Artikel kali ini adalah mengenai sejenis tanaman hiasan yang mempunyai bunga berwarna putih dan seringkali di tanam di dalam pasu. Pokok Jeliti atau nama saintifiknya Wrightia religiosa di katakan berasal dari negara Thailand. Di sesetengah tempat ia juga dikenali dengan nama pokok Melati.
Pertumbuhan pokok ini dikatakan lambat dan ia memang banyak dijadikan sebagai pokok bonsai dan topiari. Bunganya yang berbau harum membuatkan ia digemari untuk di tanam di halaman rumah atau dikawasan taman.
Pembiakan pokok ini adalah melalui keratan batang dan juga biji benih. Pokok ini sesuai ditanam ditempat terbuka dan menerima cahaya matahari penuh.
p/s: >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..
Sila klik >> https://t.me/tumbuhan
Number of View :28034
pokok neh bunga dia wangi lw malam hari…kt umah saya byk…
bau bunganya wangi. bl jln lps isya’, tetiba je berbau wangi, seram gak. bau wangian tu datang mcm sepoi-sepoi bahasa je….. tp yang pastinya bunga ini cantik, wangi dan bila dipetik, bergetah.
pokok jeliti ni berbunga wangi , kecil-kecil berwarna putih dan bunganya menjuntai ke bawah. Betul kata sherry edrus, wanginya sepoi sepoi bahasa, biasanya sebelah senja ke malam hari.
Salam semua…boleh tak bagi sedikit info dimana saya boleh dapatkan pokok bunga melati ni? Dh byk kedai bunga saya pergi tapi x de..kalau ada info di mana nak beli tolong share..tq