March 19, 2024

kerdas

Kepada peminat ulam-ulaman sudah tentu kenal dengan buah ini. Buah kerdas atau nama saintifiknya Pithecellobium bubalinum sering dijadikan hidangan pembuka selera apabila dimakan bersama nasi. Kebiasaannya, bau kerdas ini memang agak kuat dan melekat pada bau nafas setelah dikuyah atau selepas memakan buah ini.

Bagi saya, saya sendiri pun kurang minat untuk memakannya disebabkan atas faktor bau tersebut. Saya lebih rela gigit buah petai dari mengunyah buah ini. He.. he. Mungkin anda yang meminati buah ini, faktor bau tentu tidak menjadi masalah.

Jika anda ingin berkongsikan cerita mengenai buah kerdas boleh beri komen di sini. Jika anda pernah melihat pokok ini atau ada menanamnya , diharap dapat kongsikan bersama..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :53973

85 thoughts on “Buah Kerdas

  1. kepada yang tak suka tu cuba-cubalah merasainya,jangan jadi alasan yang tak boleh diterima akal.Setakat bau busuk atau aroma yang tak menyenangkan tu sekarang ni bermacam-macam pewangi tandas yang ada di pasaran.
    Kalau generasi kita pun dah makan apatah lagi generasi anak -anak kita di masa hadapan tentulah mereka tak akan tahu apa itu buah kerdas atau buah genuak kata orang utara sebagai salah satu ulam-ulaman tradisional. Kalau nak cuba resepi ini boleh cuba iaitu goreng bercampur ikan bilis atau nak buat sambal ikan bilis ke, udang ke pun boleh. Tapi kena goreng buah kerdas dulu biar jadi keputihan sedikit atau tengok kalau kulit hitam dia dah merekah bolehlah di tumis atau di masukkan ikan bilis.

  2. susah nak dapat buah ni dah…lagipun orang sekarang tak ramai yang tau. dulu saya kalau nak makan rendam dulu dalam air semalaman biar rangup,colek dengan sambal belacan memang sedap.

  3. saya mmg peminat buah kerdas nie….. jika dapat makan buah nie masa makan nasi…. x payah lauk2 lain pun xper… ratah kerdas dgn nasi n kicap pun dah cukup….. yg pasti lepas makan buah nie……. bila kencing perghhhhh…. harummmmm…

  4. Buah in sangat jarang dijumpa sekarang. Tahniah kerana saudara dapat mempromosikanya. Saya biasa maakan buah ini tetapi tidak tahan dengan baaunya.

  5. salam. Kerdas dan genuak adalah buah yg sama.Enak bila dibuat ulam tapi baunya paling tidak disenangi.Benda yg dibuang kat toilet walaupun dh flush tp bau aroma kerdas macam melekat didinding.Saya biasa makan sekali buah ni dalam jumlah yg banyak, akibatnya semalaman perut sy jadi kembung.Dan sejak tu dh serik nak makan kerdas lg.Selain dari buah pucuknya juga bolih dibuat ulam mentah.Dulu ada berita tentang kerdas dan jering dikahwinkan dijohor dan product tu dinamakan KEJERI?

  6. Fulamak !! ini lah ulam yang paling harum baunya.. ghau, ghaau baunya dan bunyi orang cuci bilik air,. bil tentu naik. Tapi kan ada satu cerita yang munkin orang tak tau bagi penggemar-penggemar ulam yang sewaktu dengannya ini.. ada sorang rakan kita yang terpaksa masuk wad emergency akibat terlalu fanatik ngan ulaman ini. nak tau pasal pe.. berguling-guling bagai nak putus nyawa akibat tak boleh buang air kerana saluran yang tersumbat ,, terpaksa disalurkan keluar, Rupanya buah ni mengandungi getah yang boleh menyekat saluran tertentu apabila diamil deangan banyak.. Betul ke tidak harap sesiapa leh komen.. so hati-hatilah yee.

  7. Sebenarnya ramai yang suka makan atau nak cuba-cuba tapi malu maklumlah ramai pakat dok kata benda tu busuk lebih-lebih lagi bagi pasangan yang hangat dok bercinta tapi percayala lepas dah kahwin busuk dari kerdas pun hentam hehehehe. Pucuk muda kerdas juga rasa lemak kalau di makan.Ingat pucuk je kulit pokok jangan hehehe . Buah muda makan banyak takpa tapi kalau yang tua awas pasal bukan dia punya getah tetapi buah tua ada sagu boleh tersumbat saluran kencing. Kalau nak makan banyak juga buah tua diketuk dulu kemudian rebus agak empuk toskan buang air rebusan kemudian masak sambal tumis udang bersama kerdas rebus tadi. Masa tu bantaila banyak mana pun tak sangkut punya.Insyaallah…….

  8. Salam…
    Buah Kerdas nie mmg salah satu drp ulaman kat beruas nie. buah Genuak pun dia juge, spesis yg hampir sama ngan jering dan petai. Kuat baunya. Disini kalau nak umpan atau menjerat landak mmg org guna buah nie, landak pun suka.

  9. pengemar ulaman tentu sekali berminat dengan buah
    genuak ini.bagi saya x minat sangat, rasa dan baunya
    kurang menyenagkan. banyak terdapat didalam hutan
    teutama dinegeri Pahang.Mudah untuk mendapatkannya
    dipasar malam.

  10. ulam kerdas ni memang sedap,tp awas bagi sesiapa yg ada sakit angin kemungkinan akan menghadapi masalah selepas memakannya.Boleh juga jd ubat bagi sesetengah penyakit.Buah ni ada bermusim

  11. buah kerdas ni, ramai wt ulam.. kt KB makan ngan budu, sambal ikan + mempelam muda.. tp, berbau… uhuhu

  12. ramai yang mungkin tak tau … petua/larangan makan tiga ulam yang popular ini (petai.jering,kerdas) dalam satu hidangan, dengan lain perkataan, jangan cuba makan kerdas dengan petai, atau jering sekali, atau makan petai dengan jering .. kalau nasib tak baik dia akan `menyepit’ >> perut akan sakit sebab kimia2 yang ada dalam satu2 jenis buah ini akan bergaduh dalam perut kita .. orang asli lebih arif dengan fenomena ini dan mereka tak akan langar pantang larang orang tua2 mereka ..

    jadi kalau nampak kerdas dan petai dikedai makan, jangan makan dua2 sekali, makan satu saja untuk tidak menjadi mudarat … cuba sesapa confirm hal ini wallahualam …

  13. org ckp buah kerdas ni rasenye lg sedap dr petai dan jering..baunya..masyaAllah..memg reject tros la!sgt busuk..sy xpenah terfikir nk mkn buah ni sebb baunya pun dh bt sy pening..apetah lg kalo memakannya..rasenye 2hari pn xhilang lg bau mulut..tp syabas laa pd org yg ske mkn buah ni..anda org yg HEBAT!

  14. dulu masa kat kampung aku suka sangat makan ni ngan nasi. memang best giler. kalau korang nak yg kurang bau kena makan yg muda tu yang colour die putih sikit tu kan…kalau yg tua tu bau die lagi kuat lah

  15. Kerdas memang number one lah orang kata. Rasa dia lebih ummph dari petai dan jering dan baunya apabila ke tandas ataupun melepaskan bom angin memanglah tersangat power tak boleh celen lah. Menyengat. Bau mulut dapat dikurangkan dengan mengunyah beras atau makan kacang goreng tapi kalau belahak (sendawa) minta ampunlah mau termuntah orang kat sebelah.

  16. first time makan masa pegi memancing 3 hari 2 malam di tasik kenyir. kawan bawak satu plastik. mula2 tak pasti nampak seakan2 asam jawa. selepas diberitau itu kerdas, mulalah jatuh cinta dengan aroma dan kesedapan buah ni. baunya memang PERGHHHHHHHH mengalahkan petai dan jering. baunya pun x hilang2 2-3 hari. tapi memang sedap di makan dan rasanya buah ni bermusim. sy semai 4 biji kerdas dan cuma 2 sahaja yang hidup. skg ni sy tengah kumpulkan ulam2an tradisional dari kepupusan. oh ya, siapa tau di mana bleh dapat jambu arang? sedap buahnya. masam2 manis dan hitam pekat airnya.

  17. jgn tersalah sangka .. gambor yg kecik tu (warna kerdas nampak putih ..) tak semestinya kerdas muda .. sbb semua kerdas yg baru d keluarkan dari kulitnya (serupa macam kulit asam jawa bentuknya..) berwarna begitu, putih .. kuning puchat, tidak hitam, hanya selepas terdedah saja ia akan bertukar warna hitam/coklet tua .. atau buah yg gugur dan terkeluar dari kulit saja akan berwarna hitam ..

  18. buah ni memang seangkatan dgn petai & jering.sedap dimakan bersama nasi dicicah dgn budu (kalau kt kelantan la..) ermm..sedapnye..lama xmkn

  19. pergggggh…bau dia kuat gila …kalu mak ana mkan dia suka letak dlm cawan …lpas tu memang x gna dh cawan tu utk minum..bau dia MASYALLAH..sapa yg x suka n xthan bau mmg pengsan

  20. buah ni kalu wat buah mulut lawk gila pecah perut… pergggggh…bau dia kuat gila …kalu mak ana mkan dia suka letak dlm cawan …lpas tu memang x gna dh cawan tu utk minum..bau dia MASYALLAH..sapa yg x suka n xthan bau mmg pengsan

  21. Setuju dengan Malik, Jangan makan sekali tiga jenis tu, petai, jering dan kerdas kerana boleh memudaratkan perut kita. Kalau tak jadi tak pe tapi bila jadi penyakitnya aduh seksa rasanya dan nyesal tak sudah. Kasiatnya memang banyak terutamanya mengawal darah tinggi dan lain-lain. Baunya janganlah dikira sangat sebab kasiatnya banyak, cuci saja tandas tu lepas guna habis cerita.

  22. Originally Posted By Pohon SuburOrang utara panggil buah ‘geduaq’ , mkn mcam tmp2 lain jga.

    ada ka plak geduaq…bunyi mcm burung dlm rimba ja.genuak laa..nk ilangkan bau genuak selepAs makan,pepak(kunyah) 5-6 butir beras pulut.insyaallah..klau bau gak..hmm,pepak sirih pinanglah jwbnyer..

  23. kat pasar tani Ipoh dekat stadium pun ada, minggu lepas aku ada beli. Pak cik tu kata dapat dari Selama perak.
    Buah dia macam kulit asam jawa…bila dikopek ada isi didalam. Sodap dibuat ulam, tunggu hari cuti baru aku makan.
    Kencing memang lawas…tapi bau huhhh menikam hidung.

  24. tak pernah nampak buah ni di tempat sy di sarawak. Jering dengan petai tu adalah. Kerdas tu mungkin ada tp org sini tak reti nak makan. Syabas kpd peminat buah ulam ini krn bertambah byklah koleksi buah ulam-ulaman kite ye.

  25. SElain pembuka selera, buah kerdas/genuak memiliki banyak kelebihan dan khasiat yang tinggi. yg bermasalah buang air kecil, insyAllah akan membantu. kencing manis dan darah tinggi pasti dapat dielakkan. org arab biasa buat jeruk daun anggur untuk dijadikan ulam, org kedah telah lama mengusahakan jeruk daun kerdas/genuak. Jika anda mencubanya, lebih menyelerakan.

  26. saya bila makan kerdas mcm dibuai mmpi, tersangat sedap dan layannnn~ hahahaha sedap sgt!!

  27. Kerdas/Genuak…Ptg tadi baru jer kait belakang rumah.Bagi saya kalau pilihan antara 3 ulam tradisional ni…Mmg kerdas pilihan nombor 1.Lps tu baru jering n petai.Bab bau x pyh ckp ler…kalau dah suka per2 pun belakang kira.Pewangi toilet mcm2 kat pasaraya…Setahu saya ada 2 jenis kerdas.Kerdas bulu n Kerdas minyak.Paling sedap,lemak manis dan lembut kerdas minyak.Saya tertarik dgn masaalah bila gagal membuang air kecil akibat memakan ulam kerdas…sebenarnya ketiga tiga ulam ni ada bahan kimia @ Kapur semulajadi.Apabila dimakan cuba elakan dari di bubuh terus keatas nasi panas.Ianya ada tindak balas kimia keatas 3 jenis ulam tersebut.Gunakan piring berasingan bukannya diletak terus diatas nasi panas.Kapur tersebut juga boleh mengakibatkan sakit perut malah mungkin bg sesetenggah orang boleh mengakibatkan cirit birit.Mungkin padamasa akan datang ianya akan menjadi ulam ekslusif…Skrg pun kat pasar harga mengikut musim.Paling rendah pun dah RM2/100 gram.Apa pun ia tetap menjadi pilihan utama saya….hu hu hu..

  28. Saya pernah makan buah ni walaupun saya org Sarawak….member dari Kedah yang promot…suruh cuba makan, memang sedap. Semalam member dari Sik bagi anak kerdas lebih kurang 5-6cm, 5 pokok, nak cuba tanam kat Sarawak pula…??????

  29. Saya baru saja beli buah genuak ni kat tikam batu sungai petani kedah. Buah dari perak kata pakcik yang jual tu. Tetapi betul la, antara 3 ulam (petai, genuak dan jering) paling sedappppp ialah genuak. Tapi jangan ambil 3 ulam ini sekali makan, NANYA PAK KARIM kata orang perlis. Tetapi kat penang ni paling sedap makan dengan kari kepala ikan merah dan sambal belacan madu tanjung dawai…. perghhhh terbaik … tapi baunya memang POWER RANGER. kena cepat cepat gosok gigi lepas makan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam