March 19, 2024

berus-botol

Pokok Berus Botol atau lebih dikenali dengan nama Weeping Bottle Brush ( Callistemon viminalis ) merupakan sejenis tanaman hiasan yang popular di tanam di kawasan-kawasan perumahan terutama di kawasan kuarters Putrajaya. Keunikkan tanaman ini dapat dilihat pada dahannya yang melentur ke bawah dan  bunganya yang keluar di hujung ranting. Susunan bunganya teratur membentuk seperti berus botol.

berus-boto2l

Mengikut rujukan, pembiakkan pokok ini adalah melalui tut dan mengambil masa yang lama iaitu kira-kira 5 minggu atau lebih. Daripada rujukan yang lain pula, pokok ini juga boleh dibiak secara keratan tetapi amat sukar. Pokok ini hidup subur di kawasan yang terdedah matahari sepenuhnya.

berus-botol3

p/s: bagi yang nak jimat duit beli berus botol susu anak, bolehlah cuba guna bunga pokok ini.. 🙂

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :28756

8 thoughts on “Pokok Berus Botol

  1. Cuma kelemahan pokok ni bila ditanam menggunakan tut atau keratan batang, ianya mudah rebah ditiup angin kerana tidak mempunyai akar tunjang.

    Sesuai ditanam di tempat yang tidak kuat tiupan anginnya.

  2. aduh hai…bunganya cantik…jgn dibuat berus botol anak….sasau budak tu nanti….Nama yg menarik…dulu msa zman sek, pokok ni la yg tak bebunga2 dr sya ting 1- ting 5…hari2 sya bersila bwh pokok ni nak tgok dia berbunga….ari ni baru dpt tgok bunganya…Tu pun selepas hampir 18 tahun tingalkan pagar sekolah tu…

  3. Salam..
    pokok berus botol dgn pokok janda merana adakah pokok yg sama…Sbb nampak susunan daun tu macam sama.@ adakah mereka dr spesis yg sama?

  4. memang tak sama.. kalau janda merana nama sainsnya Salix babylonica.. tak pasti samada janda merana ada mengeluarkan bunga atau tidak…

  5. Memang lain sungguh pokok janda merana dan pokok botol. kalau tengok dari famli pun berbeza. Lagipun janda merana banyak ditanam ditempat berair seperti di tepi parit, longkang ataupun tasik.

  6. Memang cantik bunga dia. Sekarang dah susah nak tengok berbanding masa Tok kecil2 dulu.

  7. Nak tanya… Akar pokok bottle brush ni boleh rosakkan lantai rumah atau piap tak kalau tanam dekat dengan rumah atau paip bwh tanah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam