Bunga Ros Jepun

ros-jepun

Artikel kali saya cuma nak update sejenis lagi tanaman hiasan yang popular ditanam di kawasan rumah. Pokok Bunga Ros Jepun nama saintifiknya Portulaca grandiflora merupakan tanaman jenis menjalar dan amat mudah dibiakkan melalui keratan dan biji benih benih. Biji benihnya kecil seperti biji benih sawi. Pokok ini memang sesuai ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh. Bunganya biasanya mekar atau berkembang pada waktu pagi dan kuncup di sebelah petang. Terdapat pelbagai varieti warna bunga yang terdiri dari merah, putih, kuning, unggu, merah jambu, dan jingga. Dari segi khasiat perubatan, daunnya dipercayai boleh digunakan bagi merawat luka ringan iaitu dengan menampal daun yang dilumatkan pada bahagian yang luka. Jika ada menanam tanaman ini di rumah, boleh kongsikannya di sini.

Number of View :36662

9 comments

  1. Assalam..

    Saya mmg mencari sgt pokok bunga ni. Dulu masa kecik2,arwah mak suka tanam. Tapi skrang susah dah nk jumpa. Cantik bungan ni kalo tanam dlm pasu dan gantung…

  2. salam….
    pokok bunga jepun pokok yg senang untuk ditanam
    cara nyer hanya patahkan salah satu dari pokok kemudian di semai di dlm polibeg..untuk pertumbuhan cepat gunakan baja akar …

  3. pokok bunga Jepun ni sekarang banyak dijual di nurseri Jadi tak susah nak dapatkannya. Kalau jiran atau rakan ada, boleh la biakkan seperti turtle nyatakan.

    Cuma bunga ni tak sesuai untuk orang bekerja sebab berbunga waktu orang pergi kerja. Balik jer kerja tak dapatlah nak meniktamati bunga ni berkembang. Tapi sekarang ada juga varieti yang berbunga sehingga waktu petang. Cuma perlu mencarinya sahaja lah.

  4. Cantik bunga ni,tapi ada yang namakan pokok ini pokok pukul 10 pagi sebab bunganya berkembang pada pukul 10 pagi.

  5. murah jela…kalau nursery kat sg buloh, Rm 1 je 1 polibeg tu..balik kena tukar tanam atas tanah@ pasu….

  6. Salam..
    Bunga ni perlukan air dan cahaya matahari yg secukupnya untuk hidup subur dan berbunga.. Setakat ni saya dah ada 8 warna yang saya tanam sendiri dalam pasu gantung dan juga atas tanah…

  7. Salam, saya sdg cuba menambah koleksi ros jepun abah saya. Skg ni dia ada warna putih, kuning, merah terang, pink, peach, oren & pink + putih. Klau ada sapa2 yg ada warna2 lain @ tahu di mana nak dptkan warna2 yg lain. Tolong inform saya ye. TQ

  8. Arwah mak saya pulak kata bunga lidah pipit sebab daunnya yang halus berair sebesar lidah burung pipit ,rupa bunganya macam carnation betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam