga tapak bina di kota Serimas Nilai saya jumpa deretan pokok ini lebih kurang macam pokok manggis ditanam sebagai pokok hiasan sekeliling pagar. Yang bezanya buah pokok yang dikampung kakak saya isinya keputihan tapi isi buah di Nilai ini kemerah merahan walaupun rasanya tidak banyak beza. Anda boleh lihat pokok ini ditanam ditepi jalan besar dari simpang Kajang-Bangi-Putrajaya menghala Kajang hampir simpang Sungai Ramal.

  5. dekat rumah nenek saya kat johor…..ada banyak buah mentega ni ..tapi saya tak pernah makan pun…buah tu kalau gugur kami biarkan mcm tu je……

  6. Dulu kekecik pernah makan … tu pun kongsi ngan tupai. Buah ni kalau masak tupai suka makan. Memang sedap lagi wangi. Teringin nak makan lagi……..

  7. Originally Posted By melbuah ni tk berapa sedap,rasanye manis kelat dan lemak.boleh makan begitu saja @ makan dengan garam…pokok buah ni ada sepokok saje di rumah arwah opah saya,,agak2 adalah dlm 50 thn-besar dan tinggi…kami panggil buah salad..pokok ni jarang dijumpai..

    Yamg kelat tu belum cukup masak lagi… macam pisang muda…….kalau dah cukup masak pasti tiada kelat langsung………..

  8. Saya pernah makan buah mentega ni, rasanya manis dan lemak. Jika masak kulitnya berwarna merah itu pun selepas buang bulunya dengan gosok di atas rumput kalau tersilap kena bulunya agak miang pada kulit

  9. di Alor Setar juga buah ni dipanggil buah Sanglat…untuk makluman.

  10. Ada para komentar yang menyatakan buah mentega ini rasa nya seperti epel dan avocado adalah tidak benar.Buah yang serasa epel dan avocado ini serupa bentok nya dengan buah mentega tetapi mereka adalah dua jenis buah yang berbeza.Buah mentega yang berbulu gatal ada lah buah mentega yang asli tetapi yang mempunyai rasa epel atau avocado tidak berbulu.Rasa buah mentega yang berbulu miang ini memang sedap dan lembut isi nya kuning seperti mentega.Pokok besar buah nya bercanggah canggah dan biasa nya gugur bertebaran tak siapa pun berminat untuk mengutip nya.Saya menjadi hairan ada juga para komentar yang menginginkan nya.Mujur dahulu saya yang sering mengutip nya kadang kala jika ingin memakan nya (merupakan pokok terbiar di jalanan)Yang membosankan,buah nya terlebih dahulu di licinkan bulu gatal nya jika tidak,siapa yang menjadi mangsa buah ini akan tergarok garok macam kera.Itulah satu satu nya pokok buah mentega di kampong saya dahulu di Singapura yang kini jangankan kata pokok buah yang lain,malahan semua tanah di Singapura sudah menjadi flat.Pastikan jika sesiapa yang ingin merasa nikmat sebenar buah mentega,buah ini berbulu seperti buah kiwi tetapi gatal sementara buah kiwi tidak.Jika tidak berbulu,berarti anda telah merasa buah yang berasa epel atau avocado jauh berbeza dengan rasa buah mentega yang lemak manis.

  11. @ahmad bin hj yahaya

    Saya pernah makan buah ni semasa zaman kanak2 dulu di pulau pinang, balik pulau, kampung genting. Buah manis lemak dan wangi. Isinya warna kekuningan seperti warna isi epal merah dan rasanya gebu sangat gebu, hmmm patutlah namanya buah mentega. Tapi kami panggil buah seralat juga (mungkin dibelah utara kot). Mak kata kat Johor kampungnya pun ada. Biasanya pokoknya besar tinggi, rendang dan dibawahnya redup. Mak cakap kat kampungnya dulu harimau suka lepak..
    bawah pokok ni. Nak makan, biasanya kami cari buah yang dah luruh saja sebab rasanya manis dan lemak. Dapat kita gosok di tanah buang bulunya, dan boleh kupas macam epal, pastu makan. Ketika tu rasanya tak boleh nak makan banyak sebab rasa lemaknya cepat muak.

  12. sy pernah makan buah ni waktu zaman kanak2..pokok dia mmg cukup besar dan tinggi berdaun hijau lebat…kalau nak ambik buah ni mmg kena baling dgn ranting…sebab x tercapai…tp awas buah dia mmg berbulu…kena buang bulu dgn gosokkan ke rumput……buah dia mmg kelat2 sikit tp gebu..dan paling best buahnya berbau macam buah epal kalau masak ranum…

  13. salam , saya pernah makan buah nie ,sedap… kat penang ada pokok ni..kalau anda nak pi ke taman belia PP.ada sepohon pokok ni disebelah kiri jalan menuju ke taman tu..

  14. Buah ni ada banyak kat Penang sekang….Buah ni juga dipanggil buah seralat (gelaran org2 sini kepada bola tennis – juga dipanggil bola seralat. Rasa buah ni seperti rasa epal manis, putih susu dan…betul..ia wangi. Pokok ini tak akan berbuah jika tunggal melainkan ada proses pollination. Saiznya lazim sebesar epal dan memang daunnya yang tebal menjadikan ia cantik sebagai pokok hiasan tapi kekadang boleh meninggi melebihi atap rumah

  15. Salam semua. Baru2 ni saya sempat ke Balung River di Tawau Sabah. Tak sangka terdapat sebuah ladang yg sngt. luas. Di sana terdapat bermacam2 jenis tanaman & buahan. Di sana juga terdapa berpuluh-puluh batang pokok buah Mentega yg dah berbuah di tanam. Kalau anda terlepas kesana jangan lepaskan peluang melawat Balung River Resort.

  16. saya ada jmpa pohon no dlm jmlh yg bnyk lbih dri 20 btg pokok dtnm sbgai pohon tduhan dan lndskap. kalau siapa tahu jln ke bangunan RTM JOHOR dan HOSPITAL KUMPULAN PAKAR JOHOR di johor bahru ni blhla dtg tgk…mmg dah ada yg berbuah…yg berbuah pun cuma ada x lbih dri 6 btg pokok sahaja. pada saya dlm bpuluh anak bnih yg cambah..sgt kurg yg akan berbuah…kalau bnasib baik ia berbuah… ini pngalaman dari kampung arwah nenda saya di sg. besar selangor. bliau dah tnm 2 pkok…dari dua hanya satu yg berbuah itupun stlh ckup lama. mjur arwah smpt mrasa buah sulung dan sterusnya… dan biji2nya tu bcmbh..tpi mmg ikut kbtulan juga …ada rezki berbuah la…x da rezki mmg x berbuah… kna bnyk kajian tntg sifat dia…ada sepohon di USM pulau pinang di laman landskap DESASISWA INDAH KEMBARA. sygnya buahnya kcil mcm telur ayam..mgki x cukup baja pohonnya mmg dah tlmpau tua. mgkin dgn cara kultur tisu dari pohon yg buahnya berpotensi tinggi dari saiz dan jumlah buah yg menjadi kita dptlah biakkan bnihnya tnpa guna biji yg sukar diduga. harap pihak MARDI atau FRIM dpt popularkan pohon ini sebagai tanaman landskap yg bnilai sepertimana tumbhn lain yg dikomersilkan.

  17. buah mentega manis rasanya.sedap dimakan sesudah ranum masaknya.kulitnya memang berbulu.tapi dalamnya susah nak kata kalau tak cuba sendiri.ada orang berpendapat baunya sedikit maung…..yang pasti pokoknya adaterdapat didusun bonda saya di kg sri paya pt. raja…..
    masa kini memang sukar sedikit nak jumpa pokok ini…

  18. aku prnah makn.. pkok ni ada kat utm.. tepi2 jlan dalam utm ada… rasa mcm buah epal yng terlalau masak.

  19. saya penah makan, mmg sedap la..rasa manis dan isinya gebu..sekarang dah xpenah jumpa lg..

  20. Sy pernah makan buah ni di kebun abah sy. Buah ni manis & rasa berlemak jika kita makan ketika ia berwarna coklat kehitaman. Kalau macam warna kat gambar tu alamatnya kena tunggu 3 ke 4 hari hgga di betul2 masak ranum. Kalau mkn juga alamatnya rasa kelat & x sedap la….

  21. Sy ada membekal ratusan anak benih pokok mentega. sms 019-2824764. Datang ambil sendiri lokasi taman melawati KL

  22. Salam. Buah ni ada tanam kat belakang rumah. dah berbuah dah. mula-mula tengok buah ni macam pelik jugak. buah macam buah pisang kaki tapi kulit macam baldu, isi putih kekuning-kuningan. tapi rasa dia tak sedappun. macam tak ada rasa. sapa tahu .. buah ni boleh buat apa selain dimakan saja..

  23. pokok masih ada di kawasan Kulim .setahu saya buah ini dipanggil buah salat .bulunya dibuang dengan cara gosok pada sabut kelapa .rasanya manis,gebu ada bau batik dan epal

  24. pokok buah mentega ni ada banyak di kawasan putrajaya….kadang-kadang berpuluh biji juga saya kutip bawa balik ke rumah….gugur macam tu saja sebab orang tak tahu buah ni boleh makan…

  25. buah mentega kalau di tempat saya di panggil buah seralat sebab bulu buahnya mcm bola tenis.warna merah bau wangi manis kalau betul betul masak..klu kurang msak rasanya kelat sikit.dlm kampong saya ada 2 pokok satu pokok tu usianya hampir 80 thn.masih lagi berbuah tapi sebesar dulu..

  26. Yes buah Sekalat – wine red when ready to fall off tree naturally like Durian. Hthe fruit has a smell which Malaysians like as in Nangka, Chempedak, Macang. There is velvety feel like ripe peach.
    The flesh is soft, and sweet. We used to eat the fruit plain. I think would be a nice addition to rojak. The tree is tall and outspread like a chestnut tree.
    It would be good if we can regenerate the popularity of this tree again. I think buah rambai, rokam, belimbing, jambu mawar, should be made popular again. Does any one know if we still have any Kangar trees and if there are buah Kangar.

  27. Ni memang kegemaran masa kecik2 dulu. Sedap, lembut, manis, wangi. Yg dalam gambar tu buah mentega masih muda, kelat, x sedap. Cari yg dh masak la, yg warna seakan2 oren fluorescent. Memang terangkat, makan sebiji pun x cukup ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam