Paku Uban

paku-uban5

Bila di sebut paku pakis atau paku Midin mungkin ramai yang sudah mengenalinya. Namun, tidak ramai yang mengenali paku uban kerana ia lebih popular di kalangan masyarakat di Sarawak. Penulis tidak pasti samada paku uban ada terdapat di negeri-negeri di Semenanjung. Keluarga tumbuhan spesis paku ini memang banyak sekali. Tidak banyak yang diketahui boleh dimakan. Jenis paku yang diketahui ialah seperti paku larat, paku merah , paku papan,paku gajah , paku sika dan pelbagai jenis lagi.

paku-uban3

Paku Uban kebiasaannya direbus dan dicicah dengan sambal balacan selain dibuat ulam. Selain itu, ia juga boleh dimasak sayur tumis. Ingin tahu cara nak masak paku uban tumis kering boleh kunjungi Blog ini >> nor-asmah.blogspot.com

paku-uban2

Tidak banyak diketahui tentang paku uban ini. Mungkin anda yang pernah makan paku uban atau mengetahui sesuatu tentang tumbuhan ini, bolehlah kongsikannya di sini.

paku-uban

p/s: Terasa ingin pergi lagi ke Pasar Satok.. bila pula agaknya?

Number of View :10661

5 comments

  1. di kpg saya dipanggil paku kubok. Paku ini tumbuh liar disemak-semak di kebun getah atau di tepi jalan. Tidak seperti paku midin, paku uban ini lebih mudah diperolehi. Paku uban ini mempunyai berbagai khasiat dari segi perubatan kampung. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya, paku uban ini dikatakan sangat mujarab untuk meningkat kuantiti susu ibu. Bagi yang menghadapi masalah rambut seperti rambut luruh, kelumumur, kegatalan, paku uban ini ditumbuk lumat lalu dilumur atas kepala. Untuk masakan pula paku ini memang sedap kalau dicicah sambal belacan menggunakan asam paya atau kalau tak ada guna cuka buatan. Sayur tumis kering pun sedap apalagi kalau dicampur dengan kulat kerang. Kulat kerang biasanya hidup pada batang pokok getah yang telah mati. Tentu sdr fazli kenal kulat ini kan?

  2. sdr andika, kulat kerang kalau kat tempat saya dipanggil cendawan/kulat sisir. sedap dimasak lemak cili api atau dimasak goreng berlada.

  3. orang tua-tua dulu naik haji berbulan-bulan di laut dan di tanah suci. Sebelum naik haji mereka akan mengumpul kulat sisir ini dan menjemurnya sampai benar-benar kering. Kulat ini akan mereka bawa untuk bekalan bagi dibuat sayur semasa dalam perjalanan. Atuk saya pun akan menjemur kulat ini semasa musimnya banyak tumbuh dan menyimpannya dalam tin kedap udara. Apabila ingin memasaknya ia akan mengambilnya dan merendamkannya dalam air. Rasanya pun seakan-akan sama dengan kulat yang segar. Rasanya akan lebih terangkat kalau dimasak tumis ikan bilis bersama dengan paku uban…sdri ros bolehlah cuba…

  4. pernah makan gak masa di sarawak lama dulu, sedap tapi berlendir biasa digoreng dengan belacan,di semenanjung jarang jumpal.

  5. paku uban atau paku kubuk bagi org Iban. Boleh buat makanan untuk ibu yg selepas bersalin. Masak rebus di campur dgn halia dan ikan bilis kering atau ikan sungai yg disalai. Tidak boleh dicampur dgn minyak. Hasiat nya adalah untuk memperbanyakan Air Susu Ibu dan baik untuk bayi. Dan banyaklah hasiatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam