March 19, 2024

buah-remnia

Buah Remnia (Bouea macrophylla) atau juga lebih popular dengan panggilan Remia memang sangat dikenali oleh masyarakat di Utara Malaysia. Buah berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning limau apabila masak.Walau bagaimanapun, buah ini sering dikelirukan dengan buah Kundang (Bouea oppositifolia) kerana rupa fizikalnya seakan-akan sama.

Penulis sendiri juga pernah tersilap memberi maklumat mengenai buah ini. Menurut rujukan, terdapat beberapa perbezaan yang jelas bagi mengenalpasti buah ini.

buah-remnia2

Yang pertama ialah perbezaan dari segi saiz pokok dan bentuk daun. Kedua ialah; bentuk buah. Kebiasaannya, bentuk buah remnia adalah hampir bulat manakala bentuk  buah kundang adalah sedikit bujur. Perbezaan yang ketiga ialah dari segi rasa. Buah Remnia rasanya masam-masam manis, manakala buah kundang rasanya masam dan juga mempunyai rasa yang manis terutama varieti yang dibawa masuk dari Thailand.

buah-remnia3

Dari segi kegunaan, buah yang masak boleh dimakan terus manakala buah muda atau yang hampir masak boleh dibuat jeruk dan sambal. Pucuk Remia juga dikatakan boleh dibuat ulam atau dijadikan ramuan dalam nasi ulam.

buah-remnia4

Jika anda mempunyai infomasi mengenai buah ini, silalah kongsikannya di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :41505

6 thoughts on “Buah Remnia

  1. kat tempat saya orang panggil buah gemia atau setol. biasa saya masukkan ke dlm kuah kari buah yg lebih dibuat jeruk pedas.

  2. nie sy panggil buah kundang..kalau kat n.sembilan buah yang muda kami masak lemak cili api bersama ikan..memang sodap..masak daging salai campur kundang pun sodap…meleleh air..ermmmm…

  3. buah ni mmg sedap kalau cicah garam..kat kg saya masih ada 2 pokok lg..harap2 saya balik kg ni musim buah remia ni la..

  4. As salam. Orang utara memang ada panggilan lain-untuk buah REMIA yg foto ni. Buah SETAQ utk buah kundang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam