March 19, 2024

cerapu

Siapa biasa rasa buah di atas ni tentu kenal dengan buah ni.. Buah cerapu atau ada juga dikenali dengan buah kecupu memang sudah jarang dapat kita lihat lagi.. Walaupun buahnya menarik, rasanya belum tentu boleh diterima oleh lidah anda. Nak rasa sedikit memang sedap bagi saya, tetapi nak makan banyak memang tak tertelan. Rasanya sedikit masam dan ada rasa manis.

Ada yang pernah cuba ke..? Kalau pokok ini masih ada di tempat anda, di harap ceritalah serba sedikit mengenainya.. Selain dari makan, ada lagi ke kegunaannya..  Boleh bagi sedikit komen !

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :58227

89 thoughts on “Buah Cerapu ke Buah Kecupu ?

  1. teringat zaman kecik2 dulu suka sgt mkn buah ni.sbelum makan kena buang dulu getahnya,rasa dia fuh!!terangkat.Yelah zaman tu jarang dapat makan buah yg mahal2 so belasah je lah buah2 kat hutan ni….mana nk cari sekarang ekk!!teringin la…

  2. kat kg i pangil buah mencupu.adalah 2-3 btg lagi yg masih aktif berbuah.terutama yg sebatang tu kat tanah perkuburan.sekarang ni tengah lebet berbuah.

  3. Rumah sy ada!!! Ramai yg x tau pasal buah ni..actually sy pun br tau sejak pokoknya berbuah..rs msm2 manis…sedap! lg kulit dia merah..lg best..ada rasa manis2 sikit..fuh!!! suke buah ni…

  4. oh…lupe…tp buah sy cerapu di rmh sy tu lain sikit bijinnya..ala2 biji buah gelugor..gmbar kat atas bijinya mcm buah limau kasturi jer…tp..rupa kat luar mmg sejibik!

  5. eh? mmm..sy org kuala kangsar perak..kira bahagian utara la kan? ada pokok ni kat utara…

  6. Buah ni satu pokok ajo malampuh bilo berbuah. Dokek kawasan kubur pun banyak tumbuh.. maso kocik² dulu, mcm pengomen no 1, selalu bergayut ateh pokok ni, hehehe.. kocour air liur den…

    Skrg ni musim buah, dio pun sibuk nak berbuah, sayang botul sb buah ni bukan pilihan utamo, abih berterabur ateh tanah.
    Warna ranum eh oren mirip ke merah. Itu ranum btul, manihhhhhh .. tp jangan makan ngan buah lain la..
    Sapo yang mencari buah nih? tak laku lagi dah, kek belakang umah kampung, melampuh anak boneh eh, la ni berbuah sakan lak tu….sapo nak makan? Burung pun tak sudi nak makan sb burung sibuk makan rambutan.
    Hiris halus halus tumbuk buat sambal gesek?mentah ikan bilis umangai, sodap btul….. iskk nak puaso lak lusa nih.

  7. Mana2 komen dari orang N9 maka samalah dengan saya.
    Paling suka masak lomak cili api Ikan sembilang salai campur chopu…Gulai telur itik campur cepu ni pun memang sedap….buah yang muda la…
    Kiranya dia ni jadi asamnya…banyak lagi leh jadi asam mcam Shd beritahu tu…
    Kira kreatif dalam masakan ….

  8. d tmpt sy gelar manggis cepu. yg msk klu nk kupas perlu buang tampuk kemudian siat kulit cm kita kupas pisang. perah2 skit utk keluarkan getah (utk elak batuk). cicah ngan garam + kicap, sdappppp. lum pnh buat masakan. skang klu nk cri kna g Pekan Sari Temerloh…mcm2 ada

  9. U all tak kenal buah ni? Tak menghairankan sbb anak den pun x konal. Maso den kocik2 dulu ada sebatang pokok kat tanah perkuburan blkg rumah (betul2 sebelah kubur arwah nenek) bilo berbuah masak penuh jatuh kat tanah. Satu hari ribut kuat pokok tu tumbang. Den peka pokok ni satu hari pupus jadi pegi ambik benih dan semaikan. Idup dua batang. Kini selepas lebih 20 tahun dua-dua pokok dah besar. Berbunga sepanjang masa (bunganya cam bunga manggis tapi kecik dan bau wangi) tapi tak penah lekat buah. Mak aku kata pokok jantan. Cammano tanam dua batang dua-dua jantan??? Mungkinkah pokok gay?

  10. say pun pernah makan buah ceropu nie.. saya tinggal di kg gajah dululah… buah nie selalu digunakan dalam masakan jugak seperti gulai tempoyak… sedap…
    makan mcm tu pun boleh jugak tp masam skit..

  11. Kata orang perak ‘buah ceropu’ teman memang kenal sangat dengan buah ni, sebab dikampung masih bayak lagi pokok ni. Rasa buah ni ade masam, ade manis dan memang sedap dimakan begitu. Kadang kala memang ade yang manis dan tak masam. Boleh dimasukkan sekali apabila buat gulai lemak, adui memang sodap sekali, kena cuba baru berbaloi…

  12. Suka koi mendapat info mengenai mencepu ni..,koi salah seorang dr penjual buah ni di pekan sehari Simpang Empat Kerdau, Koi orang Lipat Kajang sampai sekarang masih ader 6-7 pokok kt rumah emak koi. Dua pokok asal yg besar dn tinggi tahun 80an dah mati, dua2 nya manis sangat , koi juga jual utk duit belanja sekolah di mentakab thn 70an..awal…yg tinggal 6-7 pokok tu x la masam sgt, tp buahnya lebih besar dri pokok yg mati dulu..

  13. kat kg aku panggil buah cupu(kelantan), aku suka mkn buah ni. yg msk ranum rasa dia masam manis. kami akan kumpul buah yg masask kupas kulit letak dlm satu bekas tambah gula, tambah budu n tambah cili padi gaulkan sampai sebati pastu mkn, letak dlm peti ais lg best mkn yg sejuk. kalau yg putik kami akan bakar n amik isi dia lenyek dlm budu mkn ngan nasi sedap woo…sekarng pokok tu masih ada lg kat belakang umah nenek aku…

  14. Masa kecil dulu saya biasa makan,pokoknya tidak berapa tinggi,rendang dan senang untuk dipanjat kerana banyak dahan,buahnya lebat. Kami panggil mencepu(orang Temerluh). Buah mencepu ni yang muda berwarna hijau,selepas tu warna kuning dan bila masak betul dia merah. Rasanya masam-masam manis tapi buahnya agak bergetah. Jadi kena picit sedikit,getahnya akan keluar melalui lubang tampuk yang ditanggalkan. Selepas tu koyaklah kulitnya,enak sekali. Tapi sudah bertahun tak jumpa buah ni apalagi la nak merasai keenakkannya.

  15. Aku dibesarkan oleh tok dan nenek aku. Tok aku suka sangat makan sambil ikan buah cu’pu ni (loghat kelantan).sekarang bila dah kerja kat putrajaya ni aku teringin nak makan sambil yg nenek aku buat pd. tok aku (walau 2-2 dah meninggal), tapi kat sini mana nak buah cupu ni eik………kalau dapat buat tentunya anak-anak aku harian buah apa yang dicampurkan dalam sambal ikan eik…cair dah air liur aku ni……

  16. @admin – Kat hentian R&R Sg Perak kekadang ada jual @ RM5-6 sekilo (buah masah + putik).
    Pokok kecupu seakan pokok manggis – daunnya dan keadaan dahannya, yang berbeza pokok manggis dahannya lebih panjang (dan membentuk payung) tetapi pokok kecupu sedikit menguncup.
    Buah yang masak berwarna oren dan menyerupai pisang kaki (pesimon) tetapi mersaiz kecil (@ 2-3cm g/p)dan rasanya masam dengan sedikit manis. Buah yang muda merwarna hijau dan banyak getah dan masam rasanya.
    Kalau di kampung saya buah yang putik (muda) akan dicampur dalam sambal belacan.

  17. Masyaallah, cair liur auntie. Sentiasa ‘mengidam’ buah ni. Kenal lbhkurang 20 thn lalu semenjak kawin dngan org Temerloh dan terus mastautin di sini. Yg manis tu, kalah manggis pd auntie. Ada 2 pokok d kbun tinggal mentua, tp tdk prnah merasa, rezeki kera je…. dulu ada org jual di pkan sari,skrg tidak pernah jumpa.

  18. Buah ni la masa zaman kanak2 dulu yg paling saya minat..rasanya masam manis..kg sya kat Temerloh banyak pokok ni msa tu (kira2 25th lepas la) sekrg ni klu teringin kna gi pasar pagi kat tepi sg temerloh..tu pun blum tentu ad musim…harga pun dah mahal..5 6 biji pun dah RM3 @ rm4….nak mkn isinya kena picit buahnya buang getah dulu…klu tak sah melekat mulut & gatal lidah… buah muda biasanya di masak dgn ikan sungai…ad juga aruah nenek saudara saya buat jeruk…sedap juga rasanya mcm jeruk kelubi…pokok ni biasanya sama musim dgn kerdas…ad kerdas,ad la MEMCEPU ni…

  19. saya org melaka jiran n9 tapi x pernah jumpa buah ni. Bertandang k umah kawan d pilah, dia masak cili padi ikan kembung je ngan buah copu tu. Fuuh terangkat… sampai skang x leh lupa. Masalahnye tu le sekali merasa, x tau mana nak cari mendalah tu. Kwn tu pun dah x dok pilah lai.

  20. semasa berkerja dijabatan pertanian di daerah hilir perak , seorang pengusaha tapak semaian berbangsa cina di daerah tapah ada mengatakan buah ini ada 2 jenis , buah jenis masam dan jenis manis, yang jenis manis dia jumpa di pahang di sekitar daerah raub kuala lipis dan jerantut- semasa itu saya dan pengusaha tapak semaian tersebut mengembara dari kampong ke kampong mencari pokok baka buah-buahan yang terbaik untuk di biak

  21. salam, sy naem dr kubang kerian, sy nak cari buah cupu ni. susah skang nk cari. ade sape tau kt mane jual? ini berikutan dgn isteri sy sy mengidam ank sulung, dia tringin nak mkn buah ni. klo ade pape info, sms kt sy – 012 642 6032

  22. Klau kat kedah Buah ni org panggei Buah kandeih… Mmg rasa dia msam manis bergetah.. Aku last penah mkn buah tu masa aku darjah satu Rasanya…tu pun sebab kat Rumah jiran aku tanam pokok tu… Bygkan Skrg Umur aku Dah 31thn. Berapa lama aku xpenah tgok Pokok tu lepas jiran aku tbg Pokok tu…

  23. last makan buah ini, pada hari raya tahun lepas, semasa di raub, pahang, buah dibawa oleh anak saudara dari kelantan setelah balik kerumah mertuanya.

  24. Last sekali makan buah ni 20 tahun lalu. Sekarang ni, pada musim buah saya nampak ade orang jual di tepi2 jalan Gopeng-Kampar. Ditepi2 jalan juga terdapat pokok2 cerapu ni. Boleh tanam dari bijinye yg bulat2.

  25. @Abdullah Bin Hj. Rashidi – salam bang sorry saya sedang mencari buah mencupu ni sb wife sy mengidamkan buah ni.. ade lagi tak kat mane2 yang abg tau buah ni lg? ke kat umah abg ade buah ni? sy bkerja di gemas.. kalau masih ade sy nak beli sedikit…

  26. Salam – di kg Saya . Kg paya Pulai segamat buah ini disebut sebagai buah “cepu”. Arwah atok ada menanam pokok ini 2 batang. 1 dihalaman rumah dan satu lagi di “Baruh”. Yang dihalaman rumah Pokoknya sangat besar dan tinggi seperti Pokok Durian. Besar Sangat sehingga ianya menjadi landmark rumah atok. Orang kalau tanya saya tinggal dimana ? saya cuma jawab tinggal dekat Pokok Cepu. Masa tu orang Kg pasti Tahu kedudukan dan lokasinya.

    Yg menarik masa itu (tahun 70an) ialah jiran tetangga atau penduduk Kampung selalu datang kerumah meminta buah cepu untuk di buat masakan. Ada yg baru balik mengail dari sungai terus kepangkal pokok cepu mengambil buah yg telah masak. Masih ingat lagi atok selalu menyediakan galah panjang dipangkal pokok untuk memudahkan jiran mengambil buah ini.

    Dahan pokok cepu ini kalau kita panjat pokoknya tumbuh secara melintang dan mudah untuk dibuat pondok diatas pokok ini. Saya selalu mengulangkaji masa nak ambil SRP diatas Pokok ini. Seronok dan berangin.

    Dimusim buah cepu masak -buahnya kekuningan dan sedikit merah bila sudah “mala” saya selalu memerhatikan kehadiran sekumpulan burung Hijau ala ala serindit yg saiznya lebih besar memakan buah ini.
    Dengan paruh seperti Burung Kakak Tua burung ini memakan buah cepu yg telah masak. Riuh rendah dengan bunyi burung diatas pokok.

    Pokok Cepu dihalaman atok -menjadi alat perhubungan bersama jiran tetangga dan penduduk kampung. Anak anak kecil seperti saya pada masa itu bermain dan belajar dibawah teduhan Pokok Cepu tersebut. What a nostalgia.

    Hari ini pokok cepu besar telah ditebang untuk memberi laluan kepada pembangunan. Arwah atok pun sudah lama meninggalkan kami. Semuanya tinggal kenangan. Rasanya ramai yg dah tak kenal pada Pokok ini lagi. Masakan pun dah tidak sesedap masakan nenek yang menjadikan cepu sebagai salah satu resepi masakan. Kepada arwah atok -alfatihah

  27. @kakyong – salm kakyong maaf mengganggu.. sy nak tanya skang ni ade lg tk buah chupu ni sbb nyer my wife die mengidam lak nak mkan… susah skang ni nak cari.. skang sy berada di taiping so ade ape2 cdangan tk kt mane ade jual…

  28. .warna kecupu –
    ..kalau hijau, masam = buat ulam atau masakan
    kalau kuning/oren, masam = buat ulam atau masakan
    kalau dah oren kemerahan = manis dan boleh terus dimakan
    elakkan getahnya dari terkena bibir … birat nanti hehehe

  29. ada ke buah ni di sarawak? Namanya dipanggil apa ya?
    Ala-ala buah manggis sy lihat, betul ke?

  30. lama tak jumpa buah ni… tolong bagitahu kat mana saya boleh dapatkannya……sedap mak ooiiiiii….macam pisang

  31. Memang sedap makan yg masak. Yang muda dibuat sambal. Tumbuk dengan ikan rebus, cili api dan garam. Fuhh.. terangkat makan ngn nasi panas. Lagi rare nama kg saya Kampung Gertak Kechupu…

  32. Kecupu..masak sedap dimakan tp bkn jenis buah yg blh dimkn byk..kalau putik biasa dibuat sambal pun sedap..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam