March 19, 2024

Abiu (Pouteria caimito Radlk) adalah sejenis tanaman malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae. lanya berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Di Sabah tanaman ini telah mula ditanam di Stesen Penyelidikan Pertanian, Tenom pada tahun 1984 sebagai salah satu koleksi janaplasma buah-buahan dari luar negeri yang berpotensi unruk dibangunkan.

Pokok abiu adalah sederhana besar dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 10 meter. Daunnya tersusun secara berselang (alternate), berbentuk sama ada obovat atau eliptik, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Bunganya jenis hermaprodit, berwarna putih dan keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok. Buah yang muda berwarna hijau, berbentuk eliptik atau bulat, berkulit licin dan kadangkala mempunyai ‘nipple’ yang pendek sebelah bawah buah, tangkai buah yang pendek dan mengandungi banyak cairan bergetah. Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk oblong.

Abiu boleh dibiak sama ada melalui biji benih atau secara pembiakkan tampang. Jenis pembiakkan tampang yang sesuai dilakukan ialah cantuman baji ataupun canruman sisi. Anak pokok yang dibiak cara tampang boleh ditanam ke ladang 4-5 bulan selepas mencantum. Biji benih abiu haruslah disemai secepat mungkin (1-2 hari) bagi menjamin pertumbuhan yang baik. Anak pokok dibiak dari bijibenih boleh ditanam ke ladang bila mencapai umur 6-8 bulan selepas disemai. Pokok abiu yang dibiak secara tampang akan mula mengeluarkan buah antara 1-2 tahun selepas ditanam di ladang sementara itu pokok yang dibiak melalui bijibenih hanya mulai berbuah 2-4 tahun selepas menanam.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :50735

36 thoughts on “Penanaman Abiu

  1. saya dah rasa buahnya dan menyenangkan…tapi pokok sample ynag dijual/pamer tidak berapa segar/subor.
    dimana saya boleh dapat benih pokok yang baik untuk ditanam dilaman rumah
    terima kasih
    waksudin

  2. Salam,
    Saya pernah makan buah ni. rasanya macam pisang tapi lebih sedap. tapi ianya tak tahan lama. saya ingat ini buahan luar negeri. dimana saya boleh dapat benih pokok ni?

  3. Buahnya nampak unik dan dari mana kita boleh dapat pokok ini?
    Kalau nak rasa pula, dimana kita boleh dapatkannya?

  4. lama saya tak masuk ruang ni. saya pernah makan buah ni kat Perak. samada kat Bukit Gantang atau Tapah. masa tu ada seorang Cina jual. saya pernah semai biji buah ni tapi tak tumbuh2. Rasanya sedap sangat macam makanan dalam istana pulak. harganya tak mahal sangat.

  5. my family ada tnm pokok ni.skali bbuah mmg byk smpai xtmakan.kitorg dpt pun dr kpg my mom (Serian,Srwk)xtaulah dr mana diorg dpt.kt umh pun dh tnm spohon.sng btul nk tnm,kitorg lempar je biji kt tnh,tmbuh gitu je..

  6. Salam,
    Tak pernah makan pun buah nih…..tapi dulu ada keluar artikel dalam surat khabar yang Pejabat Pertanian Negeri Terangganu ada menanam dan menjual benih pokok. cuba Fazlisyam hubungi pejabat berkenaan….kalau betul mereka ada jual benih..saya pun nak beli…

  7. salam
    saya penah jugak makan buah ni.. beli kat RR kat tapah, perak.. dah lebih 5 thn lepas…mmg sedap..

  8. Salam,

    Fazli,

    Saya ada beli anak pokok ini dari sebuah nursery di sekitar kelang kalau tidak silap..semasa itu mereka buat jualan di twp ( putrajaya). Cuba survey twp tiap kali mereka buat jualan bulanan buah-buahan, pasti ada pemilik nursery itu menjual (maaf, sudah lupa nama dan alamatnya).

    Di rumah biras di kg.pachitan, port dickson ada tumbuh segar pokok ini, rajin sangat berbuah. Macam pisang, berjus dan sangat sedap!!

  9. Di ladang buahan tropika tempat saya bertugas banyak ditanam dengan pokok buah abiu ni.. kalau berminat bolehlah datang ke Desaru Fruit Farm di Kota Tinggi, Johor dan lihat sendiri. Selalunya ia dijual dikedai kami dan telah mendapat sambutan dan permintaan yg menggalakan khususnya dari pelawat dari luar negara spt singapura

  10. kat kota tinggi ada ke???? boleh la saya cari. terliur je bila baca comment2 kat sini. kat desaru fruit farm ni ada jual anak benih jugak ke???

  11. Asalamulaikum……
    berita baik dari desaru saya sangat gembira……
    nak pergi jauh seb saya diklang…..satu masa dulu pernah bekerja dekat situ (kerja di felda air tawar 5)..kalau boleh tolong saya…..
    buah tu saya nak belilah melalui mel laju… …dah lama saya tak rasa…… bijinya boleh sya cuba2 semai pula …berapa sekilo

  12. Today baru first time tgk & rasa buah ni… SEDAP!
    My friend’s brother dah usahakan penanaman pokok ni secara ladang di Muar.
    Khasiat: i was told it’s really good for cough & bronchitis.
    Wallahualam.

  13. Bila lah lagi….. pn hayati (desaru) nak tolong pos biji/ buah abiu tu????? Dah lama menunggu……
    waksudin KLAgrotech

  14. Di Malaysia sekarang ada abiu dua jenis . Ada satu ukuran sederhana, yang asli dari Amerika selatan dan ada lagi yang bulat dan besar macam jeruk bali kecil, ini ciptakan orang (munkin cina) untuk memasarkan di kawasan Asia Tenggara. Walaupun buah ini exotik di Asia mereka iklankan macam “Wong Kum Kuo” (Buah Mas Raja) The Emperor’s Golden Fruit. Rasa jenis ini lagi halus dan sedap.

    Ada gambar di site saya di bawah Sample Photos by Families/Sapotaceae

    Frank

  15. Pn hayati (desaru)…..
    Dah musim ke pokok abiu tu………bila dah berbuah jangan lupa kirim saya sikit buntuk jadikan benih….
    bolehkan….

  16. Beberapa tahun dulu, selepas pameran Pesta Nanas di Sarikei, saya tanam menggunakan biji benih. Pokok dah besar dan banyak mengeluarkan bunga pada rantingnya . Bunganya kecil tapi tak pernah lekat jadi buah. pokok jantan ke?, saya tanam menggunakan biji . Ada satu lagi buah dari Brazil yang cepat tumbuh yang saya taman iaitu buah dari spesis sapote ( Kuning Telur ). Buahnya agak kering, rasa berlemak, biji memanjang kemerahan.

  17. Saya ada tanam sepokok sejak 2 thun lepas. saya beli kat tempat jual buah di Tapah. macam komen no 19, macam2 nama. Sebenarnya anak pokok memang banyak jual sekarang ni. Tinggi pokokyang saya tanam sekarang 6 kaki .Pokok saya gila berdaun. mula2 masa kecil ulat suka serang bila dah besar OK. saya tanam biji dan untuk bertunas daripada biji ambil masa 1bulan lebih.

    Buah yang saya gunakan untuk benih ini rasanya macam cream caremel, nak sedap kena simpan dalam peti sejuk dan potong dua, makan guna sudu. Buah ni ada potensi di komersialkan kerana satu biji 300-400 gram dengan harga sebiji RM5-7.

  18. Selamat Hari Raya sahabat-sahabat semua……
    Siapa lah agaknya boleh benih pokok abiu ni…
    Tempat untuk ditanam sudah sedia ada….
    Kalau diTapah tu dimana boleh dapat…
    Insyallah saya cuba kesana sebab tak jauh sangat dari tempat saya..
    Saya pun nak cuba tengok2 disemaian sg. buloh
    waksudin
    klagrotech/madinarent

  19. asalaimualaikum…
    untuk pengetahuan peminat2 buah abiu,anda boleh mendapatnya di rmh sy kat kelantan..sekarang ni musimnya,ayah saya jual rm10 sekilo..tpi boleh dirunding,jika beli borong..
    jika berminat untuk mendapatkan buah abiu atau anak anak benih bolehlah menghubungi ayah saya di talian…
    ustaz zain:013-9062456
    encik fauzan:012-9297247

  20. pembetulan kepada syatirah.. buat masa skg, harga borong tiada tetapi harga runcit RM15 sekilo..

    saya juga membekalkan anak pokok ini dengan harga RM15.. pasaran adalah terhad mengikut musim..

    sy skg masih memperbanyakkan tanaman ini.. kat kawasan sy, buah ini dikenali sebagai buah zinny..

    sebarang pertany

  21. Saya dah rasa buahnya. Memang sedap kalau dimakan selepas disimpan dalam peti ais. Rasanya sangat unik, tak dapat nak diceritakan keunikannya. Rasa sendiri baru tahu. Tapi buahnya memang susah nak dapat. Kat tempat saya kat Nogori memang belum ada lagi dipasaran. Saya rasa buah ni boleh “meletup” Siape ada tanah boleh tanam. Nak benih boleh contact saya.
    012-6792976 / 06-6722976

  22. buah abiu ni sangat sedap..saya beli dengan ustaz zain,happy sangat dapat rasa buah ni.

  23. Salam, teman ada makan buah tu, bisan teman tanam baru pertama kali berbuah. Rasanya manis yang menyamankan, isi lemut seperti isi kelapa musa. Boleh di tanam dengan biji, teman dah semai benihnya

  24. salam..buah ni mmg sgt sedap d makan..ant buah yg mahal jugak..sedap..di kebun ada 3,4 pokok…

  25. Asalamulaikum….saya dah dapat pokok abiu ni di maha 2012…dari nurfarm nursery…
    malang sedikit saya dah booking pokok yang sedang berbuah RM300.00. terpaksa batal kerana kena saman AES kat Putrajaya (Lebuh Sentosa km 1,6). Saya terpaksa beli anak benihnya ….dan dah pun ambik dipameran Agrofest Selangor semalam (14.12.12). Esok (16.12.12) saya cadang nak beli 2-3 pokok untuk di tanam dikawasan rumah kalau ada …insyallah.

  26. sedap buah abiu ni kt kg saya diaorg panggil buah ciku emas……skrg ni tgh musim berbuah lebat…..

  27. Salam…terima kasih atas penerangan..buah Abiu Pouteria Caimito memang sangat sedap manis, lembut saperti mentega…ada juga yg panggil buah mentega….
    Abiu tidak bermusim …ia sentiasa berbunga & berbuah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam