March 19, 2024

Pameran MAHA International 2012 merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat di Malaysia. Pada anda yang berkesempatan, boleh berkunjung ke sana. MAHA 2012 berlangsung daripada 23 November 2012 sehingga 2 Disember 2012.

Banyak pameran dan jualan produk pelbagai produk yang terdapat di sana. Artikel akan datang penulis akan menceritakan serba sedikit lain-lain  acara yang berlangsung di sana.

pameran-buah-nadir

Salah satu pameran yang sering mendapat sambutan ialah pameran Buah-buahan Nadir yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian. Pameran ini menarik minat pelbagai lingkungan umur khususnya generasi muda yang tidak pernah melihat buah ini. Bagi generasi terdahulu, ia menjadi satu nostalgia di zaman kanak-kanak atau waktu menetap di kampung dahulu.

pameran-buah-nadir3

Kebetulan, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bersama rombongan turut melawat pameran tersebut.

pameran-nadir

Turut hadir di pameran tersebut, Datuk Dr.Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

pameran-buah-nadir4

Tidak ketinggalan, Dato’ Mohd Hashim  Abdullah, KSU Kementerian Pertanian juga Dan Industri Asas Tani turut menunjukkan minat terhadap buah nadir yang semakin sukar ditemui.

pameran-buah-nadir5

Bagi yang rindu melihat buah nadir, masih lagi sempat (ketika artikel ini ditulis ye) untuk berkunjung ke Dewan A di Maeps, Serdang.

buah-mentega

Antara buah nadir yang dipamerkan seperti buah mentega, buah redan…

buah-tampoi

buah tampoi, buah kelubi, nipah dan banyak lagi..

buah-redan

Buah Nadir dari Sabah dan Sarawak seperti buah bambangan, buah engkala, buah dabai dan pelbagai jenis lagi pun turut dipamerkan.

buah-dabai

Sehingga di sini dahulu coretan saya, nantikan artikel yang seterusnya sempena MAHA 2012.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :17026

1 thought on “Pameran Buah-buahan Nadir sempena MAHA 2012

  1. Buah yg besar dan kulitnya keras tu buah ape…pernah tgk Natgeo..macam brazil nut je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam