March 19, 2024

herba

Di Pameran MAHA 2010 juga terdapat ramai pengusaha yang mempromosikan produk herba mereka masing-masing. Produk-produk herba yang sempat saya rakamkan gambar untuk perkongsian dan tatapan mata anda.

herba2

Antaranya ialah kunyit hitam, ibu kunyit, lempoyang, temu pauh….. Ada siapa yang tahu kegunaan kunyit hitam dan ibu kunyit ?

herba3

Bonglai, Temu Erang, Temu Kunci…. masing-masing mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Misalnya Temu kunci;  merupakan antara bahan popular yang digunakan dalam ramuan jamu.  Temu kunci dipercayai dapat mengembalikan kedaraan wanita selepas bersalin.

herba4

Setiap produk herba ini sememangnya dijual kepada pengunjung yang biasa mengamalkan tumbuhan herba sebagai makanan kesihatan seperti melancarkan perjalanan darah, untuk kecergasan tubuh badan, awet muda dan sebagainya.

herba5

Selain itu, terdapat juga cekur/kencur yang sememangnya terkenal untuk rawatan ibu selepas bersalin. Rizom cekur juga banyak digunakan dalam ramuan jamu yang terdapat dipasaran.

herba6

Terung Susu Kambing yang dijual dengan harga RM5/Sebiji. Memang jarang jumpa orang jual terung jenis ini. Daripada rujukan, air rebusan buah terung susu kambing ni juga baik untuk selesema, masalah sakit tekak dan menyembuhkan barah payu dara.

herba7

Yang menariknya ialah terdapat juga sejenis limau di mana buahnya menyerupai bentuk jari yang sedang mencengkam yang dikenali Limau Kuku Rimau. Ada juga yang menyebutnya Limau Jari. Harganya RM15/setiap satu. Limau jenis ini pernah saya jumpai dijual di Cameron Highlands. Sememangnya limau jenis ini digunakan dalam bidang perubatan tradisional. Daripada rujukan lain, Limau jari dicampur dengan buah lain dan dibuat ubat luaran/kosmetik untuk penyakit gangguan fikiran.

herba8

Produk herba yang lain ialah seperti manjakani yang sememangnya terkenal untuk kesihatan kaum wanita dan penyakit berkaitan wanita seperti keputihan dan sebagainya. Daripada rujukan, Manjakani telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pengubatan tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu.

herba9

Selain itu, bunga pakma yang telah dikeringkan juga turut dijual.  Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin dipercayai dapat memudahkan kelahiran anak. Jika diamalkan selepas bersalin; ianya dapat membersihkan dan merapatkan rahim dan mengecutkan perut.

herba10

Lain-lain produk herba yang turut dijual ialah seperti  tebu gajah dan tengkuk biawak. Saya tidak pasti samada bahagian yang digunakan adalah akar atau batangnya. Daripada rujukan, bahagian yang digunakan adalah daripada akarnya.

herba11

Sesiapa yang mempunyai pengalaman menggunakan herba-herba ini diharaplah dapat dikongsikan bersama. Maklumat mengenai penggunaan herba-herba seperti ini memang jarang dijumpai sekarang.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :50948

54 thoughts on “Pengusaha Produk Herba @ MAHA2010

  1. hi …. saya perlukan benih kunyit hitam ..di mana saya boleh dapat …tolong hubungi saya

    nombor hp : 010 5178258

  2. ASSALAMUALAIKUM……….

    SAYA PEMBEKAL POKOK TONGKAT ALI, POKOK MAHKOTA DEWA

    SILA WASAP – 010 869 6412

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam