March 19, 2024

pisang-jari-buaya

Bila sebut nama  pisang jari buaya, mungkin ada orang akan rasa pelik dan ada juga yang akan rasa lucu. Itu belum pelik lagi.. Dalam proses mencari maklumat mengenai pisang ini, penulis ada juga terjumpa nama pisang gigi buaya dan juga taring buaya. Daripada rujukan, pisang jari buaya dan pisang gigi buaya adalah 2 jenis yang berbeza. Sebenarnya di luar sana, banyak kajian yang telah dilakukan berkenaan pisang-pisang ini.

pisang-jari-buaya5

Jika anda membuat carian gambar di internet, anda akan melihat pelbagai variasi pisang jari buaya ini (seperti gambar di atas).  Namun, ciri unik mengenai pisang ini ialah bentuk hujung buah ini yang kononnya menyerupai jari buaya. Bezanya, ada jari yang pendek, jaring yang sedikit panjang dan jari yang tirus. Adakah saiz dan bentuk  jari ini berbeza mengikut jenis buaya tempat di tanam? atau juga disebabkan kesuburan tanamannya?

Ada rujukan lain yang menyatakan, pisang jari buaya yang sebenar ialah mempunyai bentuk yang tirus dari pangkal hingga ke hujung buah manakala yang tidak tirus itu adalah pisang jari monyet.

pisang-jari-buaya2

Pisang ini mempunyai rasa manis dan sedikit masam. Ada juga yang menyatakan rasanya lemak manis dan beraroma. Buahnya juga boleh dimakan segar tetapi  ia dikatakan lebih sedap jika digoreng, direbus atau dijadikan kuih tradisional seperti cucur pisang.

pisang-jari-buaya3

Jika anda pernah terjumpa atau pernah tanam pokok pisang ini, bolehlah kongsikannya di sini. Maklumat anda memang amat berharga.

pisang-jari-buaya4

p/s : Bagaimana agaknya rupa pisang gigi buaya ? sama-sama kita renungkan.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :27239

6 thoughts on “Pisang Jari Buaya

  1. Salam.. saya ada tanam pokok pisang jari buaya ni .. Bila buah pisang ni masak, rasanya manis dan sedap

  2. Salam..saya mencari benih/anak pokok pisang jari buaya untuk penyelidkan.

    Taufiq-0104307539

  3. Saya mencari pisang Jenis ini untuk ditanam dikawasan Rumah. Jika Ada anak benih bolehkah saya beli

  4. Pertama kali nmpk pisang jenis ini. Teringat pulak nak makan. Ada yg boleh beri saya sedikit,??

    T.kasih .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam