March 19, 2024

berembang-221

Pernah anda melihat buah ini? Buah ini digelar dengan nama buah berembang (Sonneratia caseolaris) atau ada juga yang memanggilnya buah gedabus dan buah perepat. Pokok berembang ini selalunya tumbuh ditepi pantai dan tepi-tepi sungai yang ada air masin . Saya sendiri boleh pernah mencuba makan buah ini tetapi daripada rujukan, rasa buahnya masam. Cara makannya pula cuma cicah dengan garam atau kicap bercampur cili api dan sedikit gula.

buah-berembang31

Yang menariknya tentang buah ini ialah ianya mempunyai kaitan dengan permainan gasing. Ini kerana menurut sumber, gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Dalam permainan buah berembang pula, buah ini akan dipusingkan dengan menggunakan tangan. Buah berembang yang berpusing paling lama dan paling ligat, pemusingnya dianggap sebagai pemenang. Buah berembang berbentuk bulat, licin dan agak leper ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk menguatkan tangan.

Begitulah serba sedikit tentang buah berembang. Mungkin anda pernah makan buah ini atau mengetahui khasiat lain buah berembang, di harap anda boleh kongsikannya di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :83391

71 thoughts on “Buah Berembang

  1. Assalamualaikum..
    tempat saya lau tidak silap dipangil “Buah Pendodo” ..ermm memang buah kegemaran ni..selalu dapat di kawasan tepi2 sungai..

  2. Pokok kedabu klu kat daerah utara panggil. masa ngandung teringin betul nka makan..masam memangla tapi sedap..biji banyak kat dalam..

  3. Pokok berembang adalah tergolong di bawah kumpulan pokok bakau jenis Sonneratia bersama-sama pokok Gedabu dan Perepat. Nama Latin bagi pokok-pokok tersebut ialah:

    Sonneratia alba = pokok perepat
    Sonneratia ovata = pokok gedabu
    Sonneratia caseolaris = pokok berembang

    Pokok berembang menjadi habitat kepada kelip-kelip.

  4. Askm kalian. Buah berembang ini selau terdapat di tepi2 pantai.Pokok ini biasanya tinggi menegak dan kadang2 condong merimbun terbentuk oleh tiupan angin laut yg kuat.Buahnya memang spt gasing berwarna hijau pekat sebelum ranum.Rasa nya masam2 kelat berbiji halus.sedikit rangup (keras spt jambu batu) dan kekadang disukai oleh monyet2 liar di hutan bakau.Namun tak ramai orang peduli tentang buah nadir ini kerana barangkali tidak tahu atau tiada nilai komersialnya.Tapi untuk ikhtiarhidup bagi sesiapa yg tersesat dihutan maka buah ini lah yg dicari utk dimakan bagi sambung nyawa.Untuk makan segar buah ini,haruslah dijolok dari pokoknya dan jangan diambil bila gugur kerana ia berulat dan benyek tambahan pula sudah bergaul dengan debu2 pasir di pantai.Tk Wallahu Allam

  5. salam ,pernah rasa buah ni masa buat kerja survey kolam ikan di Sungai Udang NIbong Tebal P.Pinang.Rasa masam.. kelat..kelat sikit.

  6. salam..ingin rasanya mengetengahkan buah ini. en axhar nmpak mcm tahu byk pasal buah ni. tahu x apa khasiat ataw kegunaan buah ini?? selain mjdi ubat2an, n ulaman, ada x orang kampung guna untuk produik makanan lain?tq..

  7. tq 4 da info… ada mklumat khasiat buah ni x, yg mgkin en. ada guna sbgai produk makanan selain sbgai ulamn?

  8. Buah berembang dgn buah gedabu nampak macam sama
    tapi pokok nya berlainan kerana daun pkok gedabu lebar tapak tangan bukannya macam pokok berembang
    Saya puh dah lama tak nampak pokok gedabu
    Dulu tepi paya bakau Pantai remis perak banyak terdapat pokok gedabu sekarang dah jadi kebun sawit

  9. Kat Brunei kita org panggil Buah Pidada…rasanya masam enak di makan cicah garam + lada padi + belacan…

  10. Semasa saya mencari-cari gambar buah kedabuk di google, tiada dan saya
    lihat buah berembang, saya terjumpa blog anda.

    Buah kedabuk dan buah berembang seakan-akan sama tetapi pada bahagian
    bawah buah kedabuk, ia masuk ke dalam.

    Jika di belah ia kelihatan seperti jambu batu di dalamnya

    pokoknya takleh di tanam, ia hanya tumbuh di kawasan air payau.

  11. masa kecik2 selalu mkn buah ni, masam ya amat… tp sgt2 sedap… ayah sye suke mancing die sllu bwk blk buah ni… ayah kate buah ni dok tpi sg air masin… skrg ssh nk dpt alo ade pn kt area sungai perak… penah srh ayah cr kn buah ni time 2 gah preggy… tp ayh kate tkot nk g amik de buaye… huhu…

  12. Di Sandakan, Sabah buah ni dikenali dengan nama Buah Pedada. Buah ni memang boleh di makan. Sesetengah penduduk kampung dalam kawasan Sandakan percaya Ikan Patin yang memakan Buah Pedada (Berembang) yang masak mempunyai isi yang lebih sedap berbanding Ikan Patin yang dipelihara dalam sangkar.

  13. pernah try masa kecik2 dulu ambik kat hampir kuala sungai tumpat kelantan…bapa aku cakap boleh makan, ttp aku x suke kerana bila makan rasa mcm pening…walhal mabuk sungai masa pergi memukat ikan…sampai skrg x makan ttp masih ada di muara sungai..

  14. 65. Mamfaat daun pedada[rambai padi] buat campuran bedak dingin, fungsi bedak dingin tersebut atau bedak basah untuk menghilangkan flek hitam di wajah atau menghilangkan kunat sehabis terkena cacar atau koreng,
    dan kebetulan di belakang rumah saya banyak buahnya, yg rasanya masam tapi enak di buat jus atau sirup

  15. buah kedabu dengan buah berembang lain walaupun fizikal dia nampak sama.. buah berembang tak boleh makan..buah berembang dlm dia mcm berongga dengan ada habok2.. tapi buah kedabu ni padat dengan bijik.. buah kedabu ni mmg masam sgt.. sedap bila dah masak.. walau pun masam. resepi tradisi keluarga saya bincop. guna buah ni la.. kecoq ayaq lioq.

  16. salam untuk semua. Di sarawak kami panggil buah pedada. Pokok ini tumbuh di tebing2 sungai air masin dan air payau. Buah muda rasa kelat dan masam. Buah yang masak rasa sangat masam dan jadi lembik. Buah ini banyak biji kat dalam. Buah muda boleh dijadikan ulam yang menyelerakan. Buah masak boleh dijadikan kerabu buah pedada. Masa kecik2 dulu selalu tengok orang ambik buah ini untuk dijadikan umpan pancing ikan patin atau labang. Bunga buah pedada yang kami panggil “rabong pedado” ini pun boleh dijadikan ulam. Caranya ialah dengan meletakkannya dalam piring ke dalam periuk sebaik saja air nasi itu yang kita tanak mengering. Bunga pedada ini dicicah begitu saja dengan sambal belacan. Fuhhh…sedapnya.

  17. Perepat,berembang,gedabu adalah satu sepesis,buah gedabu lebih besar,isi nya lebih gebu dan rasa nya lebih sedap dari buah berembang dan perepat.
    Dahulu pokok gedabu ada dikawasan sungai air masin dikampung saya tapi kini sudah pupus air sungai pun sudah menjadi payau
    Pokok berembang masik banyak lagi,perepat pun dah tak kelihatan lagi

  18. sesiapa yang ade buah berembang ini boleh tak saya mahu membelinya utk merawat kawan saya yg sakit …kawan saya ckp buah ini mampu menyembuhkan penyakit dia …jika ade sila ws saya 0137146411

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam